Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)
Showing posts with label Coretan Hati. Show all posts
Showing posts with label Coretan Hati. Show all posts

Friday, November 2, 2012

Pengorbanan..? Mujahadah..?

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma solli 'ala Saiyidina Muhammad
wa 'alaa alihiii wa sohbihi wa barik wa sallim..



ALLAH
saat ini ingin ku nukilkan
setinggi syukurku
padaMu
atas tiap kurniaan 
yang Kau kurniakan padaku

aku hanya hamba yang hina
malah suatu ketika dulu
dan masih juga tatkala ini
penuh dengan kejahilan

dulu
tidak pernah ku memikirkan
hal yang penting untukku fikirkan,
seperti mana
dalam tempoh ruang waktuku disini..

aku bersyukur
kerana Kau memilihku
untuk memahami
matlamat aku
dihidupkan di dunia yang sementara ini

ALlah
dalam mengenali jalan ini
dan memahaminya
aku mengenali
apa itu pengorbanan

tidak sesekali
aku mahu mengungkit
apa2 yang telah dikorbankan
sekadar mengiyakan
bahawa jalan yang ditempuh ini
butuhkan pengorbanan

pengorbanan harta
bisa saja jadi mudah
 untuk dikorbankan
namun,
bila libat jiwa
perasaan dan hati
pengorbanan itu terkadang amat sukar
difahamkan

* * *
padaku,
pengorbanan itu
antara wasilah
memahamkan MUJAHADAH

benarlah..
MUJAHADAH itu TERAMAT MANIS
bila kita mampu memilikinya..
namun sejujurnya..
AMAT PERIT
tatkala mahu digapai.

tiap insan
ALLAH kurniakan lain cereka
lain derita
lain bahagia
dalam memahamkan
apa itu
MUJAHADAH dan PENGORBANAN
yang sebenarnya

* * *

ALLAH
ku harap mereka yang tidak mengerti
tentang PENGORBANAN dan MUJAHADAH
yang aku fahami..
akan dapat memaafkan aku..
atas apa-apa tempias
yang menyakitkan

seikhlas hati
ku harapkan kemaafan
atas kesakitan
selama kita kenal
maaf kerana acapkali buat kalian
tertanya-tanya..

kalian..
aku sedang mengejar REDHANYA
meskipun entah mana letaknya IKHLAS ku

ALLAH
ampuni aku
usahlah diKAU menafi dan menolak
lakaran sejarah kebenaran
yang Kau izin untukku lakar

* * *

sesungguhnya
lakaranku itu
tak ubah seperti helaian lembaran debu
bila iman ku kata
"imbaulah lakaran sirah Nabawiyyah"

ALLAH..
kerdil dan hinanya aku..

tapi..

ya ALLAH..
KAU tahu
apa yang mudah pada lebah
tak semestinya mudah pada tebuan

ampuni aku ya ALLAH
andai aku masih tidak mengerti
sehingga kini
apanya erti sebuah
PENGORBANAN
apanya erti sebuah
MUJHADAH
yang sepatutnya ku fahami

aku hanya hamba yang diulit berjuta
KELEMAHAN
berjuta
KEJAHILAN!

ya ALLAH..
tetap saja ku mohon
diberi petunjuk
mana yang SEBENAR2 telah ku faham
mana yang SEBENAR2 belum ku mengerti
aku buntu ya ALLAH
kerana
semakin aku cuba memahami sesuatu itu
semakin aku tidak faham tentangnya..

ALLAH
KAU MAHA TAHU
TIAP APA YANG TERSEMBUNYI
TIAP APA YANG TERANG
DAN TIAP APA YANG ADA DI ANTARANYA

ALLAH
ALLAH
ALLAH

kurniakanlah aku CINTAMU

Friday, October 5, 2012

Aku Rela

Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad...wa 'ala alii saiyidina Muhammad



Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran 
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela segala tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta, aku terpaksa

Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…

Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah..
Kerana bimbang suapan harian

Dengan menjual nama Tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya

Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia

Kerana..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga.

Algebra
'aku rela'





Sunday, July 22, 2012

Jawapan Rupanya

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah
Syukurku pada
Rabb Tuhan sekalian alam
ALLAH..

Gambaran dalam mati sebentar
sebenarnya
jawapan tepat dariMu
cuma tatkala itu
ragu masih terpaku..

Kurniakanlah yang terbaik
buat kami
insyaALLAH
segalanya dariMu
dan kerana itu hanya KAU saja
tempatku meminta

Inilah yang terbaik
ku yakini

permudahkanlah
yang tepat buat diri
moga pertemuan itu kelak
bakal merancakkan
langkahan kaki
dalam jalan yang penuh mehnah
insyaALLAH

aku redha.. =')

insyaALLAH~ 


Tuesday, June 19, 2012

Segalanya PadaMu

kami buntu,
duhai ALLAH.

kami lelah
duhai ALLAH.

kami sesak
duhai ALLAH.

1 jalan yang mampu difikirkan
sukar untuk kami laksanakan
kerna hasilnya bisa jadi 2 yang berbeda

andai hasilnya seperti permintaan hati
alhamduliLlah
jika tidak
kami khuatir makin buruk jadinya

sejak mula segala pengharapan
kami rayu padaMU
agar semua ini bakal tamat
kerna lamanya amat panjang
jua menyesakkan

buat kamu2 yang menganggap kami masih kecil
sudah2 lah
sesungguhnya (dengan izin ALLAH) kami lebih matang dari yang kalian sangka
hingga kami sendiri 
tanpa musyawwarah 
bijak menyembunyikan apa yang mahu disembunyikan

ALLAH.
ALLAH..
ALLAH...

kami benar tidak tahu mahu berbuat apa

bantulah kami
tunjukkanlah kami jalan penyelesaiannya
kami amat menyintai mereka
mereka yang telah pun menyayangi kami
seceliknya kami didunia ini
dengan izinMu

kurniakanlah kami keputusan keHIDUPan yang TERBAIK
agar diHIDUPkannya kami sini dan sana
atas redhaMu

amiin ya Rabb



Wednesday, May 9, 2012

Tiada Apa Istimewanya Aku

Bismillahirrahmanirrahim..


ampuni daku Rabbul Jalil
namun aku hanyalah manusia biasa
yang tiada istimewa apa
meski acap ku pujuk hati
.................................
.................................

tidak mengapa
bisa saja ia tarbiyah dariMu
bisa saja ia penghapus dosaku
bisa saja ia sesuatu yang terbaik untukku

KAU Maha Tahu
segalanya tentang aku
tentang tenang gusar hatiku
tentang bahagia berkecamuk kondisiku
segalanya KAU Tahu
kerana KAU penciptaku
...

sumber: Hati yang Hilang Kata2



Friday, March 16, 2012

Aturkanlah Langkah Hidupku

Bismillahirrahmanirrahim,,
Allahummasolli 'ala Muhammad


Seperti biasa...penulisan Ulfah acap gemar muncul disaat sempit.. 

