Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)
Showing posts with label kerana sayangku. Show all posts
Showing posts with label kerana sayangku. Show all posts

Wednesday, February 20, 2013

Yang Berlegar #1



Bismillahirrahmanirrahim
aLlahumma solli 'ala saiyidina Muhammad
wa 'ala alihii wa sohbihi wasallim...


ALlahu aLlah..
1001 rencana dan hal berlegar dalam minda
yang buat diri jadi lelah
yang buat diri diuji perihal keyakinan
bahawa segala2nya datang dari ALLAH.

keterujaan dalam menjadi seorang pendidik bagai DIPERMAINKAN!




SANGAT MENYAKITKAN!

SANGAT MENAMPAKKAN KEBOBROKAN dalam pengurusan kemajuan sekeping tanah ALLAH di bumi ini!

walau apa pun, aku tetap meyakini, bahawa ALLAH sahajalah pemberi sekalian rezeki kepada setiap yang wujud di alam ini.

aku yakiniMU ..YA ALLAH.

juga...

selain itu..berlegar juga dalam hatiku..perihal hal yang sama.
sama..tapi dalam skop yang lebih umum (bagiku)..
perihal KEPEMIMPINAN!

aku tertanya..
bagaimana seseorang pemimpin itu mahu meneraju sesebuah pucuk pimpinan sesebuah organisasi dengan baik andai.....
1) dirinya sendiri tidak menunjukkan QUDWAH HASANAH yang terbaik..
2) dirinya menganggap orang yang punya 'title' orang bawahan, hanya sekadar mahkluk ALLAH yang wujud untuk melakukan kerja sahaja tanpa perlu DISANTUNI!

segala ini buat muhasabah diriku juga kerana aku tahu aku juga seorang pemimpin.. andai bukan pemimpin buat insan lain, setidaknya pemimpin buat diriku sendiri..

sekadar renungan..

apa perasaan anda bila ketua anda, hanya datang dan berkata2 dengan anda sekadar untuk memberitahu tentang KERJA! KERJA! dan KERJA!

pada masa lain, jka tiada perihal kerja untuk disebutkan.. maka tiadalah wajah anda dipandangnya! tiadalah sebarang teguran mahupun SALAM buat anda! JADI...APA YANG ANDA DAPAT BAYANGKAN PERASAAN ITU??

yup..
bagi pendokong gerakan islam yang benar2 faham ..
mungkin ada yang kata..
alaaa.. abaikan saja perasaan kecil hati tu..kita buat kerana ALLAH.
yup! hal2 gerakerja memenangkan islam, membutuhkan kita untuk menebalkan perasaan.
tapi.. bila disorot peribadi dan sirah RasuliLlah s.a.w. dalam meneraju sebuah tampuk kepimpinan yang agong..
hal 'KETEBALAN PERASAAN' itu seperti "apa kebenda tu??"

ingatan buat diri sendiri juga sebenarnya...menulis ini agar tidak lupa...
ingatlah wahai PEMIMPIN...terutama pemimpin dalam soff keBENARan..

saya tahu... anda semua sangat sibuk.. pelbagai agenda keHIDUPan yang perlu diatur.. sehingga kadang2 anda terduduk dan tak tahu mahu mulakan yang mana satu..

namun, ingatlah...USAH dilupakan untuk :
1) MEMBERI SALAM TATKALA BERJUMPA DENGAN ORG BAWAHMU...(yang sepatutnya kamu2 tak patut juga mengatakan mereka sebagai orang bawahan kamu..kerana mereka juga sebenarnya adalah SAHABAT2 kamu!)

Pabila jumpa mereka di mana2... setidaknya PANDANG WAJAH MEREKA---> lemparkanlah senyuman -->dan ucapkanlah "ASSALAMUALAIKUM~"


Abdullah bin Amr' ibnil 'Ash, salah seorang sahabat Rasulullah SAW menceritakan, "Ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, "Akhlak Islam yang manakah yang paling baik?" Baginda menjawab:

"Engkau memberi makan serta mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenal dan tidak engkau kenal."
(Hadis Riwayat Bukhari no.6236 dan Muslim No. 159)

Pada waktu lain, Rasulullah SAW bersabda:

"Kalian tidak akan masuk syurga sampai kalian beriman, dan kalian tidak dikatakan beriman hingga kalian mampu saling mengasihi. Mahukah kalian aku tunjukkan terhadap satu amalan yang apabila kalian mengerjakannya, kalian saling mencintai? Iaitu sebarkan salam di antara kalian." 
(Hadis Riwayat Muslim no. 192)


2)...3) dan seterusnya.. bagi saya..adalah penilaian anda sendiri. yang penting sebarkan senyuman dan salammu.... tak rugi..malah UNTUNG berkali-kali ganda...

saya yakin... mereka yang bergerakerja bersama anda, tidak akan berasa berat untuk menerima TAWARAN2 hebat dari ALLAH..melalui anda..PEMIMPIN.


"Assalamualaikummmm~~~~ "^_^


Thursday, August 2, 2012

Tidak Ikhlas & Tidak Sabar

Bismillahirrahmanirrahim..
ALLAH..ALLAH..ALLAH..
Allahumma solli 'ala Muhammad..

Tadi sedang asyik mencari gambar bertemakan SAHABAT.. Ulfah ada terjumpa sebuah artikel yang begitu bermakna. Tulisan daripada Hilal Asyraf dalam LangitIlahi.. Berkisar tentang sahabat dan (alhamdulillah) artikel ini sedikit sebanyak dalam masa tidak sampai beberapa ketika telah membantu memberi kefahaman kepada Ulfah tentang pencarian SAHABAT SEJATI..harap ia membantu kalian di luar sana..


