Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Thursday, October 13, 2011

Mukabuku vs Tahajud

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya ALLAH... sedapnya VICO + Quaker Oatmeal yang sedang ku santap waktu ini. Dengan izinMu jua, dapatlah rezeki yang Kau kurniakan itu memenuhi sedikit sebanyak ruang perut yang tidak berapa selesa keadaannya diwaktu ini. Alhamdulillah...

Rindu untuk berceloteh disini. Moga celoteh yang memberi manfaat kembali buat diriku.

Fokus kerja menaipku tatkala ini adalah tertumpu kepada sebuah wall post yang pernah ku letak diwall ku sendiri.(semestinya wall FB maksudku). Sila tengok di bawah ye.. Yokie Emoticons 40

S0alan cepumas untk semua. Apa yg tlintas dlm fikiran kalian apabila celik saja 
mata dr tidur? Fikir2kan.. Pilihan jwpn bkal menyusul. [via Celcom SMS]

Tidak mendapat respon dari ramai manusia. Tidak mengapa. Sekurang-kurangnya ada yang menjawab, "mati" dan tidak kurang juga, "lapar..nak makan..". =D. (budak yang bagi respon "lapar" tu suka bagi jawapan mengade.. tunggulah...kena cepuk bila balik rumah nanti... we'll see...~ =P)


Kenapa rasanya saya menulis dan bertanyakan soalan seperti itu? 

KENAPA ek???
(fikir jap...... )

 Onion Head Emoticons 30

Onion Head Emoticons 24

Tulisan ku ini telah didorong melalui pemerhatian dan sembang-sembang 'berisi' dengan adik usrahku. (berisi sangat lah tu..) Tentang apa? Lebih sesuaiku berikan tajuk "Mukabuku vs Tahajjud". Sebelumku meneruskan penulisanku, mohon maaf andai ada yang bakal terguris dengan penulisanku kali ini. Sesungguhnya, apa yang ingin ku coretkan adalah untuk peringatan kita bersama. Aku juga insan yang mudah lupa dan melalui penulisan inilah ku ingatkan kembali diriku.

Aku tahu, aku ini bukanlah bagus mana pun. TERLALU BANYAK KEKURANGAN!! TERLALU BANYAK DOSA YANG MENGGUNUNG TINGGI PADA BAHUKU. Sehinggakan aku sendiri malu untuk melihat wajahku sendiri. 

Walaubagaimanapun, amatlah memBARA..dan lebih juga kepada terTANYA-TANYA dibenak akalku (melalui apa yang pernah ku lihat dan dengar sebelum ini) apabila ada manusia yang tersedarnya dia dari tidur..maka LAPTOP menjadi arah tuju pertama. 

Apa yang menjadi lagi kejutan ialah.. MUKABUKU adalah klik utama yang pasti dilawatinya sesedarnya dia dari tidur. (terus terang aku katakan.. seperti rasanya mahu tutup saja akaun MUKABUKU sendiri bila dengar cerita ini)

Tidakkah kita mahu bersyukur?

Ya.. pelbagai cara atau metod boleh kita lakukan dalam menunjukkan rasa kesyukuran kita. Antara yang utama menyebut "ALHAMDULILLAH". Tapi bukankah rasa kesyukuran itu jelas terpancar apabila kita sebagai hamba ALLAH, terus teringat DIA sedari kita dari mati sementara yakni tidur. 

MAHA SUCI ALLAH... sedari dari tidur seorang hamba itu melafazkan alhamdulillah... terus bangkit dari pembaringan yang begitu menggoda dan menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu' bagi menundukkan jiwa kepada MAHA PENCIPTA, ALLAH Azza Wa Jalla. MasyaALLAH.

Marilah sama-sama kita ingatkan diri kita.

"Kenapa aku tidak boleh membaca al-Quran apatah lagi bertahajjud sedari aku dari lena?"
"Aku ni GILA ke? Boleh mengangkat serta mengagung2kan HADIAH dan PEMBERIAN melebihi dari PEMBERInya?"
"Apakah aku tidak bersyukur untuk setiap hirup nafas yang ku ambil secara percuma tanpa melalui sebarang TOL dari DIA?"
"Lama sangat ke aku nak solat tahajud 2 rakaat tu berbanding berjam2 aku menghadap laptop?"

[dan banyak lagi persoalan yang kurasa kawan2, teman2 dan sahabat2 boleh fikirkan...]

Mungkn saja ada yang berkata atau terdetik dalam hati, "aku buka FB bukan buat perkara2 yang tak elok. aku baca artikel dan cari bahan2 ilmiah..Islami..yang dapat dikongsi bersama2. Tak kan salah kot?"

Soalanku..

ADAKAH KATA2 DARI MANUSIA ITU (artikel, blog,video etc) LEBIH MULIA DAN LAYAK DIDAHULUKAN BERBANDING KALAMULLAH????

maaf andai aku diarasakan kasar dengan pertanyaan tesebut.
Tapi itulah yang mahu ku lontarkan kepada kamu2 yang aku sayangi.

Aku tidak mengatakan bahawa melihat FB atau laptop setelah bangun dari tidur itu satu dosa.. (siapalah aku untuk menyatakan dosa dan pahala.. aku hanya hamba ALLAH yang hina) Namun, seperti yang telah ku nyatakan diatas..

JADILAH KITA DALAM GOLONGAN HAMBANYA YANG SENTIASA BERSYUKUR.

Sedangkan nabi Muhammad saw yang 200% gerenti masuk SYURGA, bengkak kedua belah kaki baginda; kesan dari baginda yang sentiasa bangun malam untuk sujud menyembah dan merendahkan jiwa kepada ALLAH Tuhan sekalian 'alam. Ingatlah kalimah INDAH yang dituturkan oleh baginda saw apabila ditanya mengapa baginda bersusah payah untuk bangun malam.. bersabda baginda dengan maksudnya:
“Tidak bolehkah aku menjadi hamba yang bersyukur kepada Tuhanku?”
Sekadar disini saja nukilan dari bicara hatiku. Sekali lagi ingin ku katakan bahawa apa yang kutulis ini adalah sebahagiannya untuk menjadi metod muhasabah diri. Hal ini kerana aku hanyalah insan yang penuh dosa yang terlalu berat untukku pikul. Wallahu'alam.

Segalanya datang dari PENA DIA (ALLAH) buatku jua buatmu...teman...sahabat... adik2ku
 

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.