Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)
Showing posts with label lakaran sejenak. Show all posts
Showing posts with label lakaran sejenak. Show all posts

Sunday, August 26, 2012

Tanpa Benci

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma solli 'ala Muhammad..



darah nan acap mengalir
meski terkadang sudah dibebat
seribu satu akar pohon Tuhan;
namun
masih tidak dapat dihentikan
derasan alirannya

ulang dan berulang
luka sama
buat hati kematu keras
gagap menterjemah kasih,
sayang pada kata
pada tiap jelingan jasad

jika kau ingin dicinta
mulailah kau memberi cinta

mudah dikarang
tak mudah digarap

jiwa ini kasih,
tiap jiwa yang hadir
mewarnai pelangi hidup;
jiwa ini mencinta,
tiap jiwa yang menyuluh
melindung dan memelihara
segenap rentak kaki
dalam merenangi kefanaan dunia.

indah..
tenang..
hidup tanpa kebencian.

kebencian itu menyesakkan
kebencian itu mengundang
rencam sifat insani
yang menjelekkan.
                                                                                                                                                                                                                 
moga lenaku nanti
kan bebas dari kebencian
meski dari luar
mahupun dalam diri

amiin



Thursday, August 23, 2012

alhamduliLlah~

Bismillahirrahmairrahim..

ALLAH..ALLAHU ALLAH

Alhamdulillah..malam ni Ulfah cukup bersyukur kepadaMu ALLAH...
kerana Kau telah mnghantar kepada ulfah antara hambaMu yang bisa mengingatkan...
menaikkan semula semangat ulfah dalam ikatan ini...

mungkin juga (dgn izinMu) kerana kekuatan ikatan jiwanya denganMu telah membuatkan diri ulfah turut menerima tempiasnya..ALLAH..ALLAH..ALLAH

meskipun dari hambaMU yang tidak ulfah kenali apatah lagi ketemui..

ALLAH...
kenapa aku selalu lupa bahwa KAU amat menyayangiku?

namun..aku selalu..melakukan dosa2...
menodai tadahan taubat padaMu
ALLAH..ALLAHU ALLAH

ALHAMDULILLAH

ALLAH....kekalkan momentumku yang terlena dan terleka ini ...

Rindukan aku padaMU...melebihi segalanya...
amiin..ya ALLAH...



Friday, August 17, 2012

Ampuni Aku

bismillahirrahmanirrahim..

ya ALLAH...
ya ALLAH..
ya ALLAH..

Dalam beberapa detik
RamadhanMu kan berlalu

ALLAH..
ALLAH..
ALLAH..

tidak tahu bagaimana
hendakku luahkan
perasaanku

ya ALLAH

aku bukanlah seperti para sahabat Nabi
yang hatinya bisa membanjirkan
segenap tubuh dengan air mata
atas bakal kepemergian
Ramadhan

ALLAH
KAU Maha Tahu segalanya tentang aku
aku mohon yang amat
agar Kau ampuni segala dosaku
sesungguhnya KAU Maha Pengampun
lagi suka memberi keampunanMu

ALLAH
pilunya hatiku
dan ku tidak tahu
apakah musababnya

aku bukan insan mulia
aku bukan insan yang baik
seperti mereka2 diluar sana
banyak hinaku
banyak kurangku
banyak lemahku
hingga terkadang
aku merasa malu mengaku
berada dalam ikatan itu

ALLAH

jadikanlah aku insan yang bermanfaat kepada agamaku
jadikanlah aku insan yang bermanfaat kepada orang lain

teguhkan aqidahku
kuatkan semangatku
kentalkan imanku
dalam menghadapi
nafsu dalam diri
yang bakal berteman
semula dengan qaribnya

ALLAH...
AKU HANYA ADA KAMU
bimbinglah segenap diriku
untuk peroleh
cintaMU
jangan pernah buat aku mengharap
kasih dan cinta makhlukMu
melebihi aku
mahu cintaMU..

ALLAHU ALLAH..

