Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)
Showing posts with label Fikir2lah. Show all posts
Showing posts with label Fikir2lah. Show all posts

Tuesday, January 15, 2013

LoVe and ReSpeCt

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad.
wa 'alaa alihii wa sohbihi wa sallim


Tiap kali mengenangkan Rasulillah, Saiyiduna Muhammad s.a.w.,
hati yang bara jadi sejuk..
hati yang gelisah jadi tenang..
hati yang memberontak menjadi redha
hati yang penuh hasad jadi penuh syukur..

ALLAHU ALLAHU

Namun, segalanya hanya saat aku benar2 mengingatimu ya HabibiLlah..
hanya saat dan detik itu cuma.

adakah kerana cintaku padamu hanya sekadar kata2 semata????
adakah aku ini hanya ditipu oleh kecintaan yang dibuat2???

ALLAHU ALLAHU

aku benar2 mahu menyintaimu..
kerana dengan menyintaimu
aku yakin..
aku punya peluang untuk mengenali Rabbku...ALLAH
dengan sebaik2nya..

ya ALLAH...sampaikan salamku pada kekasihMu

jangan biarkan akhirku dalam murkaMu ALLAH

* * * * * * * *

RESPECT.

one word that people would like to have from others.
parents from their child.
employer from their employee.
teacher from their students etc.

You can't force others to give them their respect to you.
RESPECT will come silently with your own attitude or should i said it as AKHLAQ.
Sometimes, you no need high knowledge to have a beautiful AKHLAQ..
It's all depend on your IMAN towards ALLAH.
My late grandmother is the greatest PROOF i ever know.
Oh, ALLAH..i do really LOVE her! Please LOVE her too..

down here some example of one woman who very eager to have RESPECT without realize herself DON'T HAVE RESPECT TO OTHERS.



sometimes, your WORDS does shows how HIGH YOUR EDUCATION IS!
Chickens, cats, cows, jaws~ ARE YOU A FARMER? or a BREEDER?
How do you know that these animals always have trouble?
Although, for us..their life might not as good as us (human).. but after they die .. they will not face any PEMBALASAN dari ALLAH!
dan adakah saudari sharifah Z tahu bahawa mereka sentiasa berzikir dan bersyukur..?
(Kita tak mampu tahu itu semua.. KERANA ILMU KITA NI SECEBIS JE saudari sharifah Z!)

ok2.. BEHAVE Ulfah~

Tuesday, December 18, 2012

Usah Pernah Impi!

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad
wa 'alaa alihii saiyidina Muhammad


usah pernah kau bermimipi mahu mendirikan masjid andai acap kali tanggungjawabmu harus diingatkan orang lain!
usah pernah kau bermimpi mahu mendirikan masjid andai kau belum tahu membuat keputusan!
usah pernah kau bermimpi mahu mendirikan masjid andai kepentingan dirimu adalah segalanya!
usah pernah kau bermimipi mahu mendirikan masjid andai masamu hanyalah untuk hiburan semata!
usah pernah kau bermimpi mahu mendirikan masjid andai kau tidak pernah belajar untuk menghargai orang lain!
usah pernah kau bermimpi mahu mendirikan masjid andai kau amat sukar menerima pandangan orang lain!
usah pernah kau bermimpi mahu mendirikan masjid andai basuh pinggan sendiri pun tak mahu!
usah pernah kau bermimpi mahu mendirikan masjid andai niatmu hanya NAFSU semata!
usah pernah kau bermimpi mahu mendirikan masjid andai dan andai lagi....

kerana untuk mendiri dan menjaga masjid itu..
bukanlah terletak pada 1 diri saja
malah ianya tanggungjawab 2 diri
yang telah diketemukan ALLAH
atas dasar kasih dan cintaNya
pada hamba2Nya

belajarlah untuk saling melengkapi.

aku tak tahu
apa formulanya
kerana aku sendiri belum tahu akan bahannya
dicoret atas perhati
dicoret atas fikir
dicoret atas hati

yang tiap saat harus dibebat
sendiri..

ALLAHU'ALAM.


indahnya masjid yang dibina ini..

Sunday, December 16, 2012

Sudah Tiada Masa!

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad
wa 'ala alihii saiyidina Muhammad

Barakallahu lakuma.. buat teman2ku yang telah selamat mendirikan rumahtangga. Moga baitulmuslim yang kalian bina (dengan izin ALLAH) diredhaiNYa dan mendapat barokah dariNya dunia akhirat.. amiin ya Rabb..

(ramai tau yang berkahwin cuti ni... ^_^ tahniah~)

* * * * * * * * * * * * * * *

aduyai..bila Ulfah banyak bercakap sejak dua menjak ni.. nak menulis pun jadi 'slow'..

ok.

sejak dua menjak ni juga, Ulfah selalu terfikir tentang usia. haha.. macamla sebelum ni tak terfikirkan.
cuma bila melihat angka yang bakal mendatang, membuatkan Ulfah lebih memuhasabah diri..

hei... 25 years!?
what have i done during this time?

banyak yang baik ke?
atau yang tidak baik?

ALLAHU ALLAH..

tambah lagi 5 tahun.. sudah masuk 30 tahun!---> kalau dipanjangkan usialah.. (fuh..tua bonar!)

persoalan yang Ulfah lontarkan pada diri... berapa banyak dah bekalan yang Ulfah bawa untuk menuju kehidupan abadi di sana? adakah SUDAH CUKUP KHUSYUK SOLAT ULFAH??
adakah Ulfah sudah BERBAKTI DENGAN SEBAIKNYA PADA MAK DAN ABAH? (atau adakah Ulfah ini, hanya menambahkan luka pada mereka setiap hari..?...astaghfirullah!)

