Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Saturday, February 5, 2011

Nikmat IMAN & ISLAM (AlhamduliLlah~)

Bismillahirrahmanirrahim..

Tatkala senja tiba, tangan pula rasa macam mahu menaip sesuatu. Terus-terang tak tahu diri mahu menulis tentang apa.Kecelaruan dalam fikiran menyebabkan seseorang itu tidak dapat fokus dalam melakukan sesuatu pekerjaan.  Seandainya kerja itu dapat juga disiapkan, pasti dia tiada merasa apa-apa dari kerjanya. Hidup manusia perlu ada tujuan yang jelas. Lagi-lagi kita yang dikurniakan ALLAH untuk berada dalam jalan iman dan Islam, terlebih lagi perlu jelas akan matlamat hidup. Matlamat hidup kita adalah untuk beribadah dan mengabdikan diri hanya kepada ALLAH swt. 

Firman ALLAH SWT dalam surah Ad-Dzariyat ayat ke 56:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُون

Maksudnya: Tidak AKU jadikan jin dan manusia itu melainkan agar mereka beribadah kepadaKu.

(seperti yang diingatkan dalam entri terbaru PenaPGPI)

Mahu berkongsi sikit cerita yang telah aku dengari daripada hiwar Islam di masjid Ar-Rahimiyah, Klang baru-baru ini. Betapa seharusnya aku bersyukur akan nikmat iman dan Islam yang ALLAH kurniakan ini. Ku doakan agar mereka yang masih tidak berjumpa akan jalan ini diberikan ALLAH hidayah untuk bersama-sama menikmatinya.

 Hiwar Islam ini telah dikendalikan oleh dua orang personaliti yang mana kedua-duanya telah memeluk Islam pada 19 dan 13 tahun yang lalu.ALHAMDULILLAH~ (sekadar pemberitahuan pada yang belum tahu, tiada moderator atau pengerusi majlis yang mengendalikan majlis apabila program yang dinamakan Hiwar Islam dijalankan. apa yang ada, hanyalah panel yang saling menyoal dan mejawab soalan yang dilontarkan sesama sendiri diikuti beberapa soalan yang dikemukakan kepada audien atau pendengar) Dua orang personaliti tersebut ialah ustaz Hj Mohd Farhan dan ustaz Husairi. Terdapat 4 soalan utama sebagai buah bicara kedua-dua ahli hiwar. Soalan-soalannya adalah seperti berikut:

1. Islam pilihan dan cara hidup. Kenapa manusia lalai dan leka disebalik Islam dan tidak mahu membawa Islam sebaiknya?
2. Segelintir orang Islam seolah-olah tidak sayang Islam. Bagaimana benar-benar mereka boleh menghayati Islam?
3. Bagaimana mahu jadikan bumi Malaysia mengikuti Al-Quran dan Sunnah?
4. Bagaimana mahu menjaga anggota badan daripada melakukan perkara yang ditegah dalam Islam?

Mungkin sebahagian besar daripada kita memandang enteng persoalan yang diutarakan. Namun, apabila dikupas sedikit demi sedikit terutama daripada mereka yang dahulunya menjadi penentang kuat agama Islam, kita akan sedar betapa soalan-soalan ini harus kita tanyakan pada diri sendiri sebetulnya. KITA yang lahir-lahir terus berada dalam keluarga Islam dan tidak perlu berhempas pulas mencari AGAMA KEBENARAN yang jelas berada di depan mata selalu leka akan nikmat yang diberi ini. 

Di dalam hiwar ini, ustaz Husairi telah berkongsi kisah kehidupannya sebelum beliau memeluk Islam. Bagaimana dalam keadaan JAHIL beliau pernah meminum darah khinzir yang dibunuhnya sendiri dan memakan mentah-mentah anak tikus yang masih merah sebagai upacara menurunkan kekuatan waris daripada ayahnya yang diperolehi daripada nenek moyang dan simbolik menjadi pahlawan bagi suku kaum Iban pada hari Gawai. 

ALLAH..bersyukurku atas nikmat IMAN dan ISLAM ini.