AMPUNI AKU

Duhai insan
yang ku kasihi
tanpa mungkin kalian sedari,
ku mohon ampun dan maaf atas salah silapku
aku insan lemah
ampuni kesalahanku


Saturday, April 7, 2012

Aku Capik

Bismillahirrahmanirrahim..

susah diterjemahkan apa yang mahu dicoretkan disini. sungguh payah menyekat diri dari menyatakan sesuatu yang amat sangat diluahkan.
sememangnya ia merupakan satu perkara yang dianngap remeh dan temeh oleh kebanyakan orang.
ya.. tidak pantas diluahkan disini.
entahlah

amat susah diluahkan bukan kerana tidak tahu akan perkataannya. namun, diri perlu sentiasa diingatkan bahawa kau adalah seseorang. memang menyeksa diri.

sebagai manusia biasa, diri juga perlu manusia lain yang berada di sisi untuk diluahkan segala ceritanya.
ya, pasti ramai yang mengatakan bahawa.. MENGADULAH segalanya pada ALLAH

ENTAHLAH..

sememangnya aku juga tidak menafikan ayat itu.
namun, bagaimana harus aku ingin katakan...

sedangkan nabi Adam..juga kesunyian tanpa teman...
di syurga yang dilimpahi nikmat kurnia tak terhingga


Jangan salah sangka..
tiada kaitan 'rijal'  disini

perihal SAHABAT

* * * * * * * * * * *
ala....
asyik2 SAHABAT..
asyik2 SAHABAT


ALLAHUAKBAR


ada yang salah sangka..diri mahu DIBALAS atas perbuatan baik yang pernah dilakukan pada SAHABAT nya. astagfiruLlah..

pernahkah kau benar2 mengetahui tentang SAHABAT  mu ini?

adakah setiap GELAK TAWA itu sememangnya sebuah GELAK TAWA?
adakah setiap JELINGAN itu sememangnya sebuah JELINGAN?

babak hidup manusia tidak sama..

* * * * * * * *
teringat akan kata2 yang pernah diulang beberapa kali oleh manusia kepadaku..

"Kak eza selalu nampak HAPPY je.."

Cuba menginterpret ia sebagai ayat yang POSITIF.. aku hanya TERSENYUM..

*** * * * * * * * * * * * * * ** *

Acap kali juga akan ku katakan pada diri.....ALLAH sedang sediakan sesuatu yang TERBAIK untukmu duhai diri.. berSABARlah...

namun, ACAP TEWAS juga aku terhadap keSABARan yang cuba ku ditanam.

AKU LETIH..
AKU CAPIK..

ALLAH..ALLAH..ALLAH...

sekadar di sini saja.. hanya ALLAH saja yang tahu..w'salam..


Tuesday, March 20, 2012

Takkan Henti ! (insyaALLAH)

~Gelombang Keadilan~


Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan 
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga

 sumber: LirikNasyid



Monday, March 5, 2012

Ku Yakini

Bismillahirrahmanirrahim...

ALLAH..ALLAH..ALLAH..

Kau Maha Tahu..


sesungguhnya ku yakini 
bahawa DIA bakal 
kurniakan yang TERBAIK
buat hambaNya
yang berpayah
mengunci jiwa jua raga 
dari dunia yang fana
tanpa tujuan yang lurus

yang acap kali
berkorban segala rasa
yang menjadi rebutan
serta dambaan anak muda
yang dahaga dengan rasa cinta yang alfa
tanpa tujuan yang benar

hanya DIA tahu
apa yang terbuku
apa yang terbuka
di relung hati hamba hina ini

tidak dikesali
atas keputusan itu
meskipun KAU tahu
tiap makna nadi
terutama saat itu
rela teguh
hanya untukMu
dan hanya kerana takut
akan kehilangan rasa
rindu padaMu

doa yang terindah
titipan buat nakhoda
yang telah berjumpa surinya

layarkanlah baik-baik
bahteramu
agar pelayaranmu
hingga syurgawi

ya Rabb
ku mohon
dan acap kali itu jua lah yang ku mohon
penuhilah hatiku
dengan kerinduan pada kekasihMu
yang bakal membawaku
kepada kecintaan terhadapMu

kurniakanlah
cebisan cinta dan rindu 
yang semampunya ku tanggung
kerna ku tahu
bahawa setitik cintaMu
bisa gila jadinya
untukku tanggung

thabatkan aku dalam jalan ini
jalan yang menyesakkan hati
akal dan kudratku
kernaku yakini bahawa
akhirnya nanti
dengan rahmatMu
keindahan yang tak pernah
akalku gapai
bakal KAU kurniakan
namun
segalanya buat pemenang 
yang benar dari dunia yang palsu ini

wallahu'alam





Sunday, March 4, 2012

Wednesday, January 18, 2012

it's ok

Bismillahirrahmanirrahim...
AlhamduliLlah...
ALlahummasolli'alaMuhammad..