ASTAGHFIRULLAH!

korang perasan tak sesuatu?

umat islam (kita) sekarang ni sedang berperang menentang kezhaliman orang kafir..

so, what??? ----> kemungkinan salah satu respon popular dalam kalangan kita..

terus terang.. bila Ulfah fikir semua ni.. Ulfah jadi semakin bimbang dan takut...
bimbang dan takut dengan persediaan kematian Ulfah sendiri!!!

bila duduk bertenang..
Ulfah akan rasa bahawa masa kita ni sangatlah cepat berlalu..
bukanlah bermaksud jarum saat tu berputar dengan lebih laju..

tapi..
dengan keseronokan yang terbentang dihadapan kita
dengan kesibukan mngejar wang.. dan sebagainya
menyebabkan kita seperti tak perasan masa tu berlalu dengan cepat.

cukuplah dengan hanya menonton televisyen..
bayangkanlah
majoriti program2 yang disediakan paling 'koman' 1 jam.
lepas tu kita tukar channel lain pula..
1 jam + 1 jam +1 jam..++++... berjam2 telah berlalu.. (jam2 yang berlalu dengan tambahan hiburan lain..)

korang tak rasa USELESS ke hidup kita ni bila masa kita hanya digunakan untuk HIBURAN semata??

ok.. Ulfah bukan sengaja nak buat sesiapa terasa kerana yang paling terasa dan macam kena sumbat dengan cili padi sekarang ni adalah Ulfah sendiri..

Ulfah akui..Ulfah selalu juga leka.. bukan 'ter' dah..tapi memang..

ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM!

lagi2 cuti sekolah ni kan..
bila diri tak disibukkan dengan program..
masa tulah Ulfah rasa masa Ulfah terbuang begitu sahaja!
walhal sebenarnya..
TERLALU BANYAK KERJA YANG BERFAEDAH YANG BOLEH BUAT!
antaranya...

BACA BUKU!!!

yup, that's one point!

masa inilah Ulfah perlu tingkatkan lagi thaqafah @ kefahaman Ulfah!--> kefahaman.@ ilmu dalam pelbagai aspek! bukan setakat isu semasa...atau bab2 solat semata (heee..sebut yang ni sebab sedang bergelumang dengan program solat adik2 ^_^). malah kefahaman @pengetahuan dalam bidang ekonomi, politik, kekeluargaan, bahasa, strategi peperangan! dan lain2 lagi..

amboi..senyum lebar naaa bila Ulfah sebut 'kekeluargaan'.. 

Ulfah nak sarankan pada yang berkemampuan...
pergilah belajar MEMANAH! BERKUDA! BERENANG! dengan segera!!!
CERGASKAN FIZIKAL kalian!!!!

(aduyai..bunyi macam betul2 nak g PERANG kan...)

YUP!!
BERSEDIALAH UNTUK ITU!
lagi2..yang baru mendirikan rumah tangga dan sudah punya anak...
APA LAGI!
P HANTAR ANAK2 KORANG KE DALAM KELAS MEMANAH! BERKUDA! BERENANG! SILAT! dan sebaginya...

mesti ada yang kata.. 
"ala... kalau betul nak belajar ..mempersiapkan diri untuk berPERANG.. baik g hantar kelas menembak ke? yang nampak lagi canggih lagi!"

haha...
berSEDIA lah untu zaman yang tak MUSTAHIL... SEGALA KELENGKAPAN PERANG MODEN SUDAH TIADA LAGI! 

that's all i can say..

semua ini untuk ingtan Ulfah sendiri..

JOM BAIKI DIRI MULAI SAAT INI!
TAK DE ISTILAH.."DAH TERLAMBAT UNTUK AKU!"

NOOOOOO!

selagi nyawa belum sampai ke penghujungnya..
selagi itu..KITA MASIH BELUM TERLAMBAT..

walaubagimanapun..cuma ingat..KITA TAK PUNYA MASA YANG BANYAK LAGI!

ok.. setakat ni saja.
jumpa lagi!
assalamualaikum....

soalan yang selalu Ulfah lupa! v___v

Friday, November 23, 2012

Langkahan Akhir? TIDAK!!

Bismillahirrahmanirrahim..
ALlahumma solli 'ala saiyidina Muhammad


alhamduliLlah..
hari ni sudah masuk 2 minggu aku bergelar pengganggur kehormat~ (kehormat sangat la kan..~ v_v")
harap jawatan ni hanya sementara.. amiin ya Rabb.
cuti pada kali ini memang mempunyai rasa yang lain.
walhal, sudah biasa dengan tempoh sebegini bagi mahasiswa pendidik dari institut latihan bercuti dikala anak-anak sekolah juga turut bercuti.
lainnya adalah kerana aku mengetahui bahawa cuti ku ini bukanlah akan berakhir pada awal Januari, tapi lebih lama daripada tempoh yang biasa. (harap tak berpanjangan..)

minggu pertama bercuti sebagai mahasiswa yang telah tamat program pembelajaran 5 1/2 tahunnya, memang agak terkapai-kapai juga. terkapai-kapai dengan minda yang berlegar..
"Apa yang aku nak buat?"
"Adui, kenapa pula ada negeri Sabah kat alamat lama dalam e-vetting aku?"
"ya ALLAH, awat pula 'Tiada pendaftaran id bagi 8805--------" dalam borang spp aku?"
"mana aku nak letak barang-barang 5 1/2 tahun kat rumah ni?"
"nak masak apa ni?" ---> yang ni kurang sikit la fikirnye~~ ^_^

dan macam-macam lagi lah..
memang buat aku agak serabut!
HOBI makin MENJADI-JADI!

alhamdulillah
ALLAH beri ku jalan untuk keluar dari keserabutan ni..
hari Isnin baru ni... ~nada dering "Open Your Eyes"~ ---> masuk mesej la maksudnya!
Shafiqah mesej..
"free x esok sampai khamis ni.?"

