Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Tuesday, October 4, 2011

Buat Sahabat Yang Dirindui




Alihkan matamu ke arah laut
Airnya cantik memburu dan penuh ketenangan
Namun hanya ALLAH sahaja yang tahu
Rahsia di dalamnya

Begitulah kehidupan manusia
Riang...Ketawa..
Tetapi hanya ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya

Jika kau kecewa wahai sahabat
Pandanglah ke sungai
Airnya tetap mengalir
Biar Berjuta batu menghalang

Jika kau bersedih sahabatku
Pandanglah ke langit
kau akan sedar
bahawa ALLAH
sentiasa bersamamu
mengiringi setiap langkahmu
menyusuli setiap doamu

meskipun hatiku
lukanya masih dalam
namun doaku masih yang terbaik
untukmu sentiasa
insyaALLAH





2 comments:

  1. kak yuzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz~~ winduuuuunyeeee dgn akk..

    bila lah boleh jumpa akk dan akk2 lain?

    terima kasih kak... insyaALLAH...

    alhamduliLlah... duka yg dirasai sudah mahu terbang pergi dgn izinNya.. insyaALLAH...

    ReplyDelete

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...