Sahabat sejati. Ramai mencari sahabat sejati. Bertanyakan akan ciri-cirinya. Berhajat untuk mempunyainya.
Jika dilemparkan pertanyaan kepada saya: “Apakah ciri-ciri seorang sahabat sejati?”
Saya akan menjawab dengan mudah: “Dia adalah yang mengingatkan kamu kepada Allah SWT.”
Yang kalau kita pandang kepadanya, rasa kasih tertumpah. Yang kalau kita bersamanya, jiwa kita terasa lapang dan senang. Yang kalau kita bergembira dengannya, kita tidak lalai. Yang kalau kita terlupa, dia akan mengingatkan.
Namun, mencari sahabat sejati, tidak ramai yang menjumpainya.
Mengapa?
Kerana pertamanya, kita sendiri tidak berusaha menjadi sahabat sejati kepada yang lainnya.
Kita Tidak Pernah Berkorban Dengan Ikhlas.
Rasulullah SAW bersabda: “Tidak beriman seseorang kamu, hinggalah dia mencintai saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” Hadith Muttafaq ‘Alaih.
Hadith ini memberikan makna yang sangat tinggi kepada erti persahabatan, apabila keimanan menjadi taruhan. Tidak beriman, yakni tidak sempurna keimanan seseorang, sekiranya dia sendiri tidak mengasihi sahabatnya sebagaimana dia mengasihi dirinya. Begitulah Islam membina masyarakat yang kuat ukhuwwahnya. Mengajak agar kita mementingkan sahabat kita, dan tidak menjadi manusia yang pentingkan diri sendiri.
Namun siapakah yang menyantuni hadith ini?
Rata-rata mengharapkan sahabatnya ikhlas berkorban buatnya. Tetapi siapakah yang bergerak bersungguh-sungguh berkorban buat sahabatnya?
Dan pernahkah kita bertanya, mengapa keimanan dipertaruhkan di dalam hadith ini? Apa kena mengena iman dengan ukhuwwah?
Kerana orang yang benar ukhuwwahnya, adalah yang mempercayai janji Allah SWT dan RasulNya dalam medan ukhuwwah ini.
Ingatlah firman Allah SWT:
“Pada hari itu(akhirat) sahabat-sahabat karib, setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).”  Surah Az-Zukhruf ayat 67.
dan sabda Rasulullah SAW:
“Tujuh golongan yang akan dinaungi Allah pada hari tiada naungan melainkan naunganNya: ….. Dua lelaki yang kasih mengasihi kerana Allah, bertemu dan berpisah keranaNya.” Hadith Riwayat Bukhari.
Ya. Tanpa keimanan, mustahil kita akan mempercayai perkara ini.
Dan mustahil kita akan membina persahabatan kita, dengan matlamat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.
Dan bila kita tidak mahu mendapatkan keredhaan Allah SWT, mustahil kita mahu menjadi sahabat yang sejati kepada sahabat kita.
Membuatkan kita tidak pernah mahu berkorban dengan ikhlas kepadanya.
Kerana kita akan sentiasa terfikir: “Apa yang dia boleh berikan kepada aku?”
Tidak Sabar Dalam Melalui Proses.
Persahabatan itu perlu proses untuk mencapai tahapnya yang cantik dan hebat.
Bukanlah selepas sehari dua perkenalan, terus asyik dan erat. Persahabatan yang tidak melalui ujian, cabaran, dan dugaan belum boleh dikatakan persahabatan yang mantap. Hatta Rasulullah SAW dan para sahabat baginda, ukhuwwah mereka sering teruji.
Mereka teruji dengan cerita yang luar akal, yang dilalui oleh Rasulullah SAW seperti Isra’ dan Mi’raj. Mereka teruji dengan kesempitan hidup, dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan. Mereka teruji dengan peperangan demi peperangan, diseksa dan sebagainya, hanya kerana punya hubungan dengan Rasulullah SAW. Mereka juga dibina fikrah mereka, dengan pengisian-pengisian daripada Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Bukannya duduk lenggang begitu sahaja, dan tiba-tiba berkata: “Aku cintakanmu Rasulullah SAW.”
Bukan. Mereka melalui ‘proses’.
Maka begitulah kita manusia dengan manusia yang lain. Mustahil terus erat ukhuwwahnya, tanpa melalui proses. Tanpa wujudnya kefahaman akan makna sebenar ukhuwwah, tanpa melalui cabaran dan dugaan bersama-sama, tanpa bermusafir bersama, tanpa berkongsi kelemahan dan kekuatan, tanpa melalui satu jangka masa. Mustahil.
Tetapi ramai antara kita ‘tidak bersabar’. Terus hendak berjumpa dengan ukhuwwah yang sejati.
Kerana itu hingga kini terus-terusan tidak menjumpai.

Penutup: Ukhuwwah Dengan Manusia, Berurusan Dengan Kelemahan Manusia.
Dan seperkara lagi yang ramai terlepas, adalah kelemahan-kelemahan yang akan muncul kala bersahabat dengan seseorang.
Semestinya, bila bersahabat dengan manusia, maka akan muncul lah kelemahan demi kelemahannya sebagai seorang manusia. Tahap keimanan manusia adalah turun dan naik. Maka begitu jugalah sahabat kita. Turun dan naik.
Ada masanya dia manis dengan kita. Dan semestinya ada masa dia akan pahit dengan kita. Ada masanya dia baik dengan kita, ada masanya dia mungkin akan kurang melayani kita. Begitulah pasang surutnya.
Kerana itu, mengharap kepada sahabat hakikatnya bukanlah satu perkara yang baik untuk diamalkan. Tetapi kitalah yang perlu menjadi harapan sahabat kita. Melengkapinya. Memenuhinya. Menjadi yang terbaik buatnya.
Sekiranya kita tidak mempersiapkan diri untuk menerima kelemahan sahabat kita, untuk membantu melengkapkan kekurangannya, sampai bila pun kita tidak akan mampu menjumpai ukhuwwah yang manis, yang mampu membawa kita ke syurgaNya.
Jadi, kita perlu sentiasa bermuhasabah.
Makna ukhuwwah ini bukan semudah mengucap uhibbukafillah.
Tetapi ia hakikatnya adalah praktis hidup yang hendak mencari redha Allah SWT.


maafkan aku..wahai sahabat 

Sunday, January 29, 2012

Naqibahku~

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

AlhamduliLlah.... wa syukuriLlah... (tiba2teringat qasidah ipgktb pula~) =).

Yup, tomorrow will be the day! For my third practicum session (insyaALLAH) will be held in SK Seberang Batu Hampar. and yet..now..i'm still sitting on my bed my current 'port' since Idah takes over my place in Taman Sri Andalas and typing something in keHIDUPan. 