(^_^) alhamdulillah~ ALLAH buka jalan... untukku fikirkan pula "Apa yang HARUS aku buat?!"

ALLAHU ALLAH!
seronoknya..dapat jadi fasi program untuk budak2 sekolah lagi!

Tiba2 teringat..kali pertama aku menjadi fasi! Masa tu aku diajak seorang sahabat yang menjadi sahabat hatiku kini. Alhamdulillah..pertama kali jadi fasi terus dapat jadi fasi kepada program yang dikendalikan oleh figur yang aku mulai kagumi ketika itu. Dapat jumpa terus dua sosok pasangan suami isteri yang makin hari makin giat dengan jalan dakwah mereka. Kehadiran puteri cinta hati mereka, tidak sesekali menghentikan langkahan kaki mereka. jadi inspirasi buat aku.

TQ Allah.. tq sahabat hati yang berkenaan.

Alhamdulillah.... sudah terisi jugak kalendar ku untuk cuti pada kali ini.
walaubagaimanapun, anak perempuan tetap perempuan. (apakah maksud tu??  ^_^)
se'GILA' mana pun aku mahu dan 'harus' mengisi masa cuti yang ada dengan pelbagai program samada aku menjadi penggerak mahupun jadi peserta, TETAP hati mak dan abah perlu diambil peduli.
 (walaupun,boleh aja ku teruskan dengan memegang sikap degil ku. tapi, ALLAH... memang aku tidak patut berbuat begitu)

Inilah antara cabaran yang perlu aku bijak tangani.
Ingat Eza...
sekuat manapun kau nak bantu jalan ini... hati mak abah perlu juga kau jaga.

teringat pula kata-kata seorang figur dakwah ni( tak pasti yang mana satu-LUPA!) bilamana berkongsi tips untuk kita terus bergerak tanpa atau mengurangkan ke'terasa'an mak abah kita dalam merelakan kita mensibukkan diri dengan apa2 yang harus kita lakukan. yang paling utama ialah..

"Jadilah anak perempuan yang menyenangkan mak abah di rumah. Antaranya ialah dengan kita buat kerja rumah dengan sehabis baik. sehingga mak abah rasa sedih (nak guna perkataan 'bersalah' macam tak patut je!) untuk tidak membenarkan kita bergerak."

ALLAHU ALLAH..

Tiba-tiba lagi terfikir..

Itulah pentingnya untuk muslimah yang benar2 mahu bergerak memiliki suami yang memahami dan punya matlamat hidup yang sama! Malah suaminya pula menjadi penguat untuk dia terus bergerak!

IKHLAS semata-mata kerana ALLAH itu penting!
(perkara yang sentiasa Ulfah ulang dan ulang dalam diri. Entah dah ada atau belum...atau samar-samar lagi..ALlahu'alam. memang semut hitam betul lah! :))

takut...bimbang sangat!
Kita beriya-iya ke sana-sini..tapi nilaian pada ALLAH ibarat debu yang berterbangan! bagai debu kerana niat di hati mula berbelok-belok..ALLAHU ALLAH...

ALLAHUAKBAR!

Truly,
memang tak sabar mahu masuk ke alam pekerjaan.
tak sabar nak rasai CABARAN sebenar untukku melihat siapakah diriku yang sebenarnya?
sejauh mana mampu kaki ku melangkah? ALLAHUAKBAR!
(sangat menakutkan sebenarnya!)

sampai sini saja karanganku.
selamat berpuasa asyura pada yang berpuasa.
ingat! 10 Muharram nya esok... nak puasa esok... perlulah dibawa sekali pasangannya! tak harini...hari Ahad, ok! jangan ikut yahudi laknatuLlah! (ganas bunyinya..tapi bagiku itulah selayaknya gelaran bagi mereka yang menzhalimi manusia lebih daripada BINATANG!!!!)

ok..
assalamualaikum~ (tak jawab doseeee...kalau jawab syg.. --quote from Maria Elena) >_<

p/s: ingatan tegas buat diri... BERFIKIR bukanlah lagi boleh kau kira sebagai hobi! kau dah sedari kan sebelum ni bahawa BERFIKIR untuk UMMAH itu bukan hanya sebuah HOBI! tapi SUATU KEWAJIPAN!!!! walaupun, kau rasa macam tak layak! hei,, TOLONGLAH! tak kan tak SETTLE2 lagi tang 'layak 'tak layak' tu???? berFIKIR dan buatlah sesuatu untuk ummah.. jangan dok menghadap FACEBOOK je memanjang!!!!!!


Sunday, August 5, 2012

Usah Padamkan Kasihmu

Bismillahirrahmanirrahim

ALLAH..ALLAH..ALLAH...aLlahumma solli 'ala saiyidina Muhammad..


