Sekadar ingatan untuk diri..
Jangan meminta untuk difahami walaupun kau cuba memahami.
Serahkan hidupmu sebulat-bulatnya pada DIA yang Maha Pengasih ..Maha Penyayang.
Sebaik mana pun manusia yang ada disisimu,
pasti mereka kan hilang dan lupa tentangmu walaupun bagimu mereka terlalu penting buatmu.
Tapi DIA pasti tidak sesaat pun terlepas dari memandangmu.
Sabarkan hatimu. Kentalkan jiwamu.
Biarlah mereka melupaimu.
Hakikatnya kau hanya manusia biasa yang diberi izin oleh DIA untuk bernafas di sini.
Bagi mengutip bekalan akhirat agar mudah perjalananmu di sana.
Ya, kau tahu kau lemah.
Tapi itulah hakikat manusia dan seluruh ciptaan di alam ini.
Tiada yang kuat dalam mengharungi hidup dunia ini tanpa izinNya.
Jadi mohonlah segalanya hanya dari DIA.
Rawatlah lukamu itu.
Ingatlah sentiasa bahawa DIA sentiasa ada untumu.
Bersabarlah diri.
Walau juga pada hakikat, hidup tak boleh sendiri.
Namun, kau harus bertambah-tambah BERDIKARI seperti jiwamu dulu.
Jangan diharap sesiapa mahu tahu pasal kamu.
Sepatutnya, tidak perlu ada rasa itu dalam dirimu.
Walaupun sebenarnya kau terlalu mahu ambil tahu tentang sesiapa itu.
Serulah semula dirimu yang dulu.
ALLAH..ALLAH..ALLAH..
Moga daku dalam pandangan rahmatMu
touched.
ReplyDelete