Ok. Apa yang Ulfah nak katakan secara tiba2 disini ialah hargailah naqib/ah anda semua! 

Entahlah..ALLAH saja Maha Tahu tentang apa yang tesirat dan terlintas dalam hati Ulfah sejak subuh tadi terutamanya setelah membaca sebuah entri daripada seorang sahabat yang telah di'posting'kan ke Sarawak. moga dipermudahkan segala urusannya. Sebenarnya dah lama terlintas ayat diatas terutama sejak Ulfah mengenali apa itu usrah (secara spesifiknya di IPG). Ye,sebetulnya Ulfah telah mengenali perkataan usrah itu sendiri semasa Ulfah berada di dalam tingkatan 5 di SESERI yang disayangi walaupun pada waktu itu belumlah lagi sepenuhnya menyayangi. Haha..baru kenal dah terus ditabalkan untuk menjadi naqibah. =) pelik bin ajaib kerana Ulfah ini bukanlah dari sekolah agama pun.. sekolah rendah agama dulu2 adalah..

Disingkatkan cerita..

Ulfah tak tahu..samada wajarkah Ulfah ada perasaan CEMBURU (namun insyaALLAH..tidak sampai membawa mudharat) terhadap insan2 yang bertuah memiliki seorang naqibah! Naqibah yang benar2 dapat menJENTIK hati kita untuk memperbaiki diri dengan lebih baik. Naqibah yang memahami serta tidak lokek dengan ilmu. Naqibah yang punya zouq melalui kata2 dan perbuatannya. Naqibah yang apabila kita melihat wajahnya, kita merasa hina dan amat rendah diri dek kerana nur keakraban hatinya dengan Ilahi. Ulfah amat menDAMBAkan naqibah seperti ini.

CEMBURU Ulfah bila ramai insan yang boleh berbicara dan mengenangkan limpahan ilmu dan pengajaran daripada naqib/ah nya dengan orang lain. Berbicara bukan kerana mahu mengagung2kan mereka...namun, kerana ukhuwah fi Llah yang terjalin kukuh antara mereka. Bicara yang dibuka dek kerana ukhuwwah yang amat disayangi kerana ALLAH taala.

Ulfah ada mengenali beberapa individu yang Ulfah teringin sangat nak menjadi adik usrahnya. Biarlah menjadi kerahsiaan hati Ulfah ye.. cuma sukahati Ulfah nak beritahu tentang satu nama ini.. Kak Ashidah Binti Johari (if i'm not mistaken).. or also know as kak simple shidah @ kak Stay Strong. Kakak yang berjaya mencuri hati Ulfah. Kami bukanlah dapat berjumpa selalu. Memang amat jarang! Jumpa selalunya ditempat yang penuh kedamaian hiJaU ~ =). Kak ss merupakan naqibah pertama Ulfah (kalau tak silap ingat) sejak Ulfah mengenali apa itu usrah. Usrah yang dilaksanakan di alam maya. UO @ Usrah Online. SANGAT MERINDUI SAAT ITU!!! SANGAT3X! macam nak menitiskan airmata!  Yokie Emoticons 45 UO sudah tidak dapat dijalankan kerana kekangan ahli2nya (termasuk Ulfah lah tu) yang berada dimerata pelosok dunia~ chewah. Walaubagaimanapun, kak ss tetap mengirimkan emel yang sarat dengan ilmu dan peringatan buat kami. 

Sayang kak ss! moga akak always stay strong.. 
(Ulfah ni memang agak mengada2 Yokie Emoticons 42 juga bila dapat jumpa mereka yang berstatus kakak! almaklumla...tiada kakak~ jauh sekali abam...) 

Poin yang dirasakan boleh dijadikan poin aduyai..bahasa2~  ...ala...carilah sendiri ye.. Yokie Emoticons 26

Hargailah usrah anda! Hargailah saat anda dilimpahi kata2 pengajaran dan tautan hati yang mendekatkan diri kita pada Ilhai.. Hargailah ye...! Mungkin dari sinilah titik mula perubahan diri kita kearah yang lebih baik. dengan izin ALLAH juga.. 

wallahu'alam


p/s: Ulfah nak gi shopping2 lagi dengan mak sebelum balik Seremban~ ada sesiapa nak kirim apa2 dari Selangorku yang terCHENTA ini?


Saturday, November 12, 2011

hati MAYA

Bismillahirrahmanirrahim...

Hakikatnya keHIDUPan dunia ini..suka dan duka saling jerkah menjerkah satu sama lain..
dalam sebuah episodnya, duka selalu mengiringi suka
begitu juga dengan suka
kadangkala ia datang beriringan
kadangkala salah satu mendahului terlebih dahulu

duka itu rasanya perit
perit tatkala sedang merasainya
terkadang tubuh jatuh
tersembam ke bumi
tiada upaya untuk berdiri kembali
sehingga kedukaan itu
telah menyelubungi suka
yang kita tidak sedar akan kehadirannya
kewujudannya

namun
apabila kita sendirian mengenang kembali tentang duka yang dulu
terimbau pula tentang suka yang dulu
suka yang ada antara kita
terkadang tidak pernah menghargainya
tatkala itu
mungkin dek kerana
duka yang acap bertandang

indah menatap senyuman
indah melihat gelak tawa
indah mendengar tutur hikmah
indahnya ya ALLAH...

ku RINDU
ku RINDU
ku RINDU

tatkala saki baki yang ada
tidak bolehku biarkan berlalu saja
kerna aku tidak bisa tahu
apa yang bakal terlakar
dimasa mendatang
adakah akan terhilang sendirinya saki baki itu?
atau
adakah ianya akan menjelma semula?
aku TIDAK TAHU!

moga dengan izinMu
aku mampu menghargai
apa yang ada saat ini
selagi masih ada masa
yang Kau kurniakan
aku mohon yang amat
agar jernihkanlah kembali
mana yang keruh
yang aku sendiri
tidak tahu bagaimana mahu mulakannya dulu

tanpa izinMu
aku,dia dan kami
akan terus kebuntuan
akan terus kehilangan arah
dalam merawat luka
yang telah banyak menghilangkan HATI

ku mohon
ku mengharap
segalanya hanya dariMu
ALLAH
KAU MAHA MENGETAHUI
SEGALA YANG TERBAIK
UNTUK KAMI

sumber: hati MAYA


Wednesday, November 2, 2011

berFIKIRlah


Bismillahirrahmanirrahim.