"It's O.K."
or dalam bahasa Melayu nya... "Tak mengapa"

Entah kenapa..sejak kebelakangan ini timbul banyak peristiwa yang tidak perlu Ulfah cerita tentang apa namun, jawapan penenteram jiwa ialah 'It's OK". Terus terang, berat juga mahu menggunakannya lagi tatkala yang datang punya 'tema' yang seakan sama dalam waktu yang berturutan. Seharusnya kalimah "ASTAGHFIRULLAH" lah yang patut menjelma pada bibir Ulfah. Ulfah tak tahu, mungkin yang berlaku ini adalah lantaran dosa2 Ulfah yang melangit TINGGI walhal yang tiba baru sekelumit cuma. 

Berbaik sangkalah dengan ALLAH duhai Ulfah.

meskipun tiada ungkapan
dari lenturan lidah
kamu, kamu, kamu
namun, 
tetap tertafsir sebuah tafsiran
yang tidak mahu
ku iyakan tatkala
mahu lihat segalanya jernih

tiadalah aku ini
seperti sang penjuara
yang  sentiasa menjadi juara
dalam arena yang kurenangi
meskipun terdetik dalam hati
untuk mahu menjadinya
walaupun cuma sekejap

pada hakikatnya
JUARA itu tiada bawa erti
andai Ilahi tiada jelas
dalam hati

mohon pada Ilahi
agar tiadalah berubah diri
baik zahir mahupun tersembunyi
walau dimana saja posisi
diriku berdiri

mudahkanlah laluanku
untuk bertemuMu
dalam redhaMu
IKHLASkanlah
hatiku...



Monday, January 16, 2012

keSAYUan

Bismillahirrahmanirrahim...

AlhamduliLlah... 
AlhamduliLlah..

Banyak perkara yang Ulfah mahu taipkan disini. Terutama perkara-perkara yang terjadi sebelum dan semasa sudah berada di dalam tahun pengajian akhir di kampus. Perkara yang bagi ulfah ada pengajarannya buat diri. Tapi, mungkin ulfah akan berkongsikan tentang perihal itu sedikit demi sedikit apabila terjengah penulisan yang berkaitan.

Apa yang Ulfah mahu ucapkan disini ialah..
TAHNIAH buat teman2 dan sahabat2 yang telah dapat penempatan mengajar di merata tempat.

Ulfah rasa gembira bercampur sayu apabila mendengar dan membaca cerita permulaan hidup mereka sebagai seorang guru yang sah. (haram ke sebelum ni? hee~)

Ada yang dapat penempatan didalam negeri sendiri... (alhamdulillah)
Ada juga yang perlu meredah Laut China Selatan... (alhamdulillah dan kuatkan semangat kalian ye! insyaALLAH kalian mampu untuk menghadapinya..insyaALLAH)
dan bermacam2 tempat yang Ulfah sendiri tak dapat bayangkan..

Moga ALLAH permudahkan urusan kalian!!!

Macam mana ye nak cakap...

Sejak dua menjak Ulfah berada di dalam tahun akhir ni... lain perasaannya. 

Tak tahulah mcam mana dengan tman2 lain.. namun, tahap keSAYUan ulfah makin menjadi2... (sedih ke nak tinggalkan kampus??) entahlah... ulfah pun tak pasti...
Ulfah rasa tiap waktu yang berlalu itu amat bermakna. Ye...berMAKNA..

Sayu..bila lihat wajah teman2...SAHABAT2 HATI...

Pejam celik.. Masa yang ada tatkala ini pantas berlalu tanpa kita dapat menahannya... (masakan boleh kita menahannya...) Kita hanya boleh memintasnya...insyaALLAH..

keSAYUan dan semangat sebagai seorang guru kian bertambah dengan cerita yang dikongsikan oleh puan Suzanna sebentar tadi. Masalah2 yang timbul disekolah.. terutama berkaitan dengan murid2. Murid2 yang disalah 'tatang' oleh ibu bapa terutama oleh BAPA2 yang otak mereng!! Entahlah... bertambah pening kepala ulfah yang sedia pening ni...

Oklah..Ulfah berhenti disini saja..

Ya ALLAH..IKHLASKANLAH HATI2 KAMI DALAM MENJADI PENDIDIK X LAMA LAGI... MOGA KAMI JUGA BISA MENJADI MURABBI KEPADA ANAK DIDIK KAMI YANG BELUM PERNHA LAGI KAMI BERTEMU.. PERTEMUKANLAH KAMI DALAM RAHMAT DAN KETENANGAN-MU YA RABBI. PERMUDAHKANLAH URUSAN KAMI...AMIIN.

