Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad...
ya ALLAH... ya Rahman ..ya Rahim...
sebelum Ulfah nak berceloteh panjang2 atau mungkin pendek (yelah..ambil kesempatan dalam kesempitan ruang menyudahkan RPH).. ni Ulfah nak kongsi sikit zikir yang mudah untuk korang amalkan.. mudahlah sangat... sebab memang korang akan sebutnya setiap kali kalian melaksanakan solat. Walaubagaimanapun, sebenarnya zikir ini ada iramanya yang membantu korang rasa seronok dan membantu 'meresap'kan ia ke dalam benak kepala korang. Begini ye ayat nya..
"ya ALLAH...ya ALLAH..
ya ALLAHU ya RAHMAN..
ya RAHMAN.. ya RAHMAN..
ya RAHMANU ya RAHIM...
ya RAHIM... ya RAHIM..
ya RAHIMU ANTALLAH..
LAA ILAA HA ILLALLAH
MUHAMMADURRASULULLAH~"
kredit to Wan Nur Syumaiyah binti Wan Kamruddin (my ex-classmate in 5 Helphilia in SESERI) who have taught this zikir to us, SESERIAN (or more specific to VIVACIOUS batch).
Wawa kata, siapa yang amalkan zikir..(insyaALLAH dengan ikhlas).. insyaALLAH.. kita akan disayangi oleh makhluk ALLAH... apatah lagi DIA.. ZAT YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.
kredit : Rusydee artz (selamattinggal.blogspot.com) |
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
OK. Masuk subtopik yang kedua.
Ni lah subtopik yang mendorong Ulfah dengan kuatnya untuk berceloteh pada malam yang berbahagia ini. (aduyai..ayat...) ok. Ulfah nak nyatakan kat sini, bahawa sebenarnya Ulfah tidak berapa nak gemar bila ada orang kata....
" ...oh, faham.. kak Eza tengah praktikum.. tak pe..takpe.."
(dan seangkatan dengan ayatnya)
Tak berapa gomar bila orang mengucapkan kata-kata ini apabila mendapati Ulfah tidak dapat memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap kerja yang diberi. (macam nak marah diri sendiri je bunyinya..?) ----> agaklah~
Pos ini tidak bertujuan untuk memberi bayangan bahawa Ulfah ini 'Bagus' atau 'waaaah..' NO! NO! NO!
Tapi mungkin juga untuk MUHASABAH diri Ulfah sendiri..dan dalam masa yang sama mengajak rakan2..sahabat2 dan adik2 yang lain untuk turut menilai diri. Pos Ulfah ini ditujukan BUAT DIRI SENDIRI dan juga kepada mereka2 yang menjadi PENGGERAK SESEBUAH PERSATUAN ISLAM. Tidak kiralah antum semua ni rasa nak kata , "Ana AJK BIASA2 je. Ada tak ada sama, orang tak kisah pun." NO!NO!NO!. (bagi penampar nak! heee~ garang pulak.. --> sebenarnya nak tampar diri sendiri juga tu...)
Ingatlah duhai diri dan yang lain...
Bila kita sudah JELAS DENGAN MATLAMAT HIDUP yang mana REDHA dan RAHMAT ALLAH itu lah tujuan HIDUP kita... maka MASA..HARTA..DIRI....bukanlah totally KHAS UNTUK DIRI KITA SENDIRI. (walaupun sebenarnya...TIADA APA KITA PUNYA... --> macam lagu Iwan Shah tu..)
herm..
entahlah..
Meskipun, memang diri Ulfah sekarang ni sedang bergelumang dengan RPH.. sampai terkadang tu tak tidur malam sebab hanya MAHU MEMIKIRKAN ."Bagaimanalah nak ajar budak2 ni...(terutama bagi subjek BI) " Bayangkan... pernah Ulfah mula MEMIKIRKAN rancangan pengajaran bermula selepas Asar... tup..tup... habis fikir.. jam 11.20 malam. Tu baru FIKIR.. tang BBM nye... herm.. mungkin Ulfah saja yang menghadapi kes2 ini.. ish2... (inilah akibat OTAK tak berapa nak asah kreatif nye.---> kena beli PENGASAH ni...)
Namun, masih juga Ulfah merasakan perasaan serba salah... apabila tidak dapat membantu dengan sebaiknya dan hanya mampu buat sedaya yang mampu sahaj apabila tugasan berkaitan PGPI diberi. YUP..THANKS FOR BEING UNDERSTANDING FOR ADIK2 WHO REALLY SUPPORTIVE. BUT STILL..
IT IS REALLY NOT OK FOR ME.... for not helping you from start until end.
Ulfah harap agar perasaan seperti ini akan kekal dalam diri Ulfah agar Ulfah tidak mudah saja mahu merelakan adik2 atau sesiapa saja untuk menjadi seorang yang 'memahami'. Begitu juga Ulfah harpkan, perkara yang sama buat kamu di luar sana.
INGAT! PRAKTIKUM BUKAN PENGHALANG ANDA SEMUA UNTUK MENJADI PENGGERAK ISLAM! MALAH...PRAKTIKUM MENJADIKAN JADUAL HIDUP KORANG BERTAMBAH LEBIH TERATUR. INSYAALLAH..
* * * * * * * * * * * * * * ** * * * *** * * * ***
Dan nak tulis juga...
I LOVE SK SEBERANG BATU HAMPAR!!!!
Lovely school~
Lovely pupils~
Lovely teachers~
Lovely cleaner~
Lovely kakak2 kantin~
Lovely trees~
Lovely environment~
and so many lovely things that i've found here.
ALHAMDULILLAH~
dan yang paling penting ... Ulfah akan sentiasa diingatkan perihal KEMATIAN setiap kali Ulfah sampai dan pulang dari sekolah... kerana.. jalan kecil sebelum masuk ke perkarangan sekolah terdapat kawasan PERKUBURAN. (terlupa juga kadang2 tu yang ada kubur kat sebelah...yelah dok PECUT je setiap pagi) ok sampai sini saja. Kena tengok RPH balik... Apa yang baik..jadikan pengajaran..apa yang tak baik ..jadikan sempadan... (aduyai..berbahasa pula...yelah...ada rakan praktikum yang ajar subjek Bahasa Melayu..terjangkit kesusasteraannya sikit...) ok....
wallahu'alam
assalamualaikum..
macam nak belajar melukis je dgn Pakcik Rusydee ni... jealous bangat bila dapat melukiskan sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain. |
No comments:
Post a Comment
Nak beritahu apa?