Terkadang Ulfah merasakan ujian yang Allah berikan yang berkaitan satu perkara ini..adalah untuk Ulfah katakan pada diri... "aku tidak perlu menyayangi sesiapa atau apa2 kat dunia ni! kerana akhirnya, aku sendiri yang terluka dan pilu."

tapi..bukankah ALLAH itu ar-Rahman...ar-Rahim...

masakan segala yang ditimpakan ke atas Ulfah, adalah suatu yang sia-sia..

TIDAK! PASTI ADA HIKMAH DI SETIAP UJIAN NYA.

ALLAH..

bila Ulfah berfikir kembali.. dalam Ulfah (hambaMu) yang pernuh kejahilan dan kehinaan ini menduga ...diri Ulfah berkata bahawa... KAU ingin nyatakan bahawa...

1. hanya keCINTAan padaMU sahaja, yang tiada pengakhiran kesedihan dan kepiluan!
2. kita tidak punya apa2... segalanya milik ALLAH.
3. setiap yang HIDUP..pasti akan merasai MATI
4. berSEDERHANAlah dalam mencurahkan kasih sayang pada makhlukNya.
5. INGATLAH...HIDUP INI HANYALAH SEMENTARA...HANYA SEKELIP MATA!

walaubagaimanapun, usah dibuang akan kasih dan sayangmu...Ulfah.
bukankah ALLAH ITU MAHA PENGASIH...MAHA PENYAYANG~
lihatlah...
betapa ramai dan banyaknya makhlukNya yang INGKAR dari patuh suruhan DIA..malah melangit tinggi pula maksiat yang dilakukan..
namun, ALLAH tetap memberikan mereka segala kemudahan dan keperluan untuk mereka hidup!
kau hanya perlu lebih tabah, Ulfah!
kau pun tak lama lagi bakal diJEMPUT ALLAH... bimbanglah akan tempat pengakhiranmu..Ulfah!





Wednesday, April 11, 2012

FIKIR dan JAWABlah

Bismillahirrahmanirrahim..Allahumma solli 'ala Muhammad..

Duhai adik-adik,
Ikut sajalah mana hatimu mahu pergi
Andai ku tarik dan dia pun tarik
ku khuatir andai ku menang
kau pula merasakan tiada apa pada
jalan yang ku kenalkan padamu
atas kelemahan dan kelalaian aku sendiri 
dalam membantumu memahami dan mengisinya.

Duhai adik-adik,
realitinya kau masih punyai pilihan
ISTIKHARAH LAH akan dirimu
sedarlah bahawa pentingnya pilihanmu itu

Dulu aku juga seperti kamu
terpinga-pinga dalam keHAUSan ilmu
dan lebih tepat TARBIYAH untuk diri

Namun
ALHAMDULILLAH
ALLAH permudahkan untukku menemui
JALAN ini

DATANG dan HAMPIRI daku
andai kau tidak boleh tidur malam
dan asyik mikir tentang JALAN
yang acap ku war-warkan
kerana ku tidak tahu
mana antara kalian 
yang sudah mula mikir
dengan FIKIRAN yang sebenar2 FIKIR!
yang tidak menerima SEBULAT2NYA
apa yang diperTUTURkan insan
yang begitu GILA denganmu

Duhai adik-adik,
bukan aku yang perlukan kamu
bukan kami yang butuhkan kamu
tapi
JALAN MENEGAKKAN KEBENARAN
itulah yang mengharapkan
adanya HATI-HATI yang berHIMPUN
untuk mengerah dan mengorbankan
titip peluh dan darah
tiap saat dalam masa
juga
tiap buah fikirmu yang bernas
kefasihanmu dalam menutur bicara
segala2 yang ada padamu
amat dibutuhkan oleh JALAN ini

YA
amat melelahkan jiwa dan kudratmu
namun
itulah ia sebenarnya
JALAN SEBUAH PERJUANGAN MENEGAK KEBENARAN

duhai adik-adikku
KETAHUI dan INGATlah
akan firman ALLAH swt
dalam surah as-Saff ayat ke 10 -11

Adik-adikku
adakah selamanya kau mahu
mementingkan diri
dengan hanya mahu TARBIYAH buat diri
dan terus NOKHTAH.
UKHUWAH dan HATI saja bicara BIBIRmu
PALESTIN saja pada MATAmu

ingin ku tanya..

BAGAIMANA TANAH TUMPAH DARAHMU INI?

SUDAH TERTEGAK BENARKAH KEBENARAN YANG SATU ITU 
DALAM NEGARAMU SENDIRI?????

jangan salah sangka

aku AMAT menyintai SAUDARAku di sana
meskipun tidak dapatku buktikan
dengan darah yang mengalir deras
bak para SYUHADA' mereka

HATI
UKHUWAH
apa saja yang terlintas padamu
sudah ada dalam JALAN ini
tinggal saja CARA bawanya insan
yang membezakan 

soalan terakhirku pada madah ini

JALAN mana yang dapat mengarahkan KEBENARAN 
sebagai yang TERATAS dalam NEGARAmu?

FIKIR dan JAWABlah..

wallhu'alam


SUMBER:
HATI yang menyayangi ADIK-ADIKKU



Friday, March 16, 2012

Aturkanlah Langkah Hidupku

Bismillahirrahmanirrahim,,
Allahummasolli 'ala Muhammad


Seperti biasa...penulisan Ulfah acap gemar muncul disaat sempit.. 

