Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)
Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Tuesday, July 5, 2011

Praktikum 2: Day 1

Assalamualaikum~
Bismillahirrahmanirrahim.


"...jangan mengkhianati mereka yang khianat.."


Tiba-tiba teringat antara potongan pesanan yang aku dengar dari radio IKIM.fm semasa sedang memandu Ababil yang disayangi ramai. Terima kasih ku ucapkan buat roomate memahami kondisi diri. InsyaALLAH, andai ada rezeki, Buroq bakal muncul di bumi IPRM ni. Mohon doa teman dan sahabat ye.

Alhamdulillah, hari ini selesai hari pertama praktikum di SK Taman Tuanku Jaafar. Syukur sangat kerana haripertama sahaja sudah dapat jadual. Terima kasih kepada cikgu Izah. (ramai betul cikgu ~za za kat sini..) ---> pertambahan cikgu Zaza lagi pada hari ini. =) tersenyum bila ingat kejadian SESAT pagi tadi. Bayangkan, aku sudah pun bertolak dari IPRM dalam jam 6.30/40 tapi (alhamdulillah) sampai ke SKTTJ pada jam lebih kurang 7.20pagi. Walhal sepatutnya perjalanan ke sana memakan masa (andai tiada kesesakan lalulintas) 30 minit. Apapun, pengalaman tersebut membuatkan aku semakin mengenali jalan-jalan yang berada di kawasan menghala ke sekolah tersebut.

=) Pada perhimpunan pagi tadi, kami telah diminta memperkenalkan diri dihadapan murid-murid dan guru-guru yang ada semasa perhimpunan tersebut. Rasanya ini pertama kali dapat peluang semacam ini kerana semasa praktikum 1 dan 4 kali PBS belum pernah pegang mikrofon dan bercakap dihadapan murid-murid didalam perhimpunan. Alhamdulillah, gembira dengan suasana pentadbiran serta warga sekolah yang ada. RAMAH! Alhamdulillah wa syukurillah.

4Kreatif... 3Kreatif... ----> Subjek Sains
4Harmoni...4P          -----> Subjek PJ

ya ALLAH, perlancarkanlah tutur kataku agar mudah mereka memahami apa yang aku perkatakan.

Moga dapat buat yang terbaik untuk anak didikku ini. insyaALLAH..AMIINNNN YA RABB!

moga akarmu teguh mencengkam bumi wahai anak didikku


Wednesday, May 18, 2011

Ayah, tarik saya. Kaki melekat!

Bismillahirrahmanirrahim..

Sekadar berkongsi sebuah kisah yang aku sendiri tidak tahu sama ada ia benar-benar terjadi atau tidak.Walaubagaimanapun, benar atau tidak moga kita sama-sama dapat ambil iktibar dari kisahnya. Saya mohon doa teman dan sahabat agar dapat menjawab soalan peperiksaan dengan sebaiknya pada esok dan 21 hingga 24 Mei 2011 nanti. Al-Fatihah buat arwah atok yang kucintai yang telah kembali kerahmatuLlah pada senja 12 Mei 2011 yang lalu.Moga dia ditempatkan bersama-sama hamba yang diredhai ALLAH dunia akhirat. amiin. Jom kita baca kisah dibawah.

Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu.

1 September 1994.

Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut.
Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng - gelengkan kepala.
Pasti ada sesuatu yang ‘besar’ sedang mereka bincangkan,
kata saya di dalam hati.
Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah mereka.

” Bincang apa tu ?
Serius aku tengok,” saya menyapa.

” Haaa… Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?”
kata Jaimi, kawan saya.

” Budak perempuan ?
Tak boleh keluar dari kubur ?
Aku tak fahamlah,” jawab saya.


Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

” Macam ni,” kata Jaimi, lalu menyambung, ”
di kubur kat kampung Batu 10 tu,
ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia,
tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.
Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia… tapi belum boleh lagi “.

” Kenapa jadi macam tu ? ”
saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam.
Patutlah serius sangat mereka berbual..
Jaimi memulakan ceritanya...
Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan,
budak perempuan berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan.
Bagaimana pun,
ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

” Bukannya banyak, RM 20 aja mak !” gadis itu membentak.

” Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu,” jawab ibunya, perlahan.

Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal.
Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,
lemah jantung dan kencing manis.

” Maaak… kawan-kawan semuanya keluar.
Saya pun nak jalan jugak,” kata gadis itu.

” Yalah, mak tau… tapi mak tak ada duit,” balas ibunya.