Sesungguhnya Ulfah ingin sangat meng ekspresi ketinggi kesyukuran ulfah pada Rabbul Jalil.. yang tanpa izinNya..ulfah tak akan mengenal apa makna jalan juang itu. Meskipun, tatkala ini..ulfahlah insan yang paling terbawah sekali dan penuh kelemahan serta kekuranagan baik dari segi thaqafah dan tarbiyah diri. Terkadang ulfa  merasakan bahawa, ulfah tidak layak untuk berada di dalam jalan ini. (Abi: hah..ayat orang perempuan..tak layak..tak layak..=))

Penuh dosa..penuh keBODOHan..penuh keKUCAR -kacir dalam mentadbir hidup sendiri. merasakan diri ini terlalu banyak kelompangan yang bukan lompongannya bukan biasa2 tapi sangat dalam. ALLAHUAKBAR!

Namun, masih lagi ulfah amat bersyukur kerana setidak-tidaknya..ALLAH telah memilih ulfah untuk berada dalam jalan ini. Jalan apa? dari tadi asyik kata..jalan--jalan... jalan-jalan = makan angin ke?

Makan angin? Jauh menyimpang.. jalan yang ulfah maksudkan ini..adalah jalan yang penuh menyesakkan hati... akal.. dan acap melelahkan kudrat diri. Tak ramai yang sanggup berada di dalamnya. Ada yang sudah dibentangkan dengan mudah untuk dia turut serta, namun memberi banyak alasan dan musabab untuk tidak turut serta. Ada pula yang melarikan diri dek kerana lelah yang tak sanggup ditanggung lagi. jalan yang mahu mengembalikan kegemilangan islam yang benar di muka bumi ini setelah 88 tahun kegemilangan itu diragut oleh musuh islam yang tidak pernah berhenti memusuhi islam.

masuk kandang kambing, mengembek.. masuk kandang kerbau, menguak..

Entah sesuai atau tidak perumpamaan ulfah dengan senario yang harus difahami oleh semua yang ingin benar mengembalikan kegemilangan islam itu di negara tercinta ini. Ikutlah aliran itu selagi mana aliran itu tidak bercanggah dengan islam itu sendiri. Kita perlu berada dalam aliran itu dan sama sekali tidak harus kita menolaknya kerana ia adalah jalan utama untuk mencapai kegemilangan islam. Ya.. banyak mehnah dan dugaan yang bakal kita hadapi bila berada dalam aliran itu. Bagi bergelar G.S., bertukar sana dan sini tempat periuk nasinya sudah menjadi adat hidup. Namun, pesan mereka yang pernah merasai itu semua. Jadilah diri kita umpama anak benih yang bila dicampak kemana-mana, akan bercambah menjadi pulau .. memberi manfaat dan menyebarkan kalimah yang BENAR!

Apa yang ulfah tulis ini adalah sebagai muhasabah diri ulfah. Yang tak lama lagi bakal menghadapi realiti jalan juang yang sebenar tidak lama lagi. Ya.. ulfah akui dalam hati ada kerisauan buat dri sendiri. Ulfah khuatir apakah diri ini bakal thabat atau sebaliknya? Terngiang ulfah akan kata-kata Abi tempohari..

" Ambil nombor Abi.. 013-_________. Abi nak lepas 5 tahun dari sekarang, telefon Abi dan beritahu Abi apa yang antum semua sedang lakukan. Beritahu abi " Abi, ana sekarang sudah menjadi _______________ ".  dan panjang lagi ayat Abi yang Ulfah tak dapat nak recall sangat.

5 tahun dari sekarang... siapakah ulfah dalam rantaian ini? 

Bagi ulfah, tidak penting 'siapa' ulfah dalam jalan ini. Kerana jawatan atau seangkatan dengannya bukan jadi matlamat. Biarlah kita ini pemandu cabuk sekalipun, asalkan kita terus thabat dalam menyumbangkan keringat  dan tidak takut dengan ancaman manusia yang hanya berLABEL kan islam pada kad pengenalannya. ALLAHUAKBAR!

Banyak bicara benar ulfah pada pos ini. Bicara yang bakal dibalingkan kembali kepada muka ulfah suatu saat nanti. ALLAHURABBI. Moga apa yang ulfah catat ini benar2 buat muhasabah diri dan dengan izinMu jua thabatkanlah ulfah dalam jalan ini. Thabatnya diri ini bukanlah dengan keKOSONGan.. tapi berISI.. kerana dengan ISI yang benar dan mantap..mampu membantu ulfah untuk benar2 menyumbang keringat yang utuh! ATURKANLAH LANGKAH HIDUPku dengan menjadikan DIKAU MATLAMAT YANG BENAR2 KU DAMBAKAN ..DUHAI RABBUL IZZATI.. FAHAMKAN DAKU...IKHLASKAN JIWA RAGAKU... FAQIHKAN AKU ATAS AGAMAKU.. amiinn..ya Rabbal 'Alamiin~ 

Sunday, February 26, 2012

Wahai Purnama

Wahai purnama....
Wahai purnama...
yang indah lagi sempurna..
Bagaimana...
Bagaimana..
nak ku luah dengan kata-kata..



ya ALLAH...
penuhilah jiwaku
dengan cinta dan kerinduan
pada kekasihMu
yang bakal membutakan aku
terhadap cinta dan kerinduanku
pada manusiawi
 andai berputik cinta dan rinduku 
pada seorang insan
maka biarlah waktu itu
segalanya telah halal buat kami
dan cinta serta kerinduan yang lahir
adalah untuk kekasihMu
yang bakal membawa cinta padaMu
jua..

