Wahai temanku yang bergelar HAWA
apakah TIADA MALU lagi dalam diri?
Ku aju soalan yg sama pada diri.
Maaf, andai ada yang terguris
atas kataku ini
tiada maksud lain
hanyalah untuk saling mengingati
Kenapa ada antara kita tergamak
bermain, bermanja-manja
dengan mereka yang dinobat
sebagai Adam?
Adam yang tidak halal bagimu
ingin sekali bibirku
mengatakan
SUDAH lah
(untuk diriku juga)
AKU MARAH!
MARAH KERANA AKU TERLALU SAYANG AKAN KALIAN!
Kenapa kalian TERGAMAK bertepuk-tepuk
berlaga-laga kaki tanpa segan silu
dalam permainan 'kita'
dengan ADAM yang
bukannya SUAMI mu lagi
dan ADAM...
JANGANLAH kau renungi HAWA
yang bukannya ISTERI mu lagi
tapi renungilah wajah IBU mu
dengan penuh KASIH dan SAYANG
DIDIKLAH dirimu mendekatiNya
agar kelak kau pula mampu
MENDIDIK isteri dan keluargamu
merinduiNYA
JANGAN DIHARAPKAN
KEBAIKAN YANG DILIHAT
PADA BAKAL PEMAISURIMU SAHAJA
kerana sebaik mana pun dia
dia tetap mahukan bimbinganmu
Muhasabah Buat Diri
dan Teman2ku...
ALLAH.. Lindungi kami dari keMURKAanMU..
like3
ReplyDelete