Sesungguhnya Ulfah ingin sangat meng ekspresi ketinggi kesyukuran ulfah pada Rabbul Jalil.. yang tanpa izinNya..ulfah tak akan mengenal apa makna jalan juang itu. Meskipun, tatkala ini..ulfahlah insan yang paling terbawah sekali dan penuh kelemahan serta kekuranagan baik dari segi thaqafah dan tarbiyah diri. Terkadang ulfa  merasakan bahawa, ulfah tidak layak untuk berada di dalam jalan ini. (Abi: hah..ayat orang perempuan..tak layak..tak layak..=))

Penuh dosa..penuh keBODOHan..penuh keKUCAR -kacir dalam mentadbir hidup sendiri. merasakan diri ini terlalu banyak kelompangan yang bukan lompongannya bukan biasa2 tapi sangat dalam. ALLAHUAKBAR!

Namun, masih lagi ulfah amat bersyukur kerana setidak-tidaknya..ALLAH telah memilih ulfah untuk berada dalam jalan ini. Jalan apa? dari tadi asyik kata..jalan--jalan... jalan-jalan = makan angin ke?

Makan angin? Jauh menyimpang.. jalan yang ulfah maksudkan ini..adalah jalan yang penuh menyesakkan hati... akal.. dan acap melelahkan kudrat diri. Tak ramai yang sanggup berada di dalamnya. Ada yang sudah dibentangkan dengan mudah untuk dia turut serta, namun memberi banyak alasan dan musabab untuk tidak turut serta. Ada pula yang melarikan diri dek kerana lelah yang tak sanggup ditanggung lagi. jalan yang mahu mengembalikan kegemilangan islam yang benar di muka bumi ini setelah 88 tahun kegemilangan itu diragut oleh musuh islam yang tidak pernah berhenti memusuhi islam.

masuk kandang kambing, mengembek.. masuk kandang kerbau, menguak..

Entah sesuai atau tidak perumpamaan ulfah dengan senario yang harus difahami oleh semua yang ingin benar mengembalikan kegemilangan islam itu di negara tercinta ini. Ikutlah aliran itu selagi mana aliran itu tidak bercanggah dengan islam itu sendiri. Kita perlu berada dalam aliran itu dan sama sekali tidak harus kita menolaknya kerana ia adalah jalan utama untuk mencapai kegemilangan islam. Ya.. banyak mehnah dan dugaan yang bakal kita hadapi bila berada dalam aliran itu. Bagi bergelar G.S., bertukar sana dan sini tempat periuk nasinya sudah menjadi adat hidup. Namun, pesan mereka yang pernah merasai itu semua. Jadilah diri kita umpama anak benih yang bila dicampak kemana-mana, akan bercambah menjadi pulau .. memberi manfaat dan menyebarkan kalimah yang BENAR!

Apa yang ulfah tulis ini adalah sebagai muhasabah diri ulfah. Yang tak lama lagi bakal menghadapi realiti jalan juang yang sebenar tidak lama lagi. Ya.. ulfah akui dalam hati ada kerisauan buat dri sendiri. Ulfah khuatir apakah diri ini bakal thabat atau sebaliknya? Terngiang ulfah akan kata-kata Abi tempohari..

" Ambil nombor Abi.. 013-_________. Abi nak lepas 5 tahun dari sekarang, telefon Abi dan beritahu Abi apa yang antum semua sedang lakukan. Beritahu abi " Abi, ana sekarang sudah menjadi _______________ ".  dan panjang lagi ayat Abi yang Ulfah tak dapat nak recall sangat.

5 tahun dari sekarang... siapakah ulfah dalam rantaian ini? 

Bagi ulfah, tidak penting 'siapa' ulfah dalam jalan ini. Kerana jawatan atau seangkatan dengannya bukan jadi matlamat. Biarlah kita ini pemandu cabuk sekalipun, asalkan kita terus thabat dalam menyumbangkan keringat  dan tidak takut dengan ancaman manusia yang hanya berLABEL kan islam pada kad pengenalannya. ALLAHUAKBAR!

Banyak bicara benar ulfah pada pos ini. Bicara yang bakal dibalingkan kembali kepada muka ulfah suatu saat nanti. ALLAHURABBI. Moga apa yang ulfah catat ini benar2 buat muhasabah diri dan dengan izinMu jua thabatkanlah ulfah dalam jalan ini. Thabatnya diri ini bukanlah dengan keKOSONGan.. tapi berISI.. kerana dengan ISI yang benar dan mantap..mampu membantu ulfah untuk benar2 menyumbang keringat yang utuh! ATURKANLAH LANGKAH HIDUPku dengan menjadikan DIKAU MATLAMAT YANG BENAR2 KU DAMBAKAN ..DUHAI RABBUL IZZATI.. FAHAMKAN DAKU...IKHLASKAN JIWA RAGAKU... FAQIHKAN AKU ATAS AGAMAKU.. amiinn..ya Rabbal 'Alamiin~ 

Wednesday, January 25, 2012

Bila Lagi?

Bismillahirrahmanirrahim...

AlhamduliLlah.... alhamduliLlah...alhamduliLlah...
Allahummasolli 'ala Muhammad! (jom selawat sama2 ^__^)

OK. Jam sudah menunjukkan mampir 2 pagi dan Ulfah pula sedang menaip di dalam keHIDUPan.. memang x patut! Tapi masa2 macam ni lah kadang2 idea nak menulis tu mencurah2... agaknya 'musuh' mahu Ulfah tidur lambat! Ok xpe ..sekejap je.. ye la tu..