” RM 20 aja !” si gadis berkata.

” Tak ada ,” jawab ibunya.

” Emak memang kedekut !” si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

” Bukan macam tu ta…” belum pun habis ibunya menerangkan,
gadis tersebut menyanggah, katanya,

” Ahhh… sudahlah emak ! Saya tak mau dengar ! ”

” Kalau emak ada du… ” ibunya menyambung ,
tapi belum pun habis kata-katanya,
si gadis memintas lagi,

katanya ; ” kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !”

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu.
Si ibu jatuh ke lantai .

” Saida.. Sai.. dddaaa..” katanya perlahan sambil mengurut dada.
Wajahnya berkerut menahan sakit.
Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai.
Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes.
Di dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding.
Dan Sementara diluar, suasana sunyi sepi.
Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar.
Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi.
Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut.

Si gadis panik.
Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut.
Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu.
Melaui jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya ;
” Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi.

Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik,
tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur,
ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur.
Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu.

” Tapi bila budak perempuan tu tolong,
mayat ibunya serta-merta jadi ringan.
Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur.”

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya.
Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad.
Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut,
tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat .
Ia seperti di paku ke tanah.
Si gadis mula cemas.

” Kenapa ni ayah ?” kata si gadis.

Wajahnya serta-merta pucat lesi.

” Apa pasal,” Si ayah bertanya.

” Kaki Saida ni.. tak boleh angkat !” balas si gadis yang kian cemas.
Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh.
Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.



” Ayah, tarik tangan saya ni.
Kaki saya terlekat… tak boleh nak naik,” gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal.
Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah.
Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

” Ayah… kenapa ni ?? !!

Tolonglah Saida , ayah..” si gadis memandang ayah dan
adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.
Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur.
Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah,
kaki si gadis tetap terpasak di tanah.
Tangisannya bertambah kuat.

” Tolong saya ayah, tolong saya…
kenapa jadi macam ni ayah?”
kata si gadis sambil meratap.

” Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal .
Sekarang ayah pun tak tau nak buat macam mana,”
jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

” Emak… ampunkan Saida emak, ampunkan Saida…” gadis itu menangis .
Sambil itu di peluk dan di cium jenazah.
Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi.

” Maafkan Saida emak,
maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal…
Saida menyesal..
Ampunkan Saida emak,” dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh ditarik keluar.
Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar.
Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun kecewa.

Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal,
imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.


” Kita kambus sedikit saja,
sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi.
Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja…
kalau hujan macam mana ? ” kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

” Habis anak saya ?” tanya si bapa.

” Kita akan terus cuba tarik dia keluar.
Kita buat dua-dua sekali,
mayat isteri awak di sempurnakan,
anak awak kita selamatkan,” balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju.
Lalu seperti yang di putuskan,
upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya.
Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja,
cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.
Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur.
Bila talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan.
Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata.
Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar.
Tapi tidak berhasil.

” Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan.
Dah lapar sangat.
Lepas itulah aku singgah ke kedai ni.
Lepas ni aku nak ke kubur lagi.
Nak tengok apa yang terjadi,” kata Jaimi.

” Aku pun nak pergilah,” kata saya.
Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.
Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana.
Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ.
Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan
berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha,
akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan.
Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan
terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun.
Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu.
Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

” Pssstt… Raie… Raie.. Psstt,” saya memanggil ,
Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.

” Boleh aku tengok budak tu ?” saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya.

” Mana boleh .
Keluarga dia aja yang boleh,” jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik.

Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu.

” Sekejap aja.
Bolehlah…”saya memujuk.

Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah.
Tanpa berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan
berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Namun demikian dada saya berdebar kencang.
Pertama ,risau, takut di halau keluar.
Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran,
akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan.
Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik.
Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau.
Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk.
Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak.
Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih ;
“Emak… ampunkanlah Saida, Saida sedar,
saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal..”

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak,
gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya.
” Emak… lepaskanlah kaki saya ni.
Ampunkan saya, lepaskan saya,”
Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur.
Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

” Sudahlah tu Saida… makanlah sikit nak ,”
rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air.

Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan.
Malah memandang ke atas pun tidak.
Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata saya melihat Saida .
Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.

Begitu besar kekuasaan Allah.
Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibi bapa akan di balas ‘tunai’.