Thursday, February 23, 2012

Praktikum. Itu Bukan Sebabnya!

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad...

ya ALLAH... ya Rahman ..ya Rahim...
sebelum Ulfah nak berceloteh panjang2 atau mungkin pendek (yelah..ambil kesempatan dalam kesempitan ruang menyudahkan RPH).. ni Ulfah nak kongsi sikit zikir yang mudah untuk korang amalkan.. mudahlah sangat... sebab memang korang akan sebutnya setiap kali kalian melaksanakan solat. Walaubagaimanapun, sebenarnya zikir ini ada iramanya yang membantu korang rasa seronok dan membantu 'meresap'kan ia ke dalam benak kepala korang. Begini ye ayat nya..

"ya ALLAH...ya ALLAH..
ya ALLAHU ya RAHMAN..
ya RAHMAN.. ya RAHMAN..
ya RAHMANU ya RAHIM...
ya RAHIM... ya RAHIM..
ya RAHIMU ANTALLAH..
LAA ILAA HA ILLALLAH
MUHAMMADURRASULULLAH~"

kredit to Wan Nur Syumaiyah binti Wan Kamruddin (my ex-classmate in 5 Helphilia in SESERI) who have taught this zikir to us, SESERIAN (or more specific to VIVACIOUS batch).

Wawa kata, siapa yang amalkan zikir..(insyaALLAH dengan ikhlas).. insyaALLAH.. kita akan disayangi oleh makhluk ALLAH... apatah lagi DIA.. ZAT YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.

kredit : Rusydee artz (selamattinggal.blogspot.com)

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

OK. Masuk subtopik yang kedua.
Ni lah subtopik yang mendorong Ulfah dengan kuatnya untuk berceloteh pada malam yang berbahagia ini. (aduyai..ayat...) ok. Ulfah nak nyatakan kat sini, bahawa sebenarnya Ulfah tidak berapa nak gemar bila ada orang kata....

" ...oh,  faham.. kak Eza tengah praktikum.. tak pe..takpe.."
(dan seangkatan dengan ayatnya)

Tak berapa gomar bila orang mengucapkan kata-kata ini apabila mendapati Ulfah tidak dapat memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap kerja yang diberi. (macam nak marah diri sendiri je bunyinya..?) ----> agaklah~

Pos ini tidak bertujuan untuk memberi bayangan bahawa Ulfah ini 'Bagus' atau 'waaaah..' NO! NO! NO!

Tapi mungkin juga untuk MUHASABAH diri Ulfah sendiri..dan dalam masa yang sama mengajak rakan2..sahabat2 dan adik2 yang lain untuk turut menilai diri. Pos Ulfah ini ditujukan BUAT DIRI SENDIRI dan juga kepada mereka2 yang menjadi PENGGERAK SESEBUAH PERSATUAN ISLAM. Tidak kiralah antum semua ni rasa nak kata , "Ana AJK BIASA2 je. Ada tak ada sama, orang tak kisah pun." NO!NO!NO!. (bagi penampar nak! heee~ garang pulak.. --> sebenarnya nak tampar diri sendiri juga tu...)

Ingatlah duhai diri dan yang lain...

Bila kita sudah JELAS DENGAN MATLAMAT HIDUP yang mana REDHA dan RAHMAT ALLAH itu lah tujuan HIDUP kita...  maka MASA..HARTA..DIRI....bukanlah totally KHAS UNTUK DIRI KITA SENDIRI. (walaupun sebenarnya...TIADA APA KITA PUNYA... --> macam lagu Iwan Shah tu..)

herm..

entahlah..

Meskipun, memang diri Ulfah sekarang ni sedang bergelumang dengan RPH.. sampai terkadang tu tak tidur malam sebab hanya MAHU MEMIKIRKAN ."Bagaimanalah nak ajar budak2 ni...(terutama bagi subjek BI) " Bayangkan... pernah Ulfah mula MEMIKIRKAN rancangan pengajaran bermula selepas Asar... tup..tup... habis fikir.. jam 11.20 malam. Tu baru FIKIR.. tang BBM nye... herm.. mungkin Ulfah saja yang menghadapi kes2 ini.. ish2... (inilah akibat OTAK tak berapa nak asah kreatif nye.---> kena beli PENGASAH ni...)

Namun, masih juga Ulfah merasakan perasaan serba salah... apabila tidak dapat membantu dengan sebaiknya dan hanya mampu buat sedaya yang mampu sahaj apabila tugasan berkaitan PGPI diberi. YUP..THANKS FOR BEING UNDERSTANDING FOR ADIK2 WHO REALLY SUPPORTIVE. BUT STILL..

IT IS REALLY NOT OK FOR ME.... for not helping you from start until end. 

Ulfah harap agar perasaan seperti ini akan kekal dalam diri Ulfah agar Ulfah tidak mudah saja mahu merelakan adik2 atau sesiapa saja untuk menjadi seorang yang 'memahami'.  Begitu juga Ulfah harpkan, perkara yang sama buat kamu di luar sana. 

INGAT! PRAKTIKUM BUKAN PENGHALANG ANDA SEMUA UNTUK MENJADI PENGGERAK ISLAM! MALAH...PRAKTIKUM MENJADIKAN JADUAL HIDUP KORANG BERTAMBAH LEBIH TERATUR. INSYAALLAH.. 

* * * * * * * * * *  * * * * ** * * * *** * * * *** 

Dan nak tulis juga... 

I LOVE SK SEBERANG BATU HAMPAR!!!!

Lovely school~
Lovely pupils~
Lovely teachers~
Lovely cleaner~
Lovely kakak2 kantin~
Lovely trees~
Lovely environment~
and so many lovely things that i've found here.
ALHAMDULILLAH~

dan yang paling penting ... Ulfah akan sentiasa diingatkan perihal KEMATIAN setiap kali Ulfah sampai dan pulang dari sekolah... kerana.. jalan kecil sebelum masuk ke perkarangan sekolah terdapat kawasan PERKUBURAN. (terlupa juga kadang2 tu yang ada kubur kat sebelah...yelah dok PECUT je setiap pagi) ok sampai sini saja. Kena tengok RPH balik... Apa yang baik..jadikan pengajaran..apa yang tak baik ..jadikan sempadan... (aduyai..berbahasa pula...yelah...ada rakan praktikum yang ajar subjek Bahasa Melayu..terjangkit kesusasteraannya sikit...) ok.... 

wallahu'alam
assalamualaikum..

macam nak belajar melukis je dgn Pakcik Rusydee ni... jealous bangat bila dapat melukiskan sesuatu yang memberi manfaat  kepada orang lain.