Yup, seperti ayat Ulfah yang biasa2 ditulis disini... 'BANYAK PERKARA YANG BERLAKU..' mestilah..kalau x berlaku apa2 maksudnya aku dalam keadaan koma dalam beberapa hari ini...

Firstly, i want to say that i already bought two books from steven r convey! (at last!) walaupun sebenarnya tak patut ada bunyi macam 'WOW' sebab Ulfah terang2an dah ketinggalan keretapi.. tapi tak pe.. at least buku itu sudah menjadi milikku..Pembelian buku melalui rentetan wall post Ulfah yang diberi respon positif oleh para guru, professor Zaibo dan beberapa orang teman dan sahabat dalam menguatkan semangat Ulfah untuk minta 'sponsor' dari mak untuk memiliki buku tersebut. Terima kasih mak! SAYANG MAK! syuuhhhh..[harap Ulfah dapatlah habis membacanya.... buku2 lain terasa sedang merenung tajam akan diri Ulfah!] Good to digest their thought in Islam perspective. Don't judge book by its cover..:) etc. thanks for push me! 

Hope will get something to be share.. insyaALLAH~
*******************************************************
Secondly.. i hope can do the BEST for what did i get few days ago. Really afraid to handle this responsibility as i'm actually is not the right person to manage it.. it is due to the LasT REquIRement needed to be the BEST and suiTabLe person indeed! Moga dipelihara HATI & IKHLASku kuat2...

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *  *

dan..

the moST poPular theme of events that happened to me in this early 2012 is about.....

siapa nak teka? PEJAM MATA TERUS DAN TEKA!!






















the thEMe is.....
"Bila lagi?"

[you get it or not?? "v__v ]


ok..i understand that people around me are very-bery-da-exicted to know who is my Mr Right. which i really do not know..when 'he' will come in my kHIDUPan.. 

berSABARlah ye... duhai anda sekalian. JANGAN BUAT HATIKU yang TENANG jadi TAK TENTU HALA... tenang sangat la tu.

Sesungguhnya apa yang kalian impikan untuk melihat diriku dipimpin seorang IMAM yang (insyaALLAH) akan menemani hidupku dunia akhirat (insyaALLAH..amiin) bukanlah satu perkara yang mudah. Terlalu banyak kekurangan dalam diri Ulfah yang perlu Ulfah baiki. Tpi bukanlah bermakna Ulfah mahu tunggu diri jadi PERFECT baru nak fikir semua itu.. sebab hakikatnya tiada yang P.E.R.F.E.C.T!

Cuma JODOH ulfah, belum ALLAH zahirkan lagi..insyaALLAH..andai sudah dizahirkan-Nya, insyaALLAH.. akan Ulfah heBOHkan! hee..=)

Di kesempatan ini Ulfah mahu menyatakan bahawa perkahwinan itu bukan suatu yang INDAH bahkan bakal menjadi DURI dalam keHIDUPan andai MATLAMATnya sejak dari awal tidak jelas dan tidak seHALA antara pasangan tersebut. dah nak mula berleterlah ni ye cik ulfah.. (insyaALLAH) Ulfah JELAS dengan apa yang dinyatakan. 

Ulfah rasa tak nak sambung ayat diatas lah.. bimbang diuji dgn kata2 sendiri. namun, diharapkan agar dapat membuatkan kamu2 terFIKIR. 

moga MATLAMAT HIDUP yang ada
sentiasa disemat hingga hujung nyawa
seia seHALA dengan dia
yang bakal KAU temukan
entah diSINI atau diSANA

bimbangku akan hari pertemuan itu

bimbangku pada keHILANGan
sebuah hati yang mahu
belajar mencintaiMU

bimbangku pada kePUDARan
sebuah ikhlas dalam 
meraih redhaMU
ikhlas yang entah ada atau tidak
saat ini

moga saling melengkapi
walaupun hakikatnya
tiada apa yang bakal LENGKAP
walaupun langit dan bumi
bersatu

kelak
moga tiada SIRNA
pada janji setia kami
dalam jalan berliku duniawi
meskipun tahu
tiadalah apa nilainya diri hina ini
dalam rantaian mata hati
yang saling mengikat keranaMU
ya Ilahi

pada yang tidak mengerti
seribu kemaafan
apabila gagalku menjadi asbab
untuk dimengerti
apabila mungkin ada hati
yang tercalar perit
walau atau tanpa ku sedari

wallahu'alam.

p/s: ok... zzZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ (assalamualaikum~ peace NO WAR!)


Thursday, December 22, 2011

Duhai MUKHLISIN..MARALAH KEHADAPAN!

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahummasolli'alaMuhammad...
AlhamduliLlah.... sebelum tidur... Ulfah nak conteng2 sikit dalam keHIDUPan..

[1st sekali... best x lagu tema terbaru dalam keHIDUPan... tajuknya..'Jalan Masih Panjang' dan 'Masa Muda' ..kedua2nya dinyanyikan oleh edcoustic.. Ulfah suka lirik dan melodinya... bagi Ulfah..bermakna..]

2nd..

Tadi Ulfah diberitakan YB kesayangan kita muncul dalam tv3. Tapi, masa Ulfah buka..tup..tup.. sudah habis.. Tak sempat Ulfah nak dengar apa yang beliau perkatakan.