Pelbagai lagi kisahnya yang kemudian mencari-cari agama kebenaran kerana merasakan bahawa hidupnya seperti tiada nilai seandainya kehidupannya berlegar pada sesuatu yang tiada tujuan yang jelas. Namun, sebelum menemui Islam, dia terlebih dahulu telah memilih agama Kristian. Ya, beliau mengakui telah menjadi penentang no 1 terhadap agama Islam. Beliau berjaya MERASUK (seperti katanya) keluarga dan masyarakat sekitarnya untuk menganuti agama kristian. Sehinggalah satu hari, beliau dikurniakan hidayah oleh ALLAH setelah satu kejadian misteri yang berlaku keatasnya. Beliau berkata sudah pelbagai jampi serapah nenek moyang dan doa mengikut kepercayaannya telah dibacakan namun tidak dapat menolak satu jasad hitam yang menghempap dirinya sehinggalah terdetik dalam hatinya bahawa ISLAM itu benar. Lalu, berlalulah jasad tersebut darinya. Kejadian yang sama berulang-ulang dan seperti biasa juga pelbagai doa dan jampi serapah yang dibaca namun tetap tiada yang berjaya mengusir lembaga hitam tersebut. Cuma apabila dalam hatinya terdetik dan mengatakan bahawa Islam itu benar, maka lembaga hitam itu pergi. MASYAALLAH. Rupanya inilah cara yang ALLAH beri dalam mengurniakan hidayahNya. Terus dengan tekad yang dalam, Ustaz Husairi mahu memeluk agama Islam sejurus selepas Subuh keesokkan harinya. MASYAALLAH. SUBHANALLAH. 

Hati saya jadi sayu dan terharu apabila dapat merasakan betapa syukurnya Ustaz Husairi atas hidayah yang dikurniakan ALLAH kepadanya dengan linangan airmata yang tidak henti mengalir dipipinya pada malam tersebut. 

Sebenarnya banyak lagi perkara yang ingin aku kongsikan. Namun, khuatir tersalah fakta (berdasarkan apa yang telah dibincangkan dalam hiwar) berikutan tutur kata dua personaliti tersebut terkadang tidak berapa jelas yang mungkin berikutan masalah di bahagian teknikal.

Sebelum terlupa, di dalam hiwar malam itu ada diberitahu berkenaan faktor-faktor kejatuhan Islam.Antaranya ialah:
1. orang Islam yang Islam hanya pada nama
2. jahil tentang Al-Quran
3. Masjid tersergam indah namun tiada solat yang didirikan didalamnya
4. Ulama yang menjadi sumber fitnah (ulama JAHAT!)

Ku senaraikan antara faktor kejatuhan Islam di atas bukan kerana ku bangga (NAUZUBILLAH..JAUH SEKALI!!!!!) Namun, aku mahu bawa diri dan teman-teman untuk sama-sama muhasabah diri. Adakah kita antara punca atau penyebab kejatuhan Islam??? Fikir2kan kawan. Dunia ini tidak kekal. Tiap yang hidup pasti merasakan mati. Mungkin esok. Mungkin lusa. Atau mungkin sebentar lagi, kita bakal didatangi malaikat Maut yang patuh dalam menjalankan tugasnya MERENTAP atau MENGAMBIL PERLAHAN-LAHAN roh kita keluar dari jasad.

Firman Allah swt dalam surah Ali Imran:185:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Maksudnya: “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

Tiba-tiba teringat cerita ustaz Muhsinul tentang musabab seorang yang tidak beragama ini memilih agama kristian berbanding Islam. Katanya, dia memilih kristian berbanding Islam kerana mati dalam agama kristian tidak sakit berbanding Islam. (kawan2 nak tahu sebab apa dia kata begitu?) Sebab orang Islam selalu diingatkan dengan azab mati yang pedih berbanding kristian yang menggambarkan suasana mati yang penuh indah (berterbangan dengan sayap dsb) Apa-apa pun teman, kita tahu apa yang benar. Adakah kejahatan yang kita lakukan walau sebesar zarah bakal mendapat ganjaran nikmat sebesar zarah juga??? ada AKAL, GUNAKANLAH!

Aku bukan ustazah! Jauh sekali agamawan! Aku sekadar HAMBA ALLAH yang mahu mengingati diri dan juga teman-temanku. Ya, aku tahu aku tidak layak untuk mengatakan semua ini kerana aku tahu; teman-teman punya ilmu yang lagi tinggi berbanding aku, yang KERDIL LAGI HINA ini. Namun, kerana kasihku (LILLAHITA'ALA) ke atas kalian; saudara dan bakal saudara seagamaku, aku tetap mahu mencoretkan semua ini buat ingatan kita semua. Wallahu'alam.


P/S: ISLAM BY A CHOICE! NOT BY A CHANCE!

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.