Wednesday, January 25, 2012

Bila Lagi?

Bismillahirrahmanirrahim...

AlhamduliLlah.... alhamduliLlah...alhamduliLlah...
Allahummasolli 'ala Muhammad! (jom selawat sama2 ^__^)

OK. Jam sudah menunjukkan mampir 2 pagi dan Ulfah pula sedang menaip di dalam keHIDUPan.. memang x patut! Tapi masa2 macam ni lah kadang2 idea nak menulis tu mencurah2... agaknya 'musuh' mahu Ulfah tidur lambat! Ok xpe ..sekejap je.. ye la tu..

Yup, seperti ayat Ulfah yang biasa2 ditulis disini... 'BANYAK PERKARA YANG BERLAKU..' mestilah..kalau x berlaku apa2 maksudnya aku dalam keadaan koma dalam beberapa hari ini...

Firstly, i want to say that i already bought two books from steven r convey! (at last!) walaupun sebenarnya tak patut ada bunyi macam 'WOW' sebab Ulfah terang2an dah ketinggalan keretapi.. tapi tak pe.. at least buku itu sudah menjadi milikku..Pembelian buku melalui rentetan wall post Ulfah yang diberi respon positif oleh para guru, professor Zaibo dan beberapa orang teman dan sahabat dalam menguatkan semangat Ulfah untuk minta 'sponsor' dari mak untuk memiliki buku tersebut. Terima kasih mak! SAYANG MAK! syuuhhhh..[harap Ulfah dapatlah habis membacanya.... buku2 lain terasa sedang merenung tajam akan diri Ulfah!] Good to digest their thought in Islam perspective. Don't judge book by its cover..:) etc. thanks for push me! 

Hope will get something to be share.. insyaALLAH~
*******************************************************
Secondly.. i hope can do the BEST for what did i get few days ago. Really afraid to handle this responsibility as i'm actually is not the right person to manage it.. it is due to the LasT REquIRement needed to be the BEST and suiTabLe person indeed! Moga dipelihara HATI & IKHLASku kuat2...

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *  *

dan..

the moST poPular theme of events that happened to me in this early 2012 is about.....

siapa nak teka? PEJAM MATA TERUS DAN TEKA!!






















the thEMe is.....
"Bila lagi?"

[you get it or not?? "v__v ]


ok..i understand that people around me are very-bery-da-exicted to know who is my Mr Right. which i really do not know..when 'he' will come in my kHIDUPan.. 

berSABARlah ye... duhai anda sekalian. JANGAN BUAT HATIKU yang TENANG jadi TAK TENTU HALA... tenang sangat la tu.

Sesungguhnya apa yang kalian impikan untuk melihat diriku dipimpin seorang IMAM yang (insyaALLAH) akan menemani hidupku dunia akhirat (insyaALLAH..amiin) bukanlah satu perkara yang mudah. Terlalu banyak kekurangan dalam diri Ulfah yang perlu Ulfah baiki. Tpi bukanlah bermakna Ulfah mahu tunggu diri jadi PERFECT baru nak fikir semua itu.. sebab hakikatnya tiada yang P.E.R.F.E.C.T!

Cuma JODOH ulfah, belum ALLAH zahirkan lagi..insyaALLAH..andai sudah dizahirkan-Nya, insyaALLAH.. akan Ulfah heBOHkan! hee..=)

Di kesempatan ini Ulfah mahu menyatakan bahawa perkahwinan itu bukan suatu yang INDAH bahkan bakal menjadi DURI dalam keHIDUPan andai MATLAMATnya sejak dari awal tidak jelas dan tidak seHALA antara pasangan tersebut. dah nak mula berleterlah ni ye cik ulfah.. (insyaALLAH) Ulfah JELAS dengan apa yang dinyatakan. 

Ulfah rasa tak nak sambung ayat diatas lah.. bimbang diuji dgn kata2 sendiri. namun, diharapkan agar dapat membuatkan kamu2 terFIKIR. 

moga MATLAMAT HIDUP yang ada
sentiasa disemat hingga hujung nyawa
seia seHALA dengan dia
yang bakal KAU temukan
entah diSINI atau diSANA

bimbangku akan hari pertemuan itu

bimbangku pada keHILANGan
sebuah hati yang mahu
belajar mencintaiMU

bimbangku pada kePUDARan
sebuah ikhlas dalam 
meraih redhaMU
ikhlas yang entah ada atau tidak
saat ini

moga saling melengkapi
walaupun hakikatnya
tiada apa yang bakal LENGKAP
walaupun langit dan bumi
bersatu

kelak
moga tiada SIRNA
pada janji setia kami
dalam jalan berliku duniawi
meskipun tahu
tiadalah apa nilainya diri hina ini
dalam rantaian mata hati
yang saling mengikat keranaMU
ya Ilahi

pada yang tidak mengerti
seribu kemaafan
apabila gagalku menjadi asbab
untuk dimengerti
apabila mungkin ada hati
yang tercalar perit
walau atau tanpa ku sedari

wallahu'alam.

p/s: ok... zzZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ (assalamualaikum~ peace NO WAR!)


Thursday, December 22, 2011

Duhai MUKHLISIN..MARALAH KEHADAPAN!

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahummasolli'alaMuhammad...
AlhamduliLlah.... sebelum tidur... Ulfah nak conteng2 sikit dalam keHIDUPan..

[1st sekali... best x lagu tema terbaru dalam keHIDUPan... tajuknya..'Jalan Masih Panjang' dan 'Masa Muda' ..kedua2nya dinyanyikan oleh edcoustic.. Ulfah suka lirik dan melodinya... bagi Ulfah..bermakna..]

2nd..

Tadi Ulfah diberitakan YB kesayangan kita muncul dalam tv3. Tapi, masa Ulfah buka..tup..tup.. sudah habis.. Tak sempat Ulfah nak dengar apa yang beliau perkatakan.

Ulfah tidak pandai mahu mengulas apa yang sedang berlaku sekarang ini.
Namun, bagi Ulfah..pada setiap kejadian yang berlaku pasti ada iktibar dan hikmahnya.
Samada ianya untuk kumpulan mahupun perseorangan.