Wednesday, December 28, 2011

alhamduliLlah

Bismillahirrahmanirrahim...


ALHAMDULILLAH!! ALLAHUAKBAR!!!
[Allahummasoli 'ala Muhammad]

Ya ALLAH.... terdetik Ulfah buka laptop dalam waktu yang singkat ni sebenarnya sudah ada poinnya. Namun bila terbaca pos sahabat berkenaan YB kita yang telah berjaya menundukkan diri dalam memohon maaf atas kenyataan negatifnya....membuatkan hati Ulfah SANGATTTTTTTTTTTT gembira sampai sempat menitiskan airmata. ya ALLAH..ditambahkan pula dengan lagu 'Law Kana Bainana' membuatkan Ulfah bertambah sayu.... ALLAHUAKBAR! Kerinduan padamu ya habibaLlah membuak2..

kenyataannya..bukan mudah seseorang yang membuat salah [terutamanya] dapat mengakuinya dan memohon maaf. ya ALLAH.... moga aku dapat mencontohi YB kita ni...

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Keduanya... alhamduliLlah....
Tamat sudah program Smartsolat anjuran Nisa Kotaraja, dengan kerjasama yang tidak pernah putus.. Masjid Jamek Ar-Rahimiyah Klang dan DACS. ALHAMDULILLAH.. Moga ilmu yang diperoleh oleh PERMATA2 ISLAM ini akan difahami dan diamalkan shingga akhir hayat.

Poin asal Ulfah terletak pada program ni.

Tengoklah nanti andai mahu menuliskannya sebab sekarang sudah Maghrib dan JOM KITA SOLAT!!!! =)..

* * * * teringat kata2 yang pernah diucapkan as-syahid imam Hasan al-banna*****
"Tak mengapa, walaupun aku yg menyampaikan ilmu tapi aku khuatir 
amalan manakah yang Allah akan terima daripadaku: menyampaikan ilmu atau kerna menyusun kerusi2 ini.."




Tuesday, December 20, 2011

FiMo...Momo..

Bismillahirrahmanirrahim..

FiMo.. atau nama panggilan manja nya MoMo..
Hadir tanpa dindang [walaupun sebenarnya Ulfah sendiri yang angkat masuk dalam kereta dek kerana kesian yang melambung tinggi]

Hampir 4 bulan ia bersamaku.

Memang pernah terlintas dulu untuk membela kucing tapi berikutan ketidaksukaan ahli keluarga untuk membela kucing maka tiadalah kami membela haiwan ini sehinggalah saat ALLAH pertemukan Ulfah dengan FiMo.

Herm.. mungkin ada yang mahu gelak atau terdtik... "aduhai... crita pasal kucing la pula... xde cerita yang lebih serius dan matang ke?"

Biarlah.. Blog Ulfah kan..

Sebenarnya Ulfah dah lama nak post entri tentang FiMo tapi selalu biarkan.. Namun, harini sebelum tidur Ulfah bertekad mahu tuliskannya disini. Ulfah sayang FiMo walaupun selalu juga berleter sendiri kerana perlu membersihkan najisnya yang tidak kuasa dilayan oleh orang lain. Hanya ALLAH Maha Tahu apa yang trlintas dalam hati Ulfah saat ini. Lintasan hati yang tidak semuanya perlu diberitahu atau dikongsikan dgn ssiapa.

Sebenarnya (lagi),sedang bermain ligat dalam kepala Ulfah untuk membebaskn FiMo keluar dari rumah. Maksudnya, dia boleh pergi kemana saja yang dia suka. Bukan apa,memang Ulfah akan 'monitor' FiMo seandainya dia dilepaskan  bebas di dalam rumah. Khuatir dia akan buat 'projek' bak kata mak atau dengan kata lain buang air di luar 'sarang'nya.

Fikiran untuk membebakan Fimo dengan sebebasnya adalah dek kerana Ulfah mmikirkan yang Ulfah semakin hari semakin tidak terdaya untuk menjaganya selain Ulfah amat kasihan pada Fimo yang perlu mengikuti 'displin' yang Ulfah tetapkan yakni antaranya perlu dicuci punggung, kaki dan badannya sebelum bebas bergerak dalam rumah. 'Displin' yang Ulfah buat ini adalah untuk sdaya upaya yang trmampu untuk memastikan najisnya tidak mengotori rumah. Ulfah juga kasihan dengan Fimo kerana dia akan kebanyakn masa dia akan dikurung untuk tidur pada waktu malam.