AlhamduliLlah..  Selamat semuanya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Perjuangan.
Apa itu perjuangan? Perjuangan bagaimana yang 'mereka' sibukkan? Bagaimana pula aku mahu turut serta dalam 'perjuangan' itu? Apa matlamat 'perjuangan' itu?

F.I.K.I.R
Itulah antara soalan yang pernah ku lontarkan dalam diari bertaip di LA suatu ketika dulu sekitar tahun 2008 atau 2009. Soalan-soalan ini terlintas tatkala diri terFIKIR menerusi lagu-lagu perjuangan yang wujud dan pernah ku dengari. Bukan setakat lagu, malahan terdapat juga banyak blog-blog peribadi dan umum yang melontarkan semangat dan keazaman 'mereka' untuk ber'juang'. Semua ini antara penyebab aku menjadi tertanya-tanya walhal pada FIKIRku sendiri seperti sudah ada jawapan. Namun ianya adalah jawapan yang tiada sokongan pautan untuk membenarkan ia. 

PERJUANGAN.

Sekali lagi aku lontarkan perkataan itu tanpa sebarang muntahan pendapat dariku sendiri. Aku mahu tanya kalian. Apa MAKNA PERJUANGAN pada diri kalian? (andai ada yang membaca penulisanku yang entah apa2 ini). Apa yang kalian mahu PERJUANGkan dalam hidup kalian di muka bumi ini? Apa MATLAMAT PERJUANGAN kalian?

Cukup 3 soalan itu ku ajukan pada kalian juga dalam masa yang sama kepada diriku sendiri.

"Aezza, kenapa awak tak tulis matlamat hidup awak?" soal seorang kakak kepadaku dalam sebuah program yang pernah ku sertai dalam tahun 2010.

Pada mulanya aku hanya tersenyum.

"Aezza, awak memang tak ada matlamat hidup ke? Kenapa tak tulis?"

Wajahku sedikit berubah dan semakin berubah-ubah suasana hatiku sendiri meskipun airmukaku cuba untuk dimaniskan. Namun, setelah digasak airmataku degil juga mahu keluar.

"Maaf, mungkin saya terlupa nak tulis."
"Terlupa? Macam mana boleh terlupa? Bukankah MATLAMAT HIDUP itu suatu benda yang penting! Atau memang awak tiada MATLAMAT HIDUP!?"

Uish, berdesing telinga dan hati aku. Bertambah berjujuranlah airmata bak sungai yang mengalir deras.

Akhirnya keluar beberapa ayat yang berada jauh disudut hati. Pastinya MATLAMAT HIDUP itu suatu perkara yang PENTING dalam setiap diri insan. Masakan soalan yang teratas dan sepatutnya aku boleh jawab ditinggalkan?

"Kak, saya bukan tiada matlamat hidup. Sebenar dan sejujurnya matlamat hidup saya adalah untuk mendapat REDHA ALLAH. Namun, saya takut untuk menyatakannya kerana takut perbuatan dan akhlak saya tidak menggambarkan matlamat saya."

"Kenapa awak sanggup meneggelamkan MATLAMAT HIDUP yang sepatutnya menjadi MATLAMAT buat setiap MUSLIM kerana sebab itu? Kenapa tidak awak berUSAHA untuk mencapai MATLAMAT awak tu?"

"Saya takut saya salah."

"Takut salah? Peliklah awak ni. Awak tak salah andai benar MATLAMAT AWAK adalah untuk mencapai REDHA ALLAH. MATLAMAT awak itu sendiri akan memimpin awak berada pada jalan untuk sampai kepadanya andai awak benar-benar IKHLAS menyata dan meletakkanya sebagai MATLAMAT HIDUP awak. Redah jer! Percayalah pada ALLAH andai DIA matlamat awak. DOA. Minta ALLAH tunjukkan jalan yang BENAR dan TEPAT untuk awak capai REDHA-NYA"

Perjuangan untuk MARDHATILLAH!

Bagi saya inilah perjuangan yang perlu ada dalam diri setiap MUSLIM. Bagaimana caranya? YA..Jalannya PELBAGAI. Terpulang pada kita untuk memilihnya. Namun, POHONLAH pada ALLAH.. agar diTUNJUKkan JALAN yang TEPAT untuk kita capai kerana saya pasti jalan yang TEPAT itulah jalan yang TERBAIK untuk kita sampai kepada-Nya. ANDAI DIRI MERASAKAN TERLALU BANYAK JALAN UNTUK DIPILIH PADA PANDANGAN MATA, MAKA TELITILAH SEBAIKNYA JALAN2 TERSEBUT SATU DEMI SATU AGAR KITA (dengan izin ALLAH) TEMUI JALAN YANG TERBAIK ITU. TELUSURILAH SIRAH RASULLULLAH SAW dengan baik dan antara yang penting..KAJI DAN FAHAMILAH TENTANG KESYUMULAN ISLAM ITU SENDIRI.
insyaALLAH.. moga ALLAH beri hidayah (petunjuk)Nya kepada orang2 yang benar2 berusaha mahu tahu JALAN yang SEBAIKnya. [Ku seru diri dan juga teman serta sahabat yang sudi membaca coretan hamba yang hina ini.]

p/s: ku tak mahu yang membaca ini percaya apa yang kutulis. Namun, ku amat harapkan kalian untuk berfikir dan berFIKIR tentang apa yang aku cuba mahu sampaikan. Moga ALLAH permudahkan apa yang mahu kusampaikan kepada kalian. FIKIRLah sebaiknya. JANGAN BERHENTI DARIPADA BERFIKIR.


Monday, October 17, 2011

Titisan Airmatamu

Bismillahirrahmanirrahim...

"Aezza, ingat. Tangisan kau tu biarlah ketika kau menghadapNya. Terutama dalam solat kau. Jangan menangis kerana manusia."

Tutur bicara yang pernah diungkapkan kepadaku oleh seorang sahabat hati yang kini berada nun jauh di serambi Makkah.