Apa yang Ulfah harapkan, moga hidayah ALLAH itu tidak pernah putus untuk hamba2Nya yang ikhlas dalam menjadi mata rantai penegak agama kebenaran yang mulia, ISLAM.

Duhai mukhlisin, dimanakah kalian?

ISLAM itu tidak mengenal warna kulit, bangsa, keturunan,kasta atau apa jua yang menjadikan seseorang itu dikatakan berbeda dari satu sama lain.

Kepada yang sudah tertera dalam ic nya sebagai seorang muslim.. moga bukanlah sekadar pada ic saja. Masalah umat ISLAM pada zaman ini sebenarnya bukanlah terletak pada ilmu semata-mata, namun perkara yang paling pokok ialah PENGHAYATAN sebagai seorang muslim. [ Ulfah mengulangi kata2 ustaz Ahmad Badri Abdullah sebentar tadi -dalam e-usrah ::maafkan Ulfah kalau ada tersalah ingat ayat beliau secara tepat::]

Kalau nak dikatakan sukar untuk mendapatkan input dan penambahan ilmu agama.. agak nonsense  berikutan [alhamduliLlah] sudah banyak rangkaian atau saluran yang bertebaran luas dalam menyebarkan Islam itu sendiri.

Lainlah mereka yang tidak terdedah langsung dengan apa2 berikutan terputus hubungan dengan masyarakat luar yang mana mereka sendiri mahu mengasingkan diri. [moga para daie luar sana dapat mencari dan mendekati mereka...insyaALLAH...amiin..]

herm..

Muhasabah diri..

Apakah kita mngira bahawa dunia ini masih akan 'berada' lama? Aduhai..

Sudah2lah KORUPSI! sudah2lah kepelbagaian '-isme'..

Buat yang diATAS..
Tidak salah andai KALIAN mengaku kesalahan kalian SEKARANG berbanding pengakuan di 'sana' kelak.
Andai ada terGELINCIR..CEPAT2LAH KEMBALI... Bak kata lagu 'Jalan Masih Panjang'...

"...jalan hidup takkan pernah lurus..
pasti ada salah
lewati segalanya
ooo...
tapi Tuhan tak pernah berhenti..
membuka JENDELA MAAF UNTUK KITA...."

Kalian diatas..andai mementingkan keEGOan dan "AKU BETUL"
Agak2nya..lambatlah kemenangan itu tiba.. KEMENANGAN yang telah ALLAH janjikan..
Cubalah jernihkan kembali hati dan fikiran kalian seperti mana mula2 kalian berada di dalam jalan ini. Kalian HEBAT! berpengaruh.. Ulfah rayu... JANGANLAH MENAMBAHKAN DURI DALAM JALAN INI. INGATILAH Nabi junjungan yang kita CINTAI... NABI MUHAMMAD SAW yang telah meninggalkan ISLAM ini dalam CAHAYA YANG BERGEMERLAPAN DIBUMI ALLAH ini.. CAHAYA yang menerangi insan tanpa mengenal erti PERBEDAAN..

Buat kita yang dibawah ini.
Berpegang teguhlah atas jalan kebenaran yang sedang kita genggam didalam hati.
Ingatan buat diri Ulfah juga sebenarnya..
Semakin mnghampiri penamat dunia [yang hanya ALLAH saja tahu bila]..semakin banyaklah das2 tembakan yang mahu memBUTAkan kita!

kembalilah kepada al-Quran dan hadis yang tlah ditinggalkan oleh HabibaLlah..

INGATAN UNTUK ULFAH JUGA! ALLAHUAKBAR!

Setakat ini saja yang Ulfah mahu catatkan dalam keHIDUPan yang sementara ini.

Mungkinkah dapat Ulfah membaca segala catatan ini disana?

wallahu'alam..

NOTA: Jalan masih panjang..terbentang dihadapan... ALLAHUAKBAR! JanjiMu pasti akan tiba nanti! KAMI percaya! Duhai mukhlisin..MARAlah kalian keHADAPAN! 



Thursday, December 15, 2011

ya Rabbi bimbinglah kami

Bismillahirrahmanirrahim..

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan.

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan2nya
terangilah dgn cahyaMu
yg tiada pernah padam
ya Rabbi bimbinglah kami

lapangkanlah dada kami
dgn karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dgn makrifatMu
matikan dgn syahid dijalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

"Kak, umur akak berapa?"
"Umur masyitah?"
"20. Akak?"
"Hee..akak 23"
"Eee...x caye lah"
"La..betul lah..."

Dialog popular, yang sekali lagi Ulfah alami semasa kem belia yang baru Ulfah pergi baru-baru ini. Kenyataan atau anggapan yang Ulfah ambil untuk dialog yang entah kali keberapa Ulfah dengar ini ialah "Yup, aku 'lambat' untuk berada disini".

Aku tersenyum dalam menerima sendiri kenyataan ini. 

Sebenarnya, itu adalah anggapan dari diriku sendiri yang bukannya datang dari kawan2 yang turut serta ke kem tersebut. Apa pun aku tak kisah. Bahkan aku SANGAT BERSYUKUR, walaupun aku ketinggalan dalam jarak yang agak panjang terutama dari segi tarbiyah yang sepatutnya ada dalam diri...aku GEMBIRA dan AMAT BERSYUKUR kerana aku telah dipilih untuk berada didalamnya. 

Secara terus-terang, ada sedikit keresahan untuk Ulfah menghadiri kem ini. Sebabnya Ulfah merasakan diri ini sebenarnya TIDAK LAYAK untuk berada didalamnya. Siapalah ulfah kalau nak dibandingkan orang yang hebat2 yang turut serta menyertai kem ini. Namun, ulfah gagahkan diri dan kuatkan tekad untuk menyertainya. Ulfah niatkan dalam hati bahawa "AKU LEMAH.AKU SERBA KEKURANGAN. AKU HARUS PERGI. DISANA LAH AKU HARUS CARI TARBIYAH ITU."

TARBIYAH itu penting! [walaupun secara peribadinya seandainya diminta untuk Ulfah jelaskan satu persatu erti tarbiyah serta pnjelasan yang tepat, bakal menjadikan lidah Ulfah terkedu]

ALHAMDULILLAH. KEPIMPINAN. PENGORBANAN. UKHUWAH. KETELITIAN. MERINDUI.

