Bismillahirrahmanirrahim..
kita tidak akan pernah tahu
apa yang berlegar
dalam hati
dan pemikiran seorang manusia
meskipun terkadang
dia itu teman baik kita
apatah lagi manusia
yang bermusim saja kita lihat
akan raut wajahnya
teringat kata seorang manusia
yg bergelar dr. interpersonal..
"manusia A pada hari ni
tidak akan sama
pada keesokkan harinya
justeru
andai dia berbuat salah pada hari ini
janganlah kita terus menerus ingat
akan kesalahannya
pada hari esok
kerana mungkin saja
dia telah mahu berubah
pada esoknya"
beri peluang
apa yang teramat diri mahu
berceloteh pada saat ini
ialah perihal 'ukhuwwah'
sememangnya
diri ini bukanlah ahli
dalam mengurai satu demi satu
untaian benang yang bersimpul
perihal ukhuwwah itu
namun terkadang hati ini terusik
dengan manusia
yang lagaknya
amat pentingkan sebuah ukhuwwah
namun
seperti dilihat apa yang penting
'SIAPA YANG HEBAT'
tekannya disini ialah
bagi manusia yang tidak kuat
tidak bagus
tidak sehebat pemikirannya
maka pejamlah matanya dari melihat
manusia yang tidak kuat, tidak bagus, dan tidak hebat itu
sudah!
nokhtahkan saja apa yg dirasa
kerana hati yang merasa itu
yang perlu dirawat
HUSNUZHON
INGAT!
TIADA ISTILAH 'TERASA'
apabila tekadmu
bulat mahu menuju redhaNYA
ku mahu ingat kembali
apa yang telah diGAM
dalam masa tertekan
"Sesungguhnya tidak sempurna iman kamu sehingga kamu mencintai saudara kamu seperti mana kamu menyintai dirimu sendiri" (HR Bukhari)
Namun, ku masih jua mahu menyeru pada kamu...kamu..dan kamu....
Janganlah membenci atau mengeluarkan AURA ketidaksukaanmu pada sahabat yang turut sama mahu jadi mata rantai sepertimu..
Ya..dia bagimu mungkin tiada nilai.
Tapi, siapa tahu nilainya disisi
RABB..
wallahu'alam..
SUMBER: Hati Yang Tertanya2
wallahu'alam..ssungguhnya kita tak boleh rasa diri kita sebaik2 insan.
ReplyDelete=) ye betul tu adik... moga ALLAH lindungi kita daripada sifat membangga diri dan merasa takjub dgn diri sendiri...na'uzubillah... [mungkin ada antara kita tidak sedar tentang hal ini...]
ReplyDelete