Hakikatnya, airmata ini mudah saja mengalir. Terkadang tanpa sebab yang dapatku huraikan sebaiknya pada sesiapa. Hanya DIA saja tahu, apa makna tiap airmata yang gugur dari mata ini.

Duhai teman...
Duhai sahabat...
Duhai adik2ku
Duhai saudaraku..

Yokie Emoticons 78Menangislah
menagislah
menagislah

menagislah tatkala jiwamu lelah terhadap ujian yang tiada putusnya. Namun, jangan sesekali kau bersangka buruk terhadap Tuhanmu.. ALLAH.

Percayalah, pada tulus Maha kasih dan sayangnya ALLAH....

Tiap apa yang menimpamu, punya 1001 jalan cerita yang terbaik untukmu di dunia ini andai kau hadapinya dengan berbaik sangka denganNya...ALLAH..

Bismillahir Rahmanir Rahim...~

"Tiada Suatu Bencana Yang Menimpa Di Bumi, Dan Tiada Pula Pada Dirimu Sendiri, Melainkan Ada (Tertulis) Di Dalam Kitab (Lohmahfuz) Sebelum Kami Menciptakannya. Sesungguhnya Yang Demikian Itu Mudah Bagi Allah Mengadakannya..."
(Al Hadid: 22)



"(Ketetapan Yang Demikian) Supaya Kamu Jangan Berdukacita Terhadap Apa Yang Luput, Dan Supaya Kamu Jangan Terlalu Gembira Terhadap Apa Yang Diberikan-Nya. Dan Allah Tidak Menyukai Setiap Orang Yang Sombong Lagi Membanggakan Diri..."
(Al Hadid: 23)



[RESAHlah.. BIMBANGlah..TAKUTlah.. andai dirimu begitu sukar untuk menitiskan airmata. apatah lagi airmata atas sesalan dosa2 yang kau lakukan... ]


ingatan buat diriku jua...~


Thursday, October 13, 2011

Mukabuku vs Tahajud

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya ALLAH... sedapnya VICO + Quaker Oatmeal yang sedang ku santap waktu ini. Dengan izinMu jua, dapatlah rezeki yang Kau kurniakan itu memenuhi sedikit sebanyak ruang perut yang tidak berapa selesa keadaannya diwaktu ini. Alhamdulillah...

Rindu untuk berceloteh disini. Moga celoteh yang memberi manfaat kembali buat diriku.

Fokus kerja menaipku tatkala ini adalah tertumpu kepada sebuah wall post yang pernah ku letak diwall ku sendiri.(semestinya wall FB maksudku). Sila tengok di bawah ye.. Yokie Emoticons 40

S0alan cepumas untk semua. Apa yg tlintas dlm fikiran kalian apabila celik saja 
mata dr tidur? Fikir2kan.. Pilihan jwpn bkal menyusul. [via Celcom SMS]

Tidak mendapat respon dari ramai manusia. Tidak mengapa. Sekurang-kurangnya ada yang menjawab, "mati" dan tidak kurang juga, "lapar..nak makan..". =D. (budak yang bagi respon "lapar" tu suka bagi jawapan mengade.. tunggulah...kena cepuk bila balik rumah nanti... we'll see...~ =P)


Kenapa rasanya saya menulis dan bertanyakan soalan seperti itu? 

KENAPA ek???
(fikir jap...... )

 Onion Head Emoticons 30

Onion Head Emoticons 24

Tulisan ku ini telah didorong melalui pemerhatian dan sembang-sembang 'berisi' dengan adik usrahku. (berisi sangat lah tu..) Tentang apa? Lebih sesuaiku berikan tajuk "Mukabuku vs Tahajjud". Sebelumku meneruskan penulisanku, mohon maaf andai ada yang bakal terguris dengan penulisanku kali ini. Sesungguhnya, apa yang ingin ku coretkan adalah untuk peringatan kita bersama. Aku juga insan yang mudah lupa dan melalui penulisan inilah ku ingatkan kembali diriku.

Aku tahu, aku ini bukanlah bagus mana pun. TERLALU BANYAK KEKURANGAN!! TERLALU BANYAK DOSA YANG MENGGUNUNG TINGGI PADA BAHUKU. Sehinggakan aku sendiri malu untuk melihat wajahku sendiri. 

Walaubagaimanapun, amatlah memBARA..dan lebih juga kepada terTANYA-TANYA dibenak akalku (melalui apa yang pernah ku lihat dan dengar sebelum ini) apabila ada manusia yang tersedarnya dia dari tidur..maka LAPTOP menjadi arah tuju pertama. 

Apa yang menjadi lagi kejutan ialah.. MUKABUKU adalah klik utama yang pasti dilawatinya sesedarnya dia dari tidur. (terus terang aku katakan.. seperti rasanya mahu tutup saja akaun MUKABUKU sendiri bila dengar cerita ini)

Tidakkah kita mahu bersyukur?

Ya.. pelbagai cara atau metod boleh kita lakukan dalam menunjukkan rasa kesyukuran kita. Antara yang utama menyebut "ALHAMDULILLAH". Tapi bukankah rasa kesyukuran itu jelas terpancar apabila kita sebagai hamba ALLAH, terus teringat DIA sedari kita dari mati sementara yakni tidur. 

MAHA SUCI ALLAH... sedari dari tidur seorang hamba itu melafazkan alhamdulillah... terus bangkit dari pembaringan yang begitu menggoda dan menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu' bagi menundukkan jiwa kepada MAHA PENCIPTA, ALLAH Azza Wa Jalla. MasyaALLAH.

Marilah sama-sama kita ingatkan diri kita.

"Kenapa aku tidak boleh membaca al-Quran apatah lagi bertahajjud sedari aku dari lena?"
"Aku ni GILA ke? Boleh mengangkat serta mengagung2kan HADIAH dan PEMBERIAN melebihi dari PEMBERInya?"
"Apakah aku tidak bersyukur untuk setiap hirup nafas yang ku ambil secara percuma tanpa melalui sebarang TOL dari DIA?"
"Lama sangat ke aku nak solat tahajud 2 rakaat tu berbanding berjam2 aku menghadap laptop?"