Ulfah kesian pada Fimo dan dah banyak kali niat untuk melepaskannya pergi. Namun, hati tetap juga merasa berat kerana sudah sangat sayang dengan Fimo. satu lagi, Ulfah bimbang akan nasib dia diluar sana. Boleh kah dia mencari makanan dan menjaga dirinya daripada kucing2 jahat.

ALLAH Maha Tahu bagaimana perasaan Ulfah pada waktu ini. ALLAH juga Maha Tahu kenapa Ulfah berada di dalam keadaan begini.

Walaupun tangan Ulfah calar balar dan banyak kali terluka dengan ketajaman kuku Fimo, tapi Ulfah tetap sayangkan Fimo.

Tiba2 terngiang satu dialog..."Binatang yang korang tendang tu lagi mulia daripada korang... Binatang2 yang korang tendang dan rasa jijik tu tak henti berzikir!" [sekadar teringat satu dialog dalam sebuah kem baru2 ni..]

Ulfah dengar binatang akan hanya jadi debu masa akhirat nanti melainkan beberapa binatang yang diizinkan ALLAH masuk kedalam syurga... antaranya ialah:

1. burung Hud2
2. untanya Nabi Saleh
3. unta Nbai Muhammad
4. Ikan yang menelan Nabi Yunus
dan ada lgi 6 ekor haiwan yang diizinkan ALLAH...

Fimo...

ya ALLAH.. berilah petunjuk samada perlu Ulfah lepaskan Fimo atau tidak..

Ulfah merasakan perlu dilepaskan berikutan bimbang dia tidak terurus oleh Ulfah sendirian. Namun, tiap kali berkata "Ya" maka akan datang pula prsoalan... bolehkah Fimo cari makanan sendiri?... bolehkah dia jaga diri dia baik2? dan semamangnya kerana Ulfah sudah sayang.

Sekadar disini saja contengan Ulfah dalam keHIDUPan..

Mungkin ini juga menjadi salah satu didikan buat Ulfah untuk menjadikan jiwa Ulfah kuat! Ulfah masih punya sisa baki yang banyak untuk melupakan keRINDUan yang amat terhadap arwah atok yang sudah tiada. Mungkin ALLAH mahu jiwa Ulfah lbih kntal untuk menghadapi perasaan 'kehilangan'. Mungkin saja ALLAH beri semua ini agar Ulfah jadi lebih kuat untuk menerima 'kehilangan' yang besar pada masa mendatang.

wallahu'alam.

Friday, December 16, 2011

Pentingkah 'Siapa Hebat'?


Bismillahirrahmanirrahim..

kita tidak akan pernah tahu
apa yang berlegar
dalam hati 
dan pemikiran seorang manusia
meskipun terkadang 
dia itu teman baik kita

apatah lagi manusia
yang bermusim saja kita lihat 
akan raut wajahnya

teringat kata seorang manusia 
yg bergelar dr. interpersonal..

"manusia A pada hari ni
tidak akan sama 
pada keesokkan harinya
justeru
andai dia berbuat salah pada hari ini
janganlah kita terus menerus ingat
akan kesalahannya
pada hari esok
kerana mungkin saja
dia telah mahu berubah
pada esoknya"

beri peluang

apa yang teramat diri mahu
berceloteh pada saat ini 
ialah perihal 'ukhuwwah'

sememangnya
diri ini bukanlah ahli
dalam mengurai satu demi satu
untaian benang yang bersimpul
perihal ukhuwwah itu

namun terkadang hati ini terusik
dengan manusia
yang lagaknya
amat pentingkan sebuah ukhuwwah
namun
seperti dilihat apa yang penting
'SIAPA YANG HEBAT'

tekannya disini ialah
bagi manusia yang tidak kuat
tidak bagus
tidak sehebat pemikirannya
maka pejamlah matanya dari melihat
manusia yang tidak kuat, tidak bagus, dan tidak hebat itu

sudah!
nokhtahkan saja apa yg dirasa
kerana hati yang merasa itu
yang perlu dirawat
HUSNUZHON

INGAT!
TIADA ISTILAH 'TERASA'
apabila tekadmu
bulat mahu menuju redhaNYA

ku mahu ingat kembali
apa yang telah diGAM 
dalam masa tertekan

"Sesungguhnya tidak sempurna iman kamu sehingga kamu mencintai saudara kamu seperti mana kamu menyintai dirimu sendiri" (HR Bukhari)

Namun, ku masih jua mahu menyeru pada kamu...kamu..dan kamu....
Janganlah membenci atau mengeluarkan AURA ketidaksukaanmu pada sahabat yang turut sama mahu jadi mata rantai sepertimu..
Ya..dia bagimu mungkin tiada nilai.
Tapi, siapa tahu nilainya disisi
RABB..

wallahu'alam..