Ulfah tidak pandai mahu mengulas apa yang sedang berlaku sekarang ini.
Namun, bagi Ulfah..pada setiap kejadian yang berlaku pasti ada iktibar dan hikmahnya.
Samada ianya untuk kumpulan mahupun perseorangan.

Apa yang Ulfah harapkan, moga hidayah ALLAH itu tidak pernah putus untuk hamba2Nya yang ikhlas dalam menjadi mata rantai penegak agama kebenaran yang mulia, ISLAM.

Duhai mukhlisin, dimanakah kalian?

ISLAM itu tidak mengenal warna kulit, bangsa, keturunan,kasta atau apa jua yang menjadikan seseorang itu dikatakan berbeda dari satu sama lain.

Kepada yang sudah tertera dalam ic nya sebagai seorang muslim.. moga bukanlah sekadar pada ic saja. Masalah umat ISLAM pada zaman ini sebenarnya bukanlah terletak pada ilmu semata-mata, namun perkara yang paling pokok ialah PENGHAYATAN sebagai seorang muslim. [ Ulfah mengulangi kata2 ustaz Ahmad Badri Abdullah sebentar tadi -dalam e-usrah ::maafkan Ulfah kalau ada tersalah ingat ayat beliau secara tepat::]

Kalau nak dikatakan sukar untuk mendapatkan input dan penambahan ilmu agama.. agak nonsense  berikutan [alhamduliLlah] sudah banyak rangkaian atau saluran yang bertebaran luas dalam menyebarkan Islam itu sendiri.

Lainlah mereka yang tidak terdedah langsung dengan apa2 berikutan terputus hubungan dengan masyarakat luar yang mana mereka sendiri mahu mengasingkan diri. [moga para daie luar sana dapat mencari dan mendekati mereka...insyaALLAH...amiin..]

herm..

Muhasabah diri..

Apakah kita mngira bahawa dunia ini masih akan 'berada' lama? Aduhai..

Sudah2lah KORUPSI! sudah2lah kepelbagaian '-isme'..

Buat yang diATAS..
Tidak salah andai KALIAN mengaku kesalahan kalian SEKARANG berbanding pengakuan di 'sana' kelak.
Andai ada terGELINCIR..CEPAT2LAH KEMBALI... Bak kata lagu 'Jalan Masih Panjang'...

"...jalan hidup takkan pernah lurus..
pasti ada salah
lewati segalanya
ooo...
tapi Tuhan tak pernah berhenti..
membuka JENDELA MAAF UNTUK KITA...."

Kalian diatas..andai mementingkan keEGOan dan "AKU BETUL"
Agak2nya..lambatlah kemenangan itu tiba.. KEMENANGAN yang telah ALLAH janjikan..
Cubalah jernihkan kembali hati dan fikiran kalian seperti mana mula2 kalian berada di dalam jalan ini. Kalian HEBAT! berpengaruh.. Ulfah rayu... JANGANLAH MENAMBAHKAN DURI DALAM JALAN INI. INGATILAH Nabi junjungan yang kita CINTAI... NABI MUHAMMAD SAW yang telah meninggalkan ISLAM ini dalam CAHAYA YANG BERGEMERLAPAN DIBUMI ALLAH ini.. CAHAYA yang menerangi insan tanpa mengenal erti PERBEDAAN..

Buat kita yang dibawah ini.
Berpegang teguhlah atas jalan kebenaran yang sedang kita genggam didalam hati.
Ingatan buat diri Ulfah juga sebenarnya..
Semakin mnghampiri penamat dunia [yang hanya ALLAH saja tahu bila]..semakin banyaklah das2 tembakan yang mahu memBUTAkan kita!

kembalilah kepada al-Quran dan hadis yang tlah ditinggalkan oleh HabibaLlah..

INGATAN UNTUK ULFAH JUGA! ALLAHUAKBAR!

Setakat ini saja yang Ulfah mahu catatkan dalam keHIDUPan yang sementara ini.

Mungkinkah dapat Ulfah membaca segala catatan ini disana?

wallahu'alam..

NOTA: Jalan masih panjang..terbentang dihadapan... ALLAHUAKBAR! JanjiMu pasti akan tiba nanti! KAMI percaya! Duhai mukhlisin..MARAlah kalian keHADAPAN! 



Thursday, November 10, 2011

Apa nilaimu?

Bismillahirrahmanirrahim...

AlhamduliLlah... syukur atas setiap hirup nafas yg telah dan sedang Kau kurniakan ini ALLAH... Syukur atas setiap nikmat dan ujian yang ada di depanku.. Nikmat itu.. ye..semestinya membahagiakan. Ujian? Memang terasa sengsara dan pedih untuk dijalani. Namun apabila telah melepasinya atau tersedar akan hikmah yang ALLAH mahu beri kepada kita, manisnya mula terasa.

-AlhamduliLah juga..FIMO tidak cedera parah akibat diserang kucing JAHAT! AlhamduliLlah, HUD2 walaupun mengalami luka2 pada badannya, namun (dengan izin ALLAH) HUD2 masih dapat menjadi tunggangan perang yang gagah! insyaALLAH..[ sekadar selingan]-


Fimo 1/3 daripada sekarang.. [mak yg kata.. (^^,)]

Gambar HUD2 pula...

hee... bukan HUD2 ni yg saya ada...