Inilah perkataan yang bakalku sebut seandainya nikmat untuk berkata itu tidak ditarik pada sesi refleksi hari terakhir selain perkataan SPEECHLESS yang telah dikeluarkan sendiri oleh Tuan Wak. =). 

Yang paling pastinya apa yang aku dapat rasakan terutama selepas slot sebelum subuh pada hari terakhir itu ialah rasa BERSIH atau lebih tepat maksudku ialah aku seperti baru saja dicuci dengan klorox. Seperti berlakunya pembersihan jiwa yang tidak dapat ku ungkapkan dengan kata. Benar2 mengisafkan. Batuk Ulfah ketika itu sudah sampai tahap mahu muntah apabila kebenaran dihenyak2 kedalam jiwa Ulfah. Kerinduan yang tidak layak untuk Ulfah lafazkan juga menerjah tatkala itu. Syukran cikgu2!

Sebelum pergi kem ini [seperti yang dinyatakan tadi] Ulfah memang tahu yang ulfah ini serba kekurangan. Selepas kem ini juga, ulfah tetap merasakan diri Ulfah ini manusia yang lemah dan bertambah-tambah lagi kekurangannya. Walaubagimanapun, pertambahan perasaan kekurangan itu adalah beserta dengan semangat dan jalan dalam membaiki diri demi matlamatku dihidupkan didunia ini. Demi melihat yang BENAR itu ditegakkan. 

Ampuni diriku ya ALLAH...
Ampuni diriku ya Rahman..
Ampuni diriku ya Rahim..

Untuk cikgu-cikgu dan tuan2 yang menjadi urusetia kem kali ini... TERIMA KASIH ulfah ucapkan kerana telah membantu ulfah untuk memantapkan diri yang serba lemah ini. MOHON MAAF seandainya diri ulfah ini tidak termasuk ke dalam kelompok yang berjaya dalam melepasi tahap yang kalian semua letakkan. MAAF. Ulfah sudah cuba buat yang terbaik..namun, tetap banyak kali juga ulfah gagal.

Terlalu banyak kenangan yang tidak dapat ulfah lupakan... berGERAK di celahan batu-batu... meredah kesejukan air..hadiah keCINTAan buat anak yatim.. berLARI menerjah bas...lompat BiNTANG yang tidak disukai selama ini [walaupun ada minor PJ], kekejangan berLARI2, titisan air lilin yang sejuk dan bermacam lagi... TERUS TERANG.dalam hati rasa MAHU PERGI LAGI kerana merindui semua itu yang sebenarnya sedang mendidik diri ulfah. terlalu banyak pengajaran yang ulfah dapat dari kem ini.  TERIMA KASIH YA ALLAH.. OK. Memandangkan waktu ZOHOR sudah masuk... ulfah berhenti sampai disini saja..

sekali lagi ulfah nak menyatakan bahawa ulfah amat MERINDUI kem tersebut. moga ulfah dan rakan2 yang telah menyertainya dapat mengambil segala pengajaran yang diperoleh disana sebaiknya. Nampaknya Ulfah kena berSENAM 3kali seminggu lah nampaknya...GO! GO! ULFAH! GO! GO! EZA! [insyaALLAH]

allahu'alam..

Monday, November 14, 2011

Pesanan Buat Diri #1

Bismillahirrahmanirrahim...

Pesanan ringkas buat diriku jua dirimu teman....


Andai kau menyayangi seseorang..
sayangilah dgn mengingati
bahwa dia akan pergi
meninggalkanmu sendiri
suatu saat nanti

Jangan kau tinggalkan seseorang
yg pernah kau sayangi
secara tiba-tiba
tanpa sebarang penjelasan yang jelas
atas asbab tindakanmu itu
kerana tindakanmu itu
bisa MEROBEK hatinya
walau setelah itu
senyuman kau lihat
masih mampu terhias pada wajahnya

Percayalah
andai hatinya kau rasai
nescaya kau juga bakal tak tertanggung
kepedihan..kesedihan..kepiluan
dirinya..

Ingatlah duhai diri...

aku hanya hamba hina..

Wednesday, November 2, 2011

berFIKIRlah


Bismillahirrahmanirrahim.

AlhamduliLlah..  Selamat semuanya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Perjuangan.
Apa itu perjuangan? Perjuangan bagaimana yang 'mereka' sibukkan? Bagaimana pula aku mahu turut serta dalam 'perjuangan' itu? Apa matlamat 'perjuangan' itu?

F.I.K.I.R
Itulah antara soalan yang pernah ku lontarkan dalam diari bertaip di LA suatu ketika dulu sekitar tahun 2008 atau 2009. Soalan-soalan ini terlintas tatkala diri terFIKIR menerusi lagu-lagu perjuangan yang wujud dan pernah ku dengari. Bukan setakat lagu, malahan terdapat juga banyak blog-blog peribadi dan umum yang melontarkan semangat dan keazaman 'mereka' untuk ber'juang'. Semua ini antara penyebab aku menjadi tertanya-tanya walhal pada FIKIRku sendiri seperti sudah ada jawapan. Namun ianya adalah jawapan yang tiada sokongan pautan untuk membenarkan ia. 

PERJUANGAN.

Sekali lagi aku lontarkan perkataan itu tanpa sebarang muntahan pendapat dariku sendiri. Aku mahu tanya kalian. Apa MAKNA PERJUANGAN pada diri kalian? (andai ada yang membaca penulisanku yang entah apa2 ini). Apa yang kalian mahu PERJUANGkan dalam hidup kalian di muka bumi ini? Apa MATLAMAT PERJUANGAN kalian?

Cukup 3 soalan itu ku ajukan pada kalian juga dalam masa yang sama kepada diriku sendiri.

"Aezza, kenapa awak tak tulis matlamat hidup awak?" soal seorang kakak kepadaku dalam sebuah program yang pernah ku sertai dalam tahun 2010.

Pada mulanya aku hanya tersenyum.

"Aezza, awak memang tak ada matlamat hidup ke? Kenapa tak tulis?"

Wajahku sedikit berubah dan semakin berubah-ubah suasana hatiku sendiri meskipun airmukaku cuba untuk dimaniskan. Namun, setelah digasak airmataku degil juga mahu keluar.

