Bismillahirrahmanirrahim..
ALlahumma solli 'ala saiyidina Muhammad
alhamduliLlah..
hari ni sudah masuk 2 minggu aku bergelar pengganggur kehormat~ (kehormat sangat la kan..~ v_v")
harap jawatan ni hanya sementara.. amiin ya Rabb.
cuti pada kali ini memang mempunyai rasa yang lain.
walhal, sudah biasa dengan tempoh sebegini bagi mahasiswa pendidik dari institut latihan bercuti dikala anak-anak sekolah juga turut bercuti.
lainnya adalah kerana aku mengetahui bahawa cuti ku ini bukanlah akan berakhir pada awal Januari, tapi lebih lama daripada tempoh yang biasa. (harap tak berpanjangan..)
minggu pertama bercuti sebagai mahasiswa yang telah tamat program pembelajaran 5 1/2 tahunnya, memang agak terkapai-kapai juga. terkapai-kapai dengan minda yang berlegar..
"Apa yang aku nak buat?"
"Adui, kenapa pula ada negeri Sabah kat alamat lama dalam e-vetting aku?"
"ya ALLAH, awat pula 'Tiada pendaftaran id bagi 8805--------" dalam borang spp aku?"
"mana aku nak letak barang-barang 5 1/2 tahun kat rumah ni?"
"nak masak apa ni?" ---> yang ni kurang sikit la fikirnye~~ ^_^
dan macam-macam lagi lah..
memang buat aku agak serabut!
HOBI makin MENJADI-JADI!
alhamdulillah
ALLAH beri ku jalan untuk keluar dari keserabutan ni..
hari Isnin baru ni... ~nada dering "Open Your Eyes"~ ---> masuk mesej la maksudnya!
Shafiqah mesej..
"free x esok sampai khamis ni.?"
(^_^) alhamdulillah~ ALLAH buka jalan... untukku fikirkan pula "Apa yang HARUS aku buat?!"
ALLAHU ALLAH!
seronoknya..dapat jadi fasi program untuk budak2 sekolah lagi!
Tiba2 teringat..kali pertama aku menjadi fasi! Masa tu aku diajak seorang sahabat yang menjadi sahabat hatiku kini. Alhamdulillah..pertama kali jadi fasi terus dapat jadi fasi kepada program yang dikendalikan oleh figur yang aku mulai kagumi ketika itu. Dapat jumpa terus dua sosok pasangan suami isteri yang makin hari makin giat dengan jalan dakwah mereka. Kehadiran puteri cinta hati mereka, tidak sesekali menghentikan langkahan kaki mereka. jadi inspirasi buat aku.
TQ Allah.. tq sahabat hati yang berkenaan.
Alhamdulillah.... sudah terisi jugak kalendar ku untuk cuti pada kali ini.
walaubagaimanapun, anak perempuan tetap perempuan. (apakah maksud tu?? ^_^)
se'GILA' mana pun aku mahu dan 'harus' mengisi masa cuti yang ada dengan pelbagai program samada aku menjadi penggerak mahupun jadi peserta, TETAP hati mak dan abah perlu diambil peduli.
(walaupun,boleh aja ku teruskan dengan memegang sikap degil ku. tapi, ALLAH... memang aku tidak patut berbuat begitu)
Inilah antara cabaran yang perlu aku bijak tangani.
Ingat Eza...
sekuat manapun kau nak bantu jalan ini... hati mak abah perlu juga kau jaga.
teringat pula kata-kata seorang figur dakwah ni( tak pasti yang mana satu-LUPA!) bilamana berkongsi tips untuk kita terus bergerak tanpa atau mengurangkan ke'terasa'an mak abah kita dalam merelakan kita mensibukkan diri dengan apa2 yang harus kita lakukan. yang paling utama ialah..
"Jadilah anak perempuan yang menyenangkan mak abah di rumah. Antaranya ialah dengan kita buat kerja rumah dengan sehabis baik. sehingga mak abah rasa sedih (nak guna perkataan 'bersalah' macam tak patut je!) untuk tidak membenarkan kita bergerak."
ALLAHU ALLAH..
Tiba-tiba lagi terfikir..
Itulah pentingnya untuk muslimah yang benar2 mahu bergerak memiliki suami yang memahami dan punya matlamat hidup yang sama! Malah suaminya pula menjadi penguat untuk dia terus bergerak!
IKHLAS semata-mata kerana ALLAH itu penting!
(perkara yang sentiasa Ulfah ulang dan ulang dalam diri. Entah dah ada atau belum...atau samar-samar lagi..ALlahu'alam. memang semut hitam betul lah! :))
takut...bimbang sangat!
Kita beriya-iya ke sana-sini..tapi nilaian pada ALLAH ibarat debu yang berterbangan! bagai debu kerana niat di hati mula berbelok-belok..ALLAHU ALLAH...
ALLAHUAKBAR!
Truly,
memang tak sabar mahu masuk ke alam pekerjaan.
tak sabar nak rasai CABARAN sebenar untukku melihat siapakah diriku yang sebenarnya?
sejauh mana mampu kaki ku melangkah? ALLAHUAKBAR!
(sangat menakutkan sebenarnya!)
sampai sini saja karanganku.
selamat berpuasa asyura pada yang berpuasa.
ingat! 10 Muharram nya esok... nak puasa esok... perlulah dibawa sekali pasangannya! tak harini...hari Ahad, ok! jangan ikut yahudi laknatuLlah! (ganas bunyinya..tapi bagiku itulah selayaknya gelaran bagi mereka yang menzhalimi manusia lebih daripada BINATANG!!!!)
ok..
assalamualaikum~ (tak jawab doseeee...kalau jawab syg.. --quote from Maria Elena) >_<
p/s: ingatan tegas buat diri... BERFIKIR bukanlah lagi boleh kau kira sebagai hobi! kau dah sedari kan sebelum ni bahawa BERFIKIR untuk UMMAH itu bukan hanya sebuah HOBI! tapi SUATU KEWAJIPAN!!!! walaupun, kau rasa macam tak layak! hei,, TOLONGLAH! tak kan tak SETTLE2 lagi tang 'layak 'tak layak' tu???? berFIKIR dan buatlah sesuatu untuk ummah.. jangan dok menghadap FACEBOOK je memanjang!!!!!!
No comments:
Post a Comment
Nak beritahu apa?