SUMBER: Hati Yang Tertanya2




Friday, November 25, 2011

kerinduanku

Bismillahirrahmanirrahim...

AlhamduliLlah...
Syukurku padaMu ALLAH atas tiap2 nikmat yang kurniakan kepadaku.

Moga segalanya adalah keranaMU ALLAH...
Pimpinlah hidupku
janganlah Kau lepaskan 
genggamanMu dari hidupku
aku ingin pulang
dengan wajah dan hati yang tenang

amiiiin..

kerinduanku





Wednesday, November 16, 2011

Pesanan Buat Diri #2

Bismillahirrahmanirrahim...

AlhamduliLlah wa syukuriLlah~

OK dalam keSEMPATan ditengah keSEMPITan, Ulfah mahu berkongsi sedikit bahan bacaan yang ada di dalam L.A. Memang ingat nak buat CERAMAH tentang bahan ini, tapi masa tak mengizinkan. Tetap Ulfah papar di sini kerana HATI melonjak mahu kongsikan ia. Tidak tahu atas sebab apa... Moga diLURUSkan NIAT hati Ulfah. insyaALLAH.. Bagi kawan2 sem 6 IPG dot dot dot... LET'S STRIVE FOR OUR LAST PAPER FOR THIS SEMESTER!! insyaALLAH..

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut."
(Riwayat al-Hakim)

Huraian :
1. Ujian adalah seiringan dengan perjuangan. Oleh itu ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah.

2. Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur sama ada keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaranNya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja.

3. Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu
* saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya,
* orang munafiq yang sentiasa membencinya,
* orang kafir yang sentiasa memeranginya,
* syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya
* bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya.

Semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.

4. Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan semangat menjadi lemah dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa sedangkan Allah SWT berfirman dengan maksudnya:
"Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan". (al-Insyirah:6)

5. Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.

Setakat ini sahaja dari LA Ulfah.. moga sedikit sebanyak memberi manfaat buat diri kita bersama. 
wallahu'alam~ 
(^^,)


Saturday, November 12, 2011

hati MAYA

Bismillahirrahmanirrahim...

Hakikatnya keHIDUPan dunia ini..suka dan duka saling jerkah menjerkah satu sama lain..
dalam sebuah episodnya, duka selalu mengiringi suka
begitu juga dengan suka
kadangkala ia datang beriringan
kadangkala salah satu mendahului terlebih dahulu

duka itu rasanya perit
perit tatkala sedang merasainya
terkadang tubuh jatuh
tersembam ke bumi
tiada upaya untuk berdiri kembali
sehingga kedukaan itu
telah menyelubungi suka
yang kita tidak sedar akan kehadirannya
kewujudannya

namun
apabila kita sendirian mengenang kembali tentang duka yang dulu
terimbau pula tentang suka yang dulu
suka yang ada antara kita
terkadang tidak pernah menghargainya
tatkala itu
mungkin dek kerana
duka yang acap bertandang

indah menatap senyuman
indah melihat gelak tawa
indah mendengar tutur hikmah
indahnya ya ALLAH...

ku RINDU
ku RINDU
ku RINDU

tatkala saki baki yang ada
tidak bolehku biarkan berlalu saja
kerna aku tidak bisa tahu
apa yang bakal terlakar
dimasa mendatang
adakah akan terhilang sendirinya saki baki itu?
atau
adakah ianya akan menjelma semula?
aku TIDAK TAHU!

moga dengan izinMu
aku mampu menghargai
apa yang ada saat ini
selagi masih ada masa
yang Kau kurniakan
aku mohon yang amat
agar jernihkanlah kembali
mana yang keruh
yang aku sendiri
tidak tahu bagaimana mahu mulakannya dulu

tanpa izinMu
aku,dia dan kami
akan terus kebuntuan
akan terus kehilangan arah
dalam merawat luka
yang telah banyak menghilangkan HATI

ku mohon
ku mengharap
segalanya hanya dariMu
ALLAH
KAU MAHA MENGETAHUI
SEGALA YANG TERBAIK
UNTUK KAMI

sumber: hati MAYA


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.