"Maaf, mungkin saya terlupa nak tulis."
"Terlupa? Macam mana boleh terlupa? Bukankah MATLAMAT HIDUP itu suatu benda yang penting! Atau memang awak tiada MATLAMAT HIDUP!?"

Uish, berdesing telinga dan hati aku. Bertambah berjujuranlah airmata bak sungai yang mengalir deras.

Akhirnya keluar beberapa ayat yang berada jauh disudut hati. Pastinya MATLAMAT HIDUP itu suatu perkara yang PENTING dalam setiap diri insan. Masakan soalan yang teratas dan sepatutnya aku boleh jawab ditinggalkan?

"Kak, saya bukan tiada matlamat hidup. Sebenar dan sejujurnya matlamat hidup saya adalah untuk mendapat REDHA ALLAH. Namun, saya takut untuk menyatakannya kerana takut perbuatan dan akhlak saya tidak menggambarkan matlamat saya."

"Kenapa awak sanggup meneggelamkan MATLAMAT HIDUP yang sepatutnya menjadi MATLAMAT buat setiap MUSLIM kerana sebab itu? Kenapa tidak awak berUSAHA untuk mencapai MATLAMAT awak tu?"

"Saya takut saya salah."

"Takut salah? Peliklah awak ni. Awak tak salah andai benar MATLAMAT AWAK adalah untuk mencapai REDHA ALLAH. MATLAMAT awak itu sendiri akan memimpin awak berada pada jalan untuk sampai kepadanya andai awak benar-benar IKHLAS menyata dan meletakkanya sebagai MATLAMAT HIDUP awak. Redah jer! Percayalah pada ALLAH andai DIA matlamat awak. DOA. Minta ALLAH tunjukkan jalan yang BENAR dan TEPAT untuk awak capai REDHA-NYA"

Perjuangan untuk MARDHATILLAH!

Bagi saya inilah perjuangan yang perlu ada dalam diri setiap MUSLIM. Bagaimana caranya? YA..Jalannya PELBAGAI. Terpulang pada kita untuk memilihnya. Namun, POHONLAH pada ALLAH.. agar diTUNJUKkan JALAN yang TEPAT untuk kita capai kerana saya pasti jalan yang TEPAT itulah jalan yang TERBAIK untuk kita sampai kepada-Nya. ANDAI DIRI MERASAKAN TERLALU BANYAK JALAN UNTUK DIPILIH PADA PANDANGAN MATA, MAKA TELITILAH SEBAIKNYA JALAN2 TERSEBUT SATU DEMI SATU AGAR KITA (dengan izin ALLAH) TEMUI JALAN YANG TERBAIK ITU. TELUSURILAH SIRAH RASULLULLAH SAW dengan baik dan antara yang penting..KAJI DAN FAHAMILAH TENTANG KESYUMULAN ISLAM ITU SENDIRI.
insyaALLAH.. moga ALLAH beri hidayah (petunjuk)Nya kepada orang2 yang benar2 berusaha mahu tahu JALAN yang SEBAIKnya. [Ku seru diri dan juga teman serta sahabat yang sudi membaca coretan hamba yang hina ini.]

p/s: ku tak mahu yang membaca ini percaya apa yang kutulis. Namun, ku amat harapkan kalian untuk berfikir dan berFIKIR tentang apa yang aku cuba mahu sampaikan. Moga ALLAH permudahkan apa yang mahu kusampaikan kepada kalian. FIKIRLah sebaiknya. JANGAN BERHENTI DARIPADA BERFIKIR.


Sunday, October 16, 2011

Menjemput Bidadari?

Bismillahirrahmanirrahim


Bila yakin telah tiba
Teguh di dalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Di penantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu ketemukan aku
Ya Ilahi Rabbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku di langkah ini
Di pencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Untuk bersama menuju Mu mengisi hari

Kini yakin telah tiba
Teguh di dalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun ke bumi terpisah jarak waktu
Di penantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Bidadari telah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari telah menyapa jiwa
Memberikan makna

Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu ketemukan aku
Ya Ilahi Rabbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku di langkah ini
Di pencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Untuk sama menuju Mu, mengisi hari
Mengisi hari..






* * * * *  * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * * * * * ** * * *
Mungkin tidak patutku
menitiskan airmata
tatkala jiwa mendengar
lagu ini

Namun airmata
yang gugur ini
adalah kerna mengenangkan
diri..

diriku
adakah mampu menjadi
BIDADARI
yang bisa peroleh
redha imamnya nanti?
agar akhirnya
dapatku
menatap wajahMu
ya Ilahi..

aku hamba hina
aku hamba penuh dosa
aku hamba serba kekurangan

bisakah diri
menjadikan ISLAM itu
yang pertama
melebihi imamku kelak?

bisakah aku meletakkan
diriMu
sebagai cinta abadi
TERATAS
dan tiada satu pun
yang layak untuk dinobatkan
walaupun dengan angka dua
setelah ku jumpai dia
imamku

ya ALLAH
tutupkanlah hatiku seeratnya
sehingga benar
Kau pertemukan aku dengan
dia..imamku yang benar

andai telah berjumpa dengan
dia
maka janganlah pula
kecintaanku pada dia
menjangkaui
kecintaanku kepadaMu
yang cuba ku semai
dalam seluruh hidup dan jiwaku

makbulkanlah
ya ALLAH
ya RABBI

...



Thursday, October 13, 2011

Mukabuku vs Tahajud

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya ALLAH... sedapnya VICO + Quaker Oatmeal yang sedang ku santap waktu ini. Dengan izinMu jua, dapatlah rezeki yang Kau kurniakan itu memenuhi sedikit sebanyak ruang perut yang tidak berapa selesa keadaannya diwaktu ini. Alhamdulillah...

Rindu untuk berceloteh disini. Moga celoteh yang memberi manfaat kembali buat diriku.