Malangnya saya tidak dapat lama di sana.
Cuma 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu,
pegawainya mahu saya berbuat demikian.
Mahu tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut.
Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap
” Ampunkan saya emak,
ampunkan saya saya, Ya Allah,
lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf…”

Lantas saya menoleh buat kali terakhir.
Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar,
tapi seperti tadi, tidak berhasil.
Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu.
Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam
kepungan lengkap dengan senjata masing-masing.
Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk
membuat liputan tetapi tidak di benarkan .
Mereka merayu bermacam-macam cara,
namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak.

Matahari kian terbenam,
akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba.
Saida masih begitu.
Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata.
Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga.

Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan
mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati.
Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa.
Namun telah di sebutkan Allah,
menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar.
Saida tetap tidak dapat di keluarkan.

Embun mula menitis.
Saida kesejukan pula.
Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung.
Namun dia tidak dapat tidur.
Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
Begitulah yang berlaku keesokannya.
Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu.
Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka
puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.


Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia.
Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar
kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari.
Mungkin juga kerana tidak makan dan minum.
Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya.

Allah Maha Agung…
sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir,
barulah tubuhnya dapat di keluarkan.
Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang.
Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai,
tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka
.



Friday, April 15, 2011

Perpisahan (Praktikum 1)

Bismillahirrahmanirrahim.

AlhamduliLlah..akhirnya telah selesai sesi praktikum pertamaku pada hari ini. Lebih kurang dalam jam 12.40tengahari tadi dengan hati yang berat, terpaksa juga meninggalkan sekolah pertama bagi sesi praktikum saya. Nak tahu tak? Saya tak sempat pun bergambar dengan anak murid kesayangan saya, 4Daisy dan 3 Jasmine.  (memang sangat hiba rasanya). Cuma tadi sebelum masuk kereta utnuk pulang, sempat juga saya bergambar dengan seorang murid yang sedang menanti ayahnya di dalam kawasan sekolah. Pashvin namanya. Teringat dia, maka teringatlah saya akan soalannya yang diajukan kepada saya sewaktu sesi penyeliaan bersama.

"Cikgu, kenapa semalu menguncup ?"

Haha..nampaknya macam mudah nak dijawabkan..? Ya, saya dengan yakinnya telah menjawab soalannya dengan jawapan..

"Semalu menguncup kerana terdapatnya sentuhan pada daunnya. Daun yang menguncup pada semalu membantu duri tajam untuk melindungi semalu." (tajuk pembelajaran ialah Pelindungan Semulajadi Tumbuhan)

Semalu yang malu.

Selepas sesi penyeliaan maka sesi perkongsiaan pendapat bersama penyarah penyelia. Antaranya yang dibincangkan ialah soalan yang dikemukan oleh Pashvin. Nak tahu apa komen pensyarah?

Antaranya ialah...
"...Kamu perlu memberi penerangan lebih terhadap soalan yang diajukan. Terangkan padanya bahawa apabila daun semalu disentuh, maka sel2 yang ada di dalam semalu akan dirangsang untuk menguncup..(etc)"

Secara ringkasnya, sebagai guru Sains kita perlu memberi input yang lebih kepada pelajar tentang sesuatu fakta itu. Namun, cara penyampaiannya itu perlulah ringkas dan jelas.

Sebenarnya, bagi saya ia bukannya mudah untuk kita meringkaskan sesuatu fakta yang kompleks. Murid-murid pada tahap sekolah rendah masih belum didedahkan kepada istilah2 seperti sel, molekul2 dan sebagainya yang pada kita mungkin nampak mudah. Pembetulan 'misconception' juga merupakan suatu proses yang agak sukar andai cara penyampaian kita kelam kabut atau terlalu berjela2 sehingga murid2 ternganga. (^_^)

Apa pun inilah cabaran sebagai seorang guru Sains.

InsyaALLAH..akan saya tulis pengalaman saya dalam menjalani sesi praktikum 1 ini untuk entri yng akan datang andai diizinkan ALLAH.

Hati sekarang sudah ok sedikit berbanding tadi. Rasa sangat sayu bila meninggalkan sekolah. Tiba-tiba terbayang wajah-wajah murid yang tiada angin ribut, menangis teresak-esak sehingga merah muka mereka. Aduyai, apakah saya telah membuat mereka sedih? Bila saya tanya kenapa menangis. Tiada jawapan. Aduhai, pilu pula rasanya.