(gambar ada dlm external... lain kali la ye)
 * * * * * * * * * * ** *  the end for this part  * * *  * * * * * * * * 

Orang muda zaman sekarang perlu mempersiapkan diri untuk menggalas kepimpinan masa depan. Kepimpinan masa depan berhajatkan penguasaan isu semasa, penguasaan pelbagai bahasa dan pemikiran kritikal disamping keperibadian unggul. Benchmark persiapan kepimpinan masa depan bukan setakat peringkat nasional bahkan antarabangsa. Maka, orang muda kini harus mula mempersiapkan diri sekurang-kurangnya 10 tahun lebih awal.We are the Khalifah of Allah.

ok.. ni bahagian SeRiUs sikit (td pun serius gak..tapi ni lebih sikit...
[im' quoted this statement from someone's wall post]

Mempersiapkan diri sekurang-kurangnya 10 tahun lebih awal! 'sekurang-kurangnya'.. Jom, 'calculate' sikit...
Kalau umurku 23 tahun.... 23 - 10= 13 tahun... hah.. sejak dari umur 13 tahun, bagaimana sahsiah dan fikiran kita tentang hidup ini? Renung2kan....apa nilai yang ada pada diri kita dalam kita ingin sumbangkan dalam membantu merealisasikan matlamat kita sebagai seorang Muslim? Pertama-tamanya, YA..HARUS JELAS DENGAN MATLAMAT KITA DILAHIRKAN DIDUNIA INI.... mari renungkan ayat ini... 

Firman ALLAH swt dalam surah az-Zariyat:56

Maksudnya:“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”

Ibadat di dalam Islam merangkumi segala kegiatan manusia dari segi rohaniah dan jasmaniah. Tiap-tiap seorang muslim boleh mencampurkan urusan dunia dan akhirat, inilah kombinasi yang indah di dalam Islam yang tidak terdapat di dalam agama-agama lain. Ibadat itu terbahagi kepada 3 bahagian: sila klik sini

Apabila telah jelas, nyata dan terang MATLAMAT HIDUP kita, maka barulah kita akan sedar akan kepentingan sebuah KEPIMPINAN itu. KEPIMPINAN dalam mentadbir diri, keluarga dan yang paling penting ...NEGARA!

aku nak katakan kat sini bahawa....

KEPIMPINAN  itu POLITIK!

hah.... mula la tu ada yg nak berkerut dahi... KENAPA? tak boleh sebut pasal POLITIK ke?

Adakah ISLAM menolak POLITIK?
Adakah junjungan tercinta kita NABI MUHAMMAD SAW itu tidak bergelumang dengan POLITIK?
BUKANKAH ISLAM ITU AGAMA YG SYUMULIYAH...yakni LENGKAP dan MELENGKAPI mencakupi aspek rohani, jasmani dan akal.


"Pandangan yang mengatakan agama tidak boleh dicampurkan dengan politik adalah golongan sekular, suatu fahaman yang memisahkan politik dengan agama. Pandangan ini tidak terpakai dalam Islam. Ia mungkin tepat bagi agama-agama lain yang mengira bahawa agama adalah urusan spiritual, mengenai peribadatan antara makhluk dengan Tuhan yang menciptanya saja.
Fikiran itu menyimpang dari maksud Islam sebagai agama dan peradaban yang sempurna. Tidak lengkap Islam sebagai sebuah agama jika tidak ada sistem pentadbiran dan cara hidupnya.
Dan politik itu sendiri akan hanyut jika ia tidak dikawal dan dipandu oleh ajaran agama."
 Buat mereka yang MENOLAK POLITIK... SILA2LAH RAJINKAN DIRI KITA BERSAMA UNTUK MELIHAT KEMBALI TENTANG APA ITU ISLAM SEBENAR2NYA.... TELUSURILAH KITA AKAN SIRAH NABI yang wafatnya baginda dengan meninggalkan ISLAM dalam keadaan TERANG BENDERANG LAGI TERBILANG! 

Sesungguhnya apa yang lahir dari tulisan ini sebahagiannya menjadi motivasi buat diri untuk mengukuhkannya dengan mendalami dan mengetahui ISLAM itu secara TOTAL! BUKAN DIAMBIL SECARA JUZUK2... TOTAL!TOTAL TOTAL... bukan TOL! [ada kaitan ke? =) ada kot..hee]

Sebahagian lagi...aku ingin mengajak KALIAN... YA,, KAMU2 SEMUA untuk berFIKIR dan MULA mengambil langkah pertama untuk meneliti TENTANG KESYUMULAN ISLAM ITU SENDIRI DAN KEPENTINGAN KEPIMPINAN dalam menegakkan kembali ISLAM di muka bumi ALLAH ini... 

Untuk yang TIDAK PERNAH MENGENALI ISLAM... BUKALAH HATIMU UNTUK MENGENALI ISLAM INI... Percayalah... kamu tidak akan pernah menyesal untuk mengenali Islam.... Tidak mengapa kalau niat kamu untuk cari kelemahan ISLAM itu... carilah.... moga pencarian kamu tentang Islam bukan terletak pada penganutnya...tapi DIRECT dan TELUS pada AGAMA ISLAM itu sendiri.... Bukalah hatimu, duhai teman.

Sekadar ini sahaja dariku buat kali ini..

Kawan2...teman2... dan SaHabAt2ku.. ku mohon doa dari kalian agar dipermudahkan diri ini untuk menghadapi peperiksaan yang akan bermula pada Isnin [14/11] depan. =)

Pesanku buat diri dan teman2...Jangan BERHENTI DARI BERFIKIR!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.