Fokus kerja menaipku tatkala ini adalah tertumpu kepada sebuah wall post yang pernah ku letak diwall ku sendiri.(semestinya wall FB maksudku). Sila tengok di bawah ye.. Yokie Emoticons 40

S0alan cepumas untk semua. Apa yg tlintas dlm fikiran kalian apabila celik saja 
mata dr tidur? Fikir2kan.. Pilihan jwpn bkal menyusul. [via Celcom SMS]

Tidak mendapat respon dari ramai manusia. Tidak mengapa. Sekurang-kurangnya ada yang menjawab, "mati" dan tidak kurang juga, "lapar..nak makan..". =D. (budak yang bagi respon "lapar" tu suka bagi jawapan mengade.. tunggulah...kena cepuk bila balik rumah nanti... we'll see...~ =P)


Kenapa rasanya saya menulis dan bertanyakan soalan seperti itu? 

KENAPA ek???
(fikir jap...... )

 Onion Head Emoticons 30

Onion Head Emoticons 24

Tulisan ku ini telah didorong melalui pemerhatian dan sembang-sembang 'berisi' dengan adik usrahku. (berisi sangat lah tu..) Tentang apa? Lebih sesuaiku berikan tajuk "Mukabuku vs Tahajjud". Sebelumku meneruskan penulisanku, mohon maaf andai ada yang bakal terguris dengan penulisanku kali ini. Sesungguhnya, apa yang ingin ku coretkan adalah untuk peringatan kita bersama. Aku juga insan yang mudah lupa dan melalui penulisan inilah ku ingatkan kembali diriku.

Aku tahu, aku ini bukanlah bagus mana pun. TERLALU BANYAK KEKURANGAN!! TERLALU BANYAK DOSA YANG MENGGUNUNG TINGGI PADA BAHUKU. Sehinggakan aku sendiri malu untuk melihat wajahku sendiri. 

Walaubagaimanapun, amatlah memBARA..dan lebih juga kepada terTANYA-TANYA dibenak akalku (melalui apa yang pernah ku lihat dan dengar sebelum ini) apabila ada manusia yang tersedarnya dia dari tidur..maka LAPTOP menjadi arah tuju pertama. 

Apa yang menjadi lagi kejutan ialah.. MUKABUKU adalah klik utama yang pasti dilawatinya sesedarnya dia dari tidur. (terus terang aku katakan.. seperti rasanya mahu tutup saja akaun MUKABUKU sendiri bila dengar cerita ini)

Tidakkah kita mahu bersyukur?

Ya.. pelbagai cara atau metod boleh kita lakukan dalam menunjukkan rasa kesyukuran kita. Antara yang utama menyebut "ALHAMDULILLAH". Tapi bukankah rasa kesyukuran itu jelas terpancar apabila kita sebagai hamba ALLAH, terus teringat DIA sedari kita dari mati sementara yakni tidur. 

MAHA SUCI ALLAH... sedari dari tidur seorang hamba itu melafazkan alhamdulillah... terus bangkit dari pembaringan yang begitu menggoda dan menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu' bagi menundukkan jiwa kepada MAHA PENCIPTA, ALLAH Azza Wa Jalla. MasyaALLAH.

Marilah sama-sama kita ingatkan diri kita.

"Kenapa aku tidak boleh membaca al-Quran apatah lagi bertahajjud sedari aku dari lena?"
"Aku ni GILA ke? Boleh mengangkat serta mengagung2kan HADIAH dan PEMBERIAN melebihi dari PEMBERInya?"
"Apakah aku tidak bersyukur untuk setiap hirup nafas yang ku ambil secara percuma tanpa melalui sebarang TOL dari DIA?"
"Lama sangat ke aku nak solat tahajud 2 rakaat tu berbanding berjam2 aku menghadap laptop?"

[dan banyak lagi persoalan yang kurasa kawan2, teman2 dan sahabat2 boleh fikirkan...]

Mungkn saja ada yang berkata atau terdetik dalam hati, "aku buka FB bukan buat perkara2 yang tak elok. aku baca artikel dan cari bahan2 ilmiah..Islami..yang dapat dikongsi bersama2. Tak kan salah kot?"

Soalanku..

ADAKAH KATA2 DARI MANUSIA ITU (artikel, blog,video etc) LEBIH MULIA DAN LAYAK DIDAHULUKAN BERBANDING KALAMULLAH????

maaf andai aku diarasakan kasar dengan pertanyaan tesebut.
Tapi itulah yang mahu ku lontarkan kepada kamu2 yang aku sayangi.

Aku tidak mengatakan bahawa melihat FB atau laptop setelah bangun dari tidur itu satu dosa.. (siapalah aku untuk menyatakan dosa dan pahala.. aku hanya hamba ALLAH yang hina) Namun, seperti yang telah ku nyatakan diatas..

JADILAH KITA DALAM GOLONGAN HAMBANYA YANG SENTIASA BERSYUKUR.

Sedangkan nabi Muhammad saw yang 200% gerenti masuk SYURGA, bengkak kedua belah kaki baginda; kesan dari baginda yang sentiasa bangun malam untuk sujud menyembah dan merendahkan jiwa kepada ALLAH Tuhan sekalian 'alam. Ingatlah kalimah INDAH yang dituturkan oleh baginda saw apabila ditanya mengapa baginda bersusah payah untuk bangun malam.. bersabda baginda dengan maksudnya:
“Tidak bolehkah aku menjadi hamba yang bersyukur kepada Tuhanku?”
Sekadar disini saja nukilan dari bicara hatiku. Sekali lagi ingin ku katakan bahawa apa yang kutulis ini adalah sebahagiannya untuk menjadi metod muhasabah diri. Hal ini kerana aku hanyalah insan yang penuh dosa yang terlalu berat untukku pikul. Wallahu'alam.

Segalanya datang dari PENA DIA (ALLAH) buatku jua buatmu...teman...sahabat... adik2ku
 

Tuesday, October 4, 2011

Buat Sahabat Yang Dirindui




Alihkan matamu ke arah laut
Airnya cantik memburu dan penuh ketenangan
Namun hanya ALLAH sahaja yang tahu
Rahsia di dalamnya

Begitulah kehidupan manusia
Riang...Ketawa..
Tetapi hanya ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya

Jika kau kecewa wahai sahabat
Pandanglah ke sungai
Airnya tetap mengalir
Biar Berjuta batu menghalang

Jika kau bersedih sahabatku
Pandanglah ke langit
kau akan sedar
bahawa ALLAH
sentiasa bersamamu
mengiringi setiap langkahmu
menyusuli setiap doamu

meskipun hatiku
lukanya masih dalam
namun doaku masih yang terbaik
untukmu sentiasa
insyaALLAH





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.