Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Friday, May 6, 2011

Purpose of Life

Bismillahirrahmanirrahim..


"Akak umur akak berapa?"
"Nak masuk 23, insyaALLAH. Kenapa?"
"Nampaknya, akak dah perlu kahwin ni.."
*angkat kening*


"Akak,akak dah bertunang ye?"
"Siapa cakap?"
"Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. hehe."


"Aezza, siapa bagi cincin tu?"
*senyum*
"Mak aku punyalah. Dia bagi aku pakai."


Hyeee.... Macam-macam cerita dan pertanyaan teman-teman dan manusia sekeliling yang macam excited terlajak nak tengok aku menempuh alam baru. SABAR ye... belum jumpa calonnya lagi pun. hehe* Tak boleh salahkan mereka juga bila mereka jadi tertanya-tanya dengan cincin yang aku pakai-tanggal-pakai sejak foundation lagi. Aduyai~ Poning eden. InsyaALLAH, andai telah tiba waktunya (insyaALLAH) semua pasti akan tahu juga siapa gerangan yang dicatat untuk membantu dalam menempuh hidup hamba yang hina ni.

Cincin yang dipakai itu ada beberapa tujuan. Tapi yang paling penting sebab ianya telah diberi oleh mak untuk dijaga sejak umur menginjak alam sekolah menengah lagi. Acap kali dipakai di sini (IPG) adalah untuk membantu diri menghilangkan rasa rindu terhadap orang-orang yang dirindui disamping sebagai langkah untuk menjaganya agar tidak lesap tiba-tiba. AMANAH tu~

Alang-alang dah masuk bab2 ni..

Saya ada satu soalan. Apakah kriteria yang diidamkan oleh anda dalam mencari pasangan hidup? Hah, siapa nak beritahu; sila cakap "saya!" kuat-kuat. =P Sila beritahu sejujurnya dari hati apa yang teman-teman harapkan dari bakal pasangan. InsyaALLAH, semuanya yang baik-baik dari mereka. Mesti mahu yang baik, pandai menjaga diri atau setidak-tidaknya; mengharapkan agar dia seorang yang memahami. Dan sudah pastinya, kita mengharapkan agar keluarga yang bakal dibina bahagia selamanya. Betul tak?

Saya juga mengharapkan yang terbaik. Bukan terlalu memilih namun bagi membantu dalam mencapai matlamat hidup, saya perlukan yang terbaik (dengan izin ALLAH). Yang terbaik untuk saya tidak semestinya terbaik untuk kawan-kawan dan sebaliknya. Pada saya, andai dia itu mempunyai matlamat dan tujuan hidup yang sama, maka hari-hari yang dilalui; tidak kira dalam susah macam mana pun (dengan izin ALLAH) akan jadi mudah untuk kita harungi. 
MSN Onion Emoticons

Matlamat hidup? Tujuan hidup?

"Purpose of life?"
"Yes, purpose of life. Orang yang tiada tujuan hidup, seperti orang main golf tapi tiada lubang golf dan samalah juga dia dgn lembu. Yang tahu makan..tidur.Tu je kerjanya."

*MOOD-Mengimbau dialog Asyraf Muslim dalam Cinta Sempurna.*

Bagi mempermudahkan sedikit hala tuju entri saya kali ini, jom lihat video di bawah.




"...orang yang paling malang adalah mereka yang tidak tahu TUJUAN HIDUP YANG SEBENAR..."

Moga saya dan kawan-kawan tahu tentang TUJUAN HIDUP KITA YANG SEBENAR. Bila kita tahu tujuan yang sebenar kita dihidupkan di dunia ini maka segala tindak tanduk kita secara semulajadinya akan menuju ke arah itu. 

Jangan kata, "alah, aku nampak je macam gila2..sosial.tapi dalam hati ALLAH je yang tahu."

Memang benar, siapalah yang tahu tentang hati kita kan. Tapi bukankah dari hati terbit segalanya? 

keHIDUPan disini adalah maya semata. keHIDUPan disana adalah yang hakiki.

wallahu'alam.

p/s: sekadar ingatan buat diri yang sering lupa

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.