Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Friday, December 31, 2010

Lintasan Fikr & Qalb

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum keHIDUPan.. Sebenarnya tiada topik khusus untuk ku tulis pada kali ini. Sekadar melepaskan rindu kepada keHIDUPan. (pelik ke kalau rindu dgn blog sendiri?). Tiba-tiba terfikir. Apa tujuan aku menulis? Tujuan aku menulis ada pada entri bulan Julai 2008. (tak perlu cari. tiada apa pun.)

"Menulis kerana sukarnya lidah untuk berkata." Ini merupakan salah satu ayat yang pernah ku tulis dalam blog kedua aku yang terbina atas sebab tertentu. Ya. Sebetulnya, dulu diri ni bukanlah seorang yang bercakap banyak. (sekarang? entah. tak dapat nak beritahu macam mana sebab orang luar daripada diri sendiri yang dapat menilainya). Terkadang dengan menulis sahajalah dapat meluahkan secara terus-terang apa yang terpendam berbanding dengan mengatakannya.  ..--> tiba-tiba tidak mahu meneruskan penulisan tentang apa yang sedangku taip sekarang ni.

* * * * * * * * * * * * * *  *  * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

2011 akan datang. 2010 pula akan pergi. 'Tahun Pengalaman'  mahu beredar. Tahun yang penuh makna dalam hidupku walaupun pastinya ada kepahitan yang terselit didalamnya. Saat demi saat pun berlalu. Umur pun menginjak naik dan semestinya tarikh kematian semakin dekat dan dekat tanpa kita tahu bila ia kan tiba. Takut.Gerun. Naik bulu roma bila fikirkannya. KEMATIAN. Tersenyum bila teringat reaksi rakan-rakan tatkala cerita tentang kematian dibawa dalam 'borak' kami. 

'Orang yang paling bijaksana ialah orang yang sentiasa ingat akan KEMATIAN'

Ya, setuju. Setuju sangat! (walaupun hati ini selalu lupa akan hal kematian itu. Astaghfirullah) Kematian mengingatkan kita tentang AZABNYA nyawa bila ditarik! Tanah yang bakal menghimpit kita di setiap penjuru mayat kita! Dengan binatang berbisa lagi menggelikan yang berada didalamnya! BUSUK. SEMPIT. Dan bermacam-macam lagi yang pastinya tidak kita sukai dan rasa sengsara berada didalamnya. Itu baru dilihat dari konteks fizikalnya saja. Bagaimana pula tentang AZAB SEKSA yang bakal ditempuhi di dalam kubur kelak atas dosa-dosa yang kita lakukan?

(Dah! Tak sanggup nak sambung)

Hati ini selalu alfa. Banyak kejahatan dan dosa yang dilakukan seperti rasa tiada penghujungnya hidup ini di dunia. ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM! Rasullullah S.A.W. sendiri merasakan kesakitan SAKARATULMAUT itu. Rasullullah yang maksum itu turut merasakannya kawan-kawan. ya ALLAH, apatah lagi AKU.. AKU HAMBA YANG PENUH DOSA INI?

SAKARATULMAUT itu sangat MENYAKITKAN!! (sekadar yang dapat ku bayangkan. melalui pembacaan, walhal pastinya ia lebih teruk daripada apa yang aku bayangkan!) Kesakitannya seperti yang pernah ku baca (tak ingat daripada mana sumbernya dan siapakah yang menyatakannya. Andai ada kesilapan silalah betulkan.)

 “Bahawa mati itu terlebih sangat kesakitannya daripada seribu palu dengan pedang dan terlebih sakit daripada gergaji dengan beberapa gergajinya dan terlebih sakit daripada gunting dengan beberapa gunting”.

"Kematian umpama pedang yang direntap dari dalam daging kita" (aku tak ingat pula ayat sebetulnya)




Kenapa terkadang semua ini tidak dapat menjadikan aku seorang yang lebih baik dari hari ke hari?? (yakni dengan mengingati mati) Kenapa hati masih egois terhadap manusia? Masih mahu menyusahkan orang lain?

Sekadar ini sahaja yang mampu untukku taipkan di dalam keHIDUPan pada waktu ini kerana ayat dalam fikiranku sudah tidak mahu keluar dan hati pun tak tahu mahu bicara apa lagi. Apa yang ku tulis sekadar ingatan dan muhasabah daripada diri untuk diri juga. