ALLAH..ALLAH..ALLAH..
Kau Maha Tahu.. |
sesungguhnya ku yakini
bahawa DIA bakal
kurniakan yang TERBAIK
buat hambaNya
yang berpayah
mengunci jiwa jua raga
dari dunia yang fana
tanpa tujuan yang lurus
yang acap kali
berkorban segala rasa
yang menjadi rebutan
serta dambaan anak muda
yang dahaga dengan rasa cinta yang alfa
tanpa tujuan yang benar
hanya DIA tahu
apa yang terbuku
apa yang terbuka
di relung hati hamba hina ini
tidak dikesali
atas keputusan itu
meskipun KAU tahu
tiap makna nadi
terutama saat itu
rela teguh
hanya untukMu
dan hanya kerana takut
akan kehilangan rasa
rindu padaMu
doa yang terindah
titipan buat nakhoda
yang telah berjumpa surinya
layarkanlah baik-baik
bahteramu
agar pelayaranmu
hingga syurgawi
ya Rabb
ku mohon
dan acap kali itu jua lah yang ku mohon
penuhilah hatiku
dengan kerinduan pada kekasihMu
yang bakal membawaku
kepada kecintaan terhadapMu
kurniakanlah
cebisan cinta dan rindu
yang semampunya ku tanggung
kerna ku tahu
bahawa setitik cintaMu
bisa gila jadinya
untukku tanggung
thabatkan aku dalam jalan ini
jalan yang menyesakkan hati
akal dan kudratku
kernaku yakini bahawa
akhirnya nanti
dengan rahmatMu
keindahan yang tak pernah
akalku gapai
bakal KAU kurniakan
namun
segalanya buat pemenang
yang benar dari dunia yang palsu ini
wallahu'alam
No comments:
Post a Comment
Nak beritahu apa?