Izzul Adi, Afza dilihat antara murid-murid yang 'aktif' dalam kelas. Namun, alhamdulillah.. aktifnya bukanlah tiada motif.. (terutama Izzul) Sedih pula bila teringat Izzul yang menangis tadi. Dalam 3 minggu saya mengajar belum pernah tengok muka dia sedih. Tapi pada hari ini, merah mukanya kerana menangis.

Agak terkilan kerana tiada gambar yang saya ambil bersama mereka. Sangat terlupa.
CIKGU SAYANG KAMU SEMUA!

Bila mereka teringat bahawa hari ini hari terakhir saya, maka banyaklah surat-surat cinta datang kepada saya. (tiadalah kecintaan sangat pun) (^_^)

'Cikgu Bagaikan Bidadari Bagi Saya'
- Syamillah 4Daisy-

Tidak tahu nak bagi respon apa tentang tajuk surat cinta Syamillah kepada saya. herm.. Syamillah, kamu lagi mulia dari cikgu yang penuh dosa ini.

TANGAN MEREKA ITU LEBIH PATUT KITA CIUM KERANA MEREKA TIADA DOSA LAGI. -----> ayat yang diberitahu kepada saya oleh seorang teman yang juga menerima ayat tersebut daripada seorang pensyarah (kalau tak silap)

Maafkan cikgu sebab cikgu masih belum dapat memberikan yang terbaik buat kamu semua. Cikgu masih belajar dan masih terlalu banyak yang cikgu perlu belajar. Walaubagaimanapun, sepanjang tempoh 3 minggu cikgu masuk ke kelas kamu, cikgu cuba lakukan yang terbaik yang termampu oleh kudrat dan akal fikir cikgu. Maafkan cikgu ye. 

(Harap, setiap penanda buku yang dibuat dapat diterima oleh setiap murid 4D)----> tadi agak serabut masa nak bagi hadiah oleh kerana kekurangan masa untuk memberinya. (sebenarnya terlajak mengajar sampai hampir habis waktu Sains bersama 4D sebelum sempat untuk memberikan hadiah yang mahu diberikan kepada mereka.)

Sehingga sini saja entri kali ini. Moga aku dapat lakukan yang lebih baik bagi sesi praktikum yang akan datang. InsyaALLAH~ 
Onion Emoticons


Sunday, March 27, 2011

Apakah?

Bismillahirrahmanirrahim.

ALLAH..ALLAH..ALLAH..ALLAH..dengan mengingatiMu, tenang jiwaku. ALLAH.

Sedikit perkongsian dari diri diwaktu senja ini tatkala sedang mengisi perut dengan rezeki kurniaan Ilahi. AlhamduliLlah. Kiranya sudah berlalu seminggu waktu sesi praktikum ku. Apa perasaanku? ALLAH. Bercampur baur. Namun yang pasti, jiwa diliputi kekecewaan yang amat. Rasanya tidak perlu bercerita tentang perihal kekecewaan tersebut kerana semakin dicerita semakin sakit hati dan semakin germbiralah syaitan2 mencucuk diri untuk bercerita tentangnya.

Apa pun pengajaran yang ku perolehi, (walaupun belum dapat mencari pengalaman mengajar lagi dalam seminggu ini) kita perlu melaksanakan AMANAH yang diberi dengan sebaiknya! ALLAHUAKBAR! Khuatir apa yang ku katakan ini tidak ku lakukannya. Bantulah diriku ya ALLAH dalam melaksanakan tanggungjawabku, terutama yang sedang ku pikul waktu ini.

Selain itu, kejadian yang berlaku pada minggu pertama praktikum ini membuatkan aku semakin SAYANG dengan profession keGURUan. Serius! Tiba2 terasa nak merebut jawatan pentadbiran dalam sekolah pula! (haha~ GIPANG kah aku??--> bak kata adikku, Idah)Onion Emoticons  Biar diriku dan mereka yang tahu kisahku saja yang faham. (faham ke meke tu?)

OKLAH.. Tiba2 nak berhenti kat sini.(insyaALLAH, andai ada kesempatan akan ku sambung) Azan Maghrib sudah berkumandang. Maka, siapa yang boleh solat tu..apa lagi..PERGILAH SOLAT!! OK..

W'salam.