[dan banyak lagi persoalan yang kurasa kawan2, teman2 dan sahabat2 boleh fikirkan...]

Mungkn saja ada yang berkata atau terdetik dalam hati, "aku buka FB bukan buat perkara2 yang tak elok. aku baca artikel dan cari bahan2 ilmiah..Islami..yang dapat dikongsi bersama2. Tak kan salah kot?"

Soalanku..

ADAKAH KATA2 DARI MANUSIA ITU (artikel, blog,video etc) LEBIH MULIA DAN LAYAK DIDAHULUKAN BERBANDING KALAMULLAH????

maaf andai aku diarasakan kasar dengan pertanyaan tesebut.
Tapi itulah yang mahu ku lontarkan kepada kamu2 yang aku sayangi.

Aku tidak mengatakan bahawa melihat FB atau laptop setelah bangun dari tidur itu satu dosa.. (siapalah aku untuk menyatakan dosa dan pahala.. aku hanya hamba ALLAH yang hina) Namun, seperti yang telah ku nyatakan diatas..

JADILAH KITA DALAM GOLONGAN HAMBANYA YANG SENTIASA BERSYUKUR.

Sedangkan nabi Muhammad saw yang 200% gerenti masuk SYURGA, bengkak kedua belah kaki baginda; kesan dari baginda yang sentiasa bangun malam untuk sujud menyembah dan merendahkan jiwa kepada ALLAH Tuhan sekalian 'alam. Ingatlah kalimah INDAH yang dituturkan oleh baginda saw apabila ditanya mengapa baginda bersusah payah untuk bangun malam.. bersabda baginda dengan maksudnya:
“Tidak bolehkah aku menjadi hamba yang bersyukur kepada Tuhanku?”
Sekadar disini saja nukilan dari bicara hatiku. Sekali lagi ingin ku katakan bahawa apa yang kutulis ini adalah sebahagiannya untuk menjadi metod muhasabah diri. Hal ini kerana aku hanyalah insan yang penuh dosa yang terlalu berat untukku pikul. Wallahu'alam.

Segalanya datang dari PENA DIA (ALLAH) buatku jua buatmu...teman...sahabat... adik2ku
 

Tuesday, October 4, 2011

Buat Sahabat Yang Dirindui




Alihkan matamu ke arah laut
Airnya cantik memburu dan penuh ketenangan
Namun hanya ALLAH sahaja yang tahu
Rahsia di dalamnya

Begitulah kehidupan manusia
Riang...Ketawa..
Tetapi hanya ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya

Jika kau kecewa wahai sahabat
Pandanglah ke sungai
Airnya tetap mengalir
Biar Berjuta batu menghalang

Jika kau bersedih sahabatku
Pandanglah ke langit
kau akan sedar
bahawa ALLAH
sentiasa bersamamu
mengiringi setiap langkahmu
menyusuli setiap doamu

meskipun hatiku
lukanya masih dalam
namun doaku masih yang terbaik
untukmu sentiasa
insyaALLAH





Sunday, September 18, 2011

Wanted!

Bismillahirrahmanirrahim...


Muslimah Mujahidah Solehah, bukanlah sebarang wanita.

Mereka ialah wanita2 yang berpegang pada PRINSIP HIDUP!


Bagi mereka KETEGASAN terhadap kaum Adam itu adalah satu 

MUTIARA dalam HIDUP MEREKA. 

Sifat MANJA (GEDIK) terhadap kaum Adam yang ajnabi 

LANGSUNG TIDAK akan WUJUD dalam diri mereka!

INILAH CONTOH MUSLIMAH MUJAHIDAH SOLEHAH!

Jadi wahai kaum hawa buatlah pilihan untuk berada di dalam golongan wanita yang bagaimana.

SAYA YAKIN! Kakak2 dan adik2ku sudah mampu berFIKIR yang 

BAIK dan BURUK tentang sesuatu perkara. insyaALLAH!

(thanks to Moksu Nadhrah)





Thursday, September 15, 2011

Buku... Buku..

Bismillahirrahmanirrahim..

Sekadar ingin berkongsi buku-buku yang sedang aku cuba ingin habiskan walaupun buku 'Penilaian dalam Pengajaran Sains', 'Pegurusan Makmal' dan juga tugasan 'ELT for Younger Learner' seperti MENYERU namaku. Yokie Emoticons 46 Eza...~ Eza..~ (^_^)




OK..sudah nampak TEMA bacaan saya kali ini? hah..saya memang sangat mahu anda juga turut membacanya. Yokie Emoticons 36

Saya menyarankan anda membacanya bukan kerana saya sedang membacanya. Namun apa yang lebih penting intipati yang ingin disampaikan dalam buku-buku tersebut. 
Wallahu'alam.

Saturday, August 20, 2011

Al-Fatihah Buat Sahabatku...Serraaaaaa

Bismillahirrahmanirrahim...

ALLAH
ALLAH
ALLAH..

Acap kali aku tidak pernah sempat untuk mengusapkan kata2 akhir buat insan yang ku sayangi sebelum mereka Kau jemput pergi.... termasuk ketiga2 arwah atokku....(termasuk atok -->@ arwah nenekku yang telah pergi pada 12 Mei yang lalu). Kini,seorang sahabat yang Kau titipkan rasa sayangku padanya tanpa pernah ku tatapi wajahnya, mendengari alunan suaranya serta melihat tingkahlakunya telah pergi menghadapMu tanpa sempat untukku berkata sesuatu padanya dalam tempoh beberapa ketika sebelum ini.

Aku tahu..aku tiadalah siapa-siapa bagi dia. Bukanlah insan terdekat dengannya mahupun selalu bersamanya tatkala susah mahupun senang. Namun, aku tidak tahu bagaimana mahu gambarkan... ukhuwah yang terbina dalam alam maya ini mampu memberi kesan yang mendalam dihati... terhadap persahabatan kami. 

Serrarina... atau namanya Wan Sara Ariana..

banyak yang telah ku pelajari dari dia. Dia seorang tabah. SANGAT TABAH! ALLAH saja Maha Tahu tentang dia..

Maaf..tiada kata yang dapat kusambung tatkala ini.

