AlhamduliLlah...
ALlahummasolli'alaMuhammad..
"It's O.K."
or dalam bahasa Melayu nya... "Tak mengapa"
Entah kenapa..sejak kebelakangan ini timbul banyak peristiwa yang tidak perlu Ulfah cerita tentang apa namun, jawapan penenteram jiwa ialah 'It's OK". Terus terang, berat juga mahu menggunakannya lagi tatkala yang datang punya 'tema' yang seakan sama dalam waktu yang berturutan. Seharusnya kalimah "ASTAGHFIRULLAH" lah yang patut menjelma pada bibir Ulfah. Ulfah tak tahu, mungkin yang berlaku ini adalah lantaran dosa2 Ulfah yang melangit TINGGI walhal yang tiba baru sekelumit cuma.
Berbaik sangkalah dengan ALLAH duhai Ulfah.
meskipun tiada ungkapan
dari lenturan lidah
kamu, kamu, kamu
namun,
tetap tertafsir sebuah tafsiran
yang tidak mahu
ku iyakan tatkala
mahu lihat segalanya jernih
tiadalah aku ini
seperti sang penjuara
yang sentiasa menjadi juara
dalam arena yang kurenangi
meskipun terdetik dalam hati
untuk mahu menjadinya
walaupun cuma sekejap
pada hakikatnya
JUARA itu tiada bawa erti
andai Ilahi tiada jelas
dalam hati
mohon pada Ilahi
agar tiadalah berubah diri
baik zahir mahupun tersembunyi
walau dimana saja posisi
diriku berdiri
mudahkanlah laluanku
untuk bertemuMu
dalam redhaMu
IKHLASkanlah
hatiku...
No comments:
Post a Comment
Nak beritahu apa?