Sunday, March 6, 2011

Rojak Buah Fikir~

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum...selamat pagi... Huh! Akhirnya mahu menekadkan diri menulis sesuatu di dalam keHIDUPan ini. Cuba memberi sedikit masa untuk diri dalam melakukan sesuatu yang disukai. (diri sendiri pun ada hak tau!) Fuh! Semester 5! Bermula pada gear 2 pada awal sem sekarang sudah macam gear 10! (Ada ke gear 10??) Onion Emoticons >>>gelak melepaskan aura negatif yang belum keluar lagi pagi ni... (moga2 tak keluar langsung)

Tidak mahu berasa tertekan! Tidak mahu menekan perasaan! Ya, ini adalah antara tips2 diri dalam menghadapi TEKANAN! (macam pelik..tapi benar..)Saya tidak suka terlalu mengikutkan perasaan tertekan apabila menghadapi sesuatu yang berbentuk tugasan. Kerana bagi saya perasaan kita ini boleh dikawal! Percaya atau tidak? (saya tidak minta sesiapa untuk percaya) Untuk kita menyukai, membenci dan sebagainya pun kita sebenarnya boleh saja mengawal perasaan itu. Cuma terpulang pada diri, sama ada mahu menguatkan kawalan itu atau tidak.

Teringat saya kata2 seorang panel yang hadir sewaktu ceramah 'Baju Kurung vs Baju Melayu'.
"Perasaan tidak boleh dikawal" -katanya.

YA SETUJU LAH JUGA. Tapi level atau tahap kesukaan atau kebencian; dimaksudkan saya yang boleh dikawal. (maaf, andai ada yang macam 'blur2' dengan ayat saya) Dan saya rasa di sini; perkara yang menentukan kekuatan kawalan kita tu bergantung kepada kekuatan kita mengawal nafsu kita. (jeng..jeng..jeng..)

[sebenarnya saya sudah masuk untuk memfokuskan perasaan seorang wanita/ lelaki kepada lelaki/wanita yang bukan mahram]

Hah.. mcm mn tu.. Macam mana kita nak kawal nafsu kita dari terus menguasai diri. Saya sendiri pun kalau nak ikut, bukanlha terror bab2 ni. Sendiri pun kadang2 kecundang. Astaghfirullah. Namun, di saat kita rasa diri kita kecundang tu, kita kena cepat2 beristighfar! Sebenar2 istighfar! dan BERTAUBATLAH.. (nasihat untuk diri juga)Onion Icons

Sedikit perkongsian yang mahu saya tulis pagi ini ialah prinsip  dalam melawan hawa nafsu. (sumber: SOLUSI Isu no.25 Mujahadah Melawan Nafsu)
Dalam Kitab Minhaj al-Abidin, imam al-Ghazali telah menggariskan 3 prinsip asas untuk kita melawan nafsu:

1. Menahan atau menyekat sumber kekuatannya.--->> kekuatan apa? kekuatan nafsu lah!
Antara perkara yang dapat membantu kita untuk menyekat dan mengurangkan kekuatan nafsu ini,           seeloknya kita berpuasa! (nasihat untuk diri juga). Nabi saw juga menyarankan kepada sesiapa yang belum mampu berkahwin (tapi dalam kepala dan hati punya rasa nak kahwin aje); untuk berPUASA! 

Selain itu, antara cara lain yang boleh mengurangkan kekuatan nafsu ialah menahan pandangan (mata) daripada yang haram, telinga daripada mendengar sesuatu yang berdosa, mulut daripada berkata-kata yang dilarang, hati daripada sifat2 mazmumah dan banyak lagi.Ilmu yang berkaitan menjaga pancaindera inilah yang dimaksudkan dalam ilmu tasawuf sebagai AKHLAK!

2. MemBEBANkan nafsu dengan IBADAH!
Apabila kekuatan nafsu kian berkurang lantaran tindakan kita yang diatas itu. (segala-galanya datang dari ALLAH) Kita perlu BEBANkan Nafsu kita dengan IBADAH seperti amalan fardhu (yang semestinya dilakukan) , dan juga yang sunat.SOLAT antara kaedah yang sangat diperlukan untuk kita menundukkan nafsu kita. Bukan sahaja solat fardhu lima waktu sahaj, bahkan solat dimalam hari (QIAMULLAIL) juga antara senjata yang sangat effektif digunakan untuk menundukkan hawa nafsu kita.

Ya, MEMANG KITA AKAN RASA SEPERTI TERSEKSA! Yelah, macam mana tak nya sebab NAFSU ITU ADALAH MUSUH YANG KITA SUKAI. (apa maksudnya?) fikir2kan~ KUATKAN AZAM KITA! KUATKAN SEMANGAT KITA! moga kita akan selalu ingat, bahawa yang terseksa itu adalah nafsu kita! Biarkan ia sakit! ALLAH..ALLAH..ALLAH... Biar3!