Saat ini diriku sedang memakai gelang pemberiaan dia.merenung pin yang dihadiahkannya padaku.
aku bukanlah siapa2 padanya.. namun, ukhuwah yang dia bina, amat MENDALAM perasaannya.

Ku doakan moga ALLAH tempatkan dikau dalam kalangan hamba2Nya yang dicintaiNya..

Maafkanku, kerana aku bukanlah teman yang menemanimu..yang sentiasa dapat berceloteh denganmu.. namun, ingatanku terhadap satu perbualan panjang kita di dalam YM, sentiasa dalam hatiku..

Benarlah...UKHUWAH itu TERAMAT INDAH apabila segalanya KERANAMU ALLAH~

bisakah aku dapat jadi seperti dia... TABAH dalam menghadapi ujianMu...ALLAH.. 

cik biruuuuu amat merindui cik putesss!
ALLAHUAKBAR!

Monday, August 8, 2011

Atas & Bawah

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...sudah masuk hari yang ke-8 umat Islam berada dalam bulan yang penuh baraqah ini..RAMADHAN..
Ramadhan...
Mengenang aku
kesusahan yang dialami
oleh insan lain...
-Brothers-
Saja saya ambil serangkap lagu daripada kumpulan Brothers yang pernah dianggotai oleh Yasin. 

Terlintas untuk menulis sesuatu berkenaan rangkap tersebut apabila diri acap kali melihat sekelompok manusia yang memerhati saja manusia yang berpusu-pusu dan rakus merebut membeli makanan juadah puasa.  
Rakan-rakan.. hulurkanlah bantuan.

Saya tahu, kita semua ini belum lagi mendapat gaji bulan2 (yang bakal (insyaALLAH) kita peroleh setelah menjadi penjawat awam kelak).. Namun, diharapkan elaun yang kita dapat, sekurang-kurangnya dalam RM300++ sebulan itu boleh lah kita beri sedikit kepada mereka yang tidak berkemampuan. Sedeqahkanlah setidak-tidaknya RM1 kepada mereka. Kasihanilah mereka.

[[[part yang saya paling tidak boleh menahan hiba, bila melihat pakcik atau makcik tua ----yang boleh dipanggil atok/nenek berjalan seorang diri dengan pakaian yang compang camping di tepi jalan]]] ALLAHUAKBAR!

Nek Google: Image

Dipasar-pasar selalunya pasti ada makcik atau pakcik yang buta datang duduk menjual tisu. Belilah tisunya andai kita rasa perlu balasan atas RM1 yang kita mahu sedeqahkan. Ikhlaskanlah hati ye kawan2.

[[[ tangan diatas lebih baik daripada dibawah ]]]

Pak Google image~

Teringat cerita tentang seorang ustaz yang mana sanggup pulang ke rumahnya semata-mata terlupa untuk memasang niat untuk melakukan segala kerjanya nanti LILLAHITA'ALA apabila keluar saja dari rumah. masyaALLAH~

ehsan: iluvislam

Wednesday, August 3, 2011

Terima kasih, Cikgu!

Bismillahirrahmanirrahim...

AlhamduliLlah.... syukur ku kepada ALLAH kerana memberiku kesempatan hidup didunia ini untukku memperbaiki amalku yang suatu hari nanti merupakan bekalan untukku di akhirat kelak. Sukur juga kerana ALLAH memberiku kesihatan yang baik untukku menjalani ibadah puasa dalam hari ke-3 ini. SubhanaLlah... terik mentari yang dihadapi sekrang hanya ibarat sepercik api dari api neraka. Astaghfirullah..moga ingatan seperti ini membawa aku untuk sentiasa mengawasi diriku.

(kesian tengok Hud2..kena berjemur dibawah panas mentari. Nasib baik Hud2 tu bukan manusia, kalau manusia semstinya tidak akan berada di bawah kebahangan mentari sesuka hati)

Sebenarnya hanya satu perkara yang ingin ku nukilkan disini.

Aku ingin katakan bahawa BUKAN MUDAH UNTUK MENJADI SEORANG GURU...SEORANG PENDIDIK. ALLAHURABBI..Kurniakanlah aku serta sahabat seperjuanganku kekuatan dan semangat yang tidak pernah padam untuk kami membantu generasi anak muda dalam mendidik jiwanya penuh dengan ilmuMu ya ALLAH... yang bakal memanfaatkan ilmu yang diperolehi kejalan yang baik.

Anda diluar sana, yang bukan berada di dalam profesion keguruan; ku mohon berilah kerjasama yang baik kepada para pendidik kita. Mungkin juga fokusku lebih kepada ibu bapa. Bercakap soal ibu bapa zaman la ni.. melalui apa yang ku dengari dari guru-guru sekolah tempatku berPBS atau berpraktikum; lebih mempercayai anak sendiri daripada cikgunya. Aduyai~Namun tidak ku nafikan masih ada sekelompok ibu bapa yang cukup komited dan begitu bekerjasama dengan guru bagi memastikan kelangsungan didikan jiwa anaknya berada di dalam landasan yang baik. insyaALLAH.

Ni saya mahu beritahu kamu2 semua satu berita benar ( mungkin sepatutnya ku katakna dua cerita benar). Dua orang guru telah pulang kerahmatuLlah dalam pertengahan bulan Julai tahun ini. Dua orang guru tersebut mengajar di Seremban. Seorangnya meninggal akibat HYPERTENSION@HIPERTENSI. Nak tahu tentang apa itu HIPERTENSI, cari saja di Google. Arwah dikatakan mendapat tugasan yang banyak termasuklah menjadi guru Bahasa Inggeris bagi murid tahun 6. Hampir semua kelas(kalau tak silap ingatlah) perlu diambil alih oleh beliau berikutan beliau merupakan guru cemerlang. Banyak faktor lagi. Seterusnya, seorang guru yang lain pula, meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di sekolah juga. Wallahu'alam bagaimana cerita tentang cikgu ini.

Nah, ini dia antara cerita perjalanan seorang guru!

Anda tak percaya? Percayalah~

Bila budak dirotan guru, berita tersebut pasti terpampang dimukadepan suratkhabar. Walhal cerita benar disebalik murid yang dirotan itu, jarang sekali yang benar dikeluarkan. Herm.. terngiang-ngiang wajah-wajah guruku. Apa khabar mereka sekarang? 

