Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Friday, December 31, 2010

YA NURUL QALBI~

Bismillahirrahmanirrahim..

Jam menunjukkan angka 2:50 dan tangan ini sangat mahu menukilkan apa yang mahu dikatakan oleh Qalbi.Lebih-lebih lagi tatkala sedang mendengar lagu Opick yang bertajuk Cahaya Hati. ALLAH RAHMAN ALLAH RAHIM ALLAHU YA GHAFFAR YA NUR QALBI~ YA ALLAH..YA ALLAH..YA ALLAH.. Betapa tatkala ini hatiku tenang bila turut sama menyebut namaMu, ALLAH. Tatkala Qalbi meruntun 1001 rasa yang pahit untuk ditelan tapi bila mengingatiMu, hilang sebentar rasa gundah. 

Betapa kebenaran itu hampir kebanyakannya pahit. (Tapi tak ku nafikan, pastinya ada juga kebenaran yang begitu indah dan bahagia bila diketahui). Samada kebenaran itu suatu perkara yang positif atau tidak, terkadang ramai antara kita merasakan kepahitannya. 

Aku tahu dan yakin setiap apa yang berlaku pasti punyai hikmahnya yang tersendiri. Mungkin juga setiap musibah yang menimpa adalah lantaran dosa-dosa yang dilakukan dan paling manis bila kita fikr-fikirkan; kadangkala musibah itu datang kerana DIA mahu kita dekat denganNya. ALLAHUAKBAR!Tiba-tiba mahu menyalin sebuah mesej yang pernah dikirimkan oleh seorang sahabatku pada tahun 2006/07 dahulu. Mesej itu berbunyi:

Bila kau pandang segala dari ALLAH, yang menciptakan segala, yang menimpakan ujian, yang jadikan sakit hatimu, yang membuat keinginanmu terhalang dan meyusahkan hidupmu, pasti DIA kan damaikan hatimu kerana masakan DIA sengaja mentakdirkan sesuatu yang sia-sia. Bukan DIA tidak tahu betapa derita hidupmu, retaknya hatimu, tapi itulah yang DIA mahu kerana DIA TAHU..hati sebegini selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat padaNya.

Terima kasih Mza (Hamizah) atas ingatan itu. Terima kasih kerana mengingatkan aku bahwa ALLAH itu sentiasa MAHA ADIL, MAHA PENYAYANG. (Hamizah, merupakan sahabat hati yang ku kenali semasa berada di KMPk.)

Suatu kebenaran terkadang sangat pahit bila diketahui. Tapi sampai bila aku tidak akan tahu kebenaran ini. Oleh itu, aku patut bersyukur kerana mengetahuinya sekarang daripada mengetahuinya dalam waktu yang lebih lambat lagi. Khuatir juga aku tatkala itu telah pun dijemput menghadap ALLAH. Terima kasih ya ALLAH. Terima kasih kerana mengasihiku, hambaMu yang hina dengan dosa2. 

Di setiap nafas, disegala waktu, 
semua bersujud menyebut asmaMu..
setiap makhluk bergantung padaMu 
dan bersujud semesta untukMu..
setiap wajah mendamba cintaMu..
cahayaMu...
ALLAH RAHMAN ALLAH RAHIM ALLAHU YA GHAFFAR YA NURUL QALBI~

2 comments:

  1. Sounds like lagu Opick. I like~ :)

    Semoga kita dikurniakan HATI yang sentiasa REDHA & SABAR dengan segala ketentuanNYA.

    p/s: Salam rindu untuk Cikgu Aezza~ ;)

    ReplyDelete
  2. yup, that's right sis!This song from Opick, entitle Cahaya Hati. By the way thanks very much for your do'a. Moga ALLAH SENTIASA BERI KEKUATAN UNTUK KITA MENEMPUH SEGALA MACAM PERKARA DI DUNIA INI. InsyaALLAH~

    P/S: kangeeennnnn bangat sama kakak zinni~ ;D

    ReplyDelete

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.