Bebankanlah nafsu kita dengan ibadah sehingga ia LETIH UNTUK MELAKUKAN KEJAHATAN.

3. Berdoa meminta bantuan ALLAH!
Apa yang saya nak tulis, SEGALA-GALANYA DARIPADA ALLAH. TIAP ZARAH MAKHLUK DI ALAM SEMESTA INI, ALLAH YANG MENCIPTAKAN. Justeru, DIA lah yang tahu kekuatan dan kelemahan yang diberikan kepada makhlukNya. Mohonlah kepada ALLAH untuk menundukkan nafsu kita yang memang DEGIL!!Onion Icons

*************************************************************
entri sudah tukar landasan nampaknya. Tapi tidak mengapa, moga apa yang ditulis dibahagian atas dapat dijadikan panduan untuk diri dan teman-teman di luar sana.

Berbalik kepada GEAR2 tadi...

Herm..

Maka terus nak beritahu di sini bahawasanya saya akan memulakan sesi PRAKTIKUM kali yang pertama pada tarikh 21 MAC 2011!!!!!

MSN Onion Emoticons

Percaya atau tidak, saya memang rasa TAK SABAU nak pergi PRAKTIKUM~~~

kalau nak diikutkan perasaan (yang tidak mahu dikawal, rasa gementar tu mestilah menebal dalam diri!) Tapi cuba menyahkan rasa gementar tersebut buat masa ini. Yelah selagi belum mencecahkan kaki ke dalam sekolah untuk bertemu dgn GB and the gang, hati tak perlu rasa sejuk!


********************************************************************

Hati saat ini tak rasa apa...tapi sebenarnya ia sangat rinduuuuu dengan atok...idah...mak...angah...abah...rindu sgt! Walaupun rumah dekat (bak kata org2 pantai timur, selatan dan utara), tapi kalau nak diikutkan, sudah lama juga lah tidak pulang rumah..---> suatu kepelikan bagi org yang dekat rumahnya, tapi lama tak balik.

Moga semua dalam keadaan baik dan dilindungi ALLAH selalu. amiin~ (insyaALLAH, Along akan balik minggu depan!)

Sebenarnya BANYAK BENDA YANG MAHU DITULISKAN. (tengoklah, susunan ISI entri pun mcm bercampur aduk juga)

Apa-pun mahu menasihati diri untuk..
Jangan terlalu menyayangi seseorang apatah lagi terlalu membenci seseorang. Kerana, kita semua (termasuk diri sendiri) BUKANLAH MILIK KITA. Jagailah ia dengan baik sebab segalanya hanyalah PINJAMAN. Kelak nanti PEMINJAM mahu ambil semula semua2 ini. Tak kan nak beri barang yang kita pinjam dalam keadaann teruk dan rosak kan? TAK PATUT2! DAN SEMEMANGNYA TAK PATUT! SEBAB PEMBERI PINJAM BUKAN SAHAJA TELAH BERI KITA PINJAM DIRI KITA, BAHKAN PELBAGAI NIKMAT DAN KESENANGAN HIDUP LAIN DIEBRI KEPADA KITA DI DUNIA INI!

OK...BUMI dan ALAM SEMESTA sedang memanggil untuk mengakhiri dan memurnikannya. Onion Icon

Onion Icon
ok..Aezza sangat suka buat assignments!!!
Yea~

::waLlahu'alam::

[ diharapkan agar para pembaca yang agak baru membaca blog ini, JANGAN terkejut dengan cara penulisan pada entri kali ini. Hal ini kerana, beginilah gaya saya apabila MALAS memikirkan ayat yang standard untuk kefahaman semua.. HARAP MAKLUM ]



Tuesday, November 16, 2010

Salam Eiduladha~


Bismillahirrahmanirrahim..
sangat suka untukku tulis kembali mesej daripada kak ss di sini.

'Apabila tibanya Eiduladha, ramai tertanya-tanya. Apakah yang patut dikorbankan?Sesungguhnya tidak cukup sekadar binatang ternakan, kita patut korbankan apa yang kita sayang untuk Islam'

Hassan Al Banna
"Jangan berkira-kira untuk Islam"

Moga semua yang diatas dapat dipahat kukuh dalam hati ini dan juga sobat2. InsyaALLAH~ amiin~

Onion Icon
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.