Anak- anak murid, HORMATILAH GURU KAMU! HORMATILAH. DENGARILAH NASIHAT DAN AJARANNYA BAIK2. JAGALAH HATINYA. Moga kalian mendapat 3 kebaikan dari perbuatan itu. Pertama, mendapat KEBERKATAN ILMUNYA. Kedua, moga kalian dapat membentuk akhlak peribadi yang mulia dan yang terakhir moga kalian memperolehi kejayaan dunia akhirat.insyALLAH.

Gambar: Pak Google. Upin Ipin.

Wednesday, July 13, 2011

Ayuh kita BANTU NORMA !

Bismillahirrahmanirrahim...




Ya ALLAH, KAU sembuhkanlah Norma.. Moga dengan izinMu jua, Rafiq mendapat kasih dan belaian daripada ibunya. Wahai saudaraku, teman, sahabat dan kawan... marilah sama2 kita membantu insan yang sedang menghadapi ujian dan dugaan dalam hidupnya. Andai tiada wang yang mampu dihulur, setidak2-tidaknya sebarkanlah iklan dibawah agar kita dapat membantu Norma dan keluarganya. Untuk membaca kisah Norma dengan lebih lanjut..sila KLIK SINI


Saturday, July 9, 2011

Gastrik & Ulser???

Bismillahirrahmanirrahim..
ALLAH..ALLAH..ALLAH..

Sebelum menutup tirai mata pada malam ini, sedikit perkongsian mahu diletakkan ke dalam keHIDUPan. Perkara ini seperti ada kaitan dengan aku apabila butirannya ku baca. Wallahu'alam, tidak pernah berjumpa doktor pun selama ini. Apa-apa pun, jom baca untuk mengelakkan ianya berlaku pada teman dan sahabat diluar sana.(insyaALLAH)

[[SEKADAR COPY AND PASTE DARI SINI --> Gastrik& Ulser 


TEKANAN (stress), rangsangan atau tindak balas bahan kimia daripada ubat, makanan dan jangkitan bakteria boleh menyebabkan pembengkakan di kawasan permukaan perut. Pembengkakan yang timbul akibat daripada tindak balas setempat ini menyebabkan seseorang itu mendapat gastritis atau lebih dikenali sebagai gastrik.

Perut adalah kawasan yang mengeluarkan rembesan asid yang kuat dan pepsin yang berfungsi untuk menghancur / menghazam bahan-bahan makanan. "Kadangkala asid dan pepsin ini yang sepatutnya bertindak / menghazam ke atas makanan seperti daging sebaliknya merosakkan permukaan perut dengan cara menghazamkan/mencerna permuakaan perut yang juga adalah daging. Apabila permukaan perut terhakis asid akan menembusi lapisan pertahanan perut dan mengakibatkan hakisan/kecederaan itu membesar dan akhirnya menjadi ulser," katanya.
Bagaimanapun, katanya pembengkakan permukaan perut boleh disebabkan oleh bahan kimia yang diambil dalam makanan dan kimia yang terjadi dalam tubuh manusia sendiri seperti asid regurgitasi atau hempedu .
Ubat steroid dan bukan steroid, sesetengah antibiotik dan ubat-ubat tradisional Melayu dan Cina juga boleh menyebabkan gastritis (pembengkakan perut) serta berkemungkinan terjadi gastrik.

Menurut dr Aminuddin lagi:
PUNCA GASTRIK
  • Merokok
  • Meminum minuman beralkohol
  • Jangkitan bakteria helicobacter pylori
  • Kegagalan organ tubuh seperti kegagalan buah pinggang, pernafasan, jangkitan septisemia dan pesakit tenat yang boleh mengakibatkan stress ulser.
  • Tabiat pemakanan yang tidak mengikut waktu.
  • Gaya hidup yang tertekan (stress)
  • Bahan-bahan kimia seperti ubat Non-Steroid Anti Inflammatory Drug (NSAIDs).
Setakat ini tiada bukti jelas yang mengaitkan beberapa jenis makanan sebagai penyebab terjadinya gastrik.
Namun, sesetengah makanan yang masam seperti cuka, dan beberapa jenis buah-buahan seperti nangka serta makanan pedas mungkin memburukkan lagi keadaan atau gejala gastrik yang dihidapi.

Tambah beliau lagi:
TANDA-TANDA GASTRIK
Antara tanda-tanda yang dihidapi oleh seseorang yang menghidapi gastrik ialah:
  • Terdapat pesakit yang mengalami gastritis atau hakisan perut tanpa gejala klinikal
  • Sesetengah pesakit merasakan gejal-gejala kesakitan semasa lapar dan mereka terpaksa mengambil makanan yang lebih kerap untuk mengurangkan rasa sakit tersebut
  • Pendarahan gastrousus boleh berlaku pada pesakit yang menderita masalah yang lama, malah 25 hingga 30 peratus penyebabnya ialah kerana hakisan (gastritis erosif).
Pada laman web berikut juga boleh diperolehi maklumat berkaitan penyakit gastrik::http://www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/kosmik/2000/kosmik5.html
Dari bahan-bahan penulisan ini bolehlah saya rumuskan penyakit gastrik atau juga dikenali sebagai gastritis sebagai:

Penyakit Gastrik / Gastritis ringan
Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.

Penyakit Gastrik / Gastritis berat
Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.

Penyakit Ulser gastrik (peptic ulcer)
Merujuk kepada ulser perut. (Ulser memberi maksud sejenis luka terbuka). Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis. Ulser gastrik adalah abang kepada Penyakit gastrik berat.

Berikut adalah pandangan berkaitan penyakit gastrik yang diturunkan oleh arwah guru saya:

Punca Penyakit Gastrik:
Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari. Apabila amalan ini diteruskan untuk tempuh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempuh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.
Tempuh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.

Tanda-tanda penyakit gastrik:
  1. Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
  2. Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
  3. Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
  4. Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
  5. Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
  6. Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.

Rawatan penyakit gastrik:
  1. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
  2. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
  3. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
  4. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
  5. Elakkan makan terlalu kenyang
  6. Elakkan cuka, makanan yang pedas
  7. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
  8. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
  9. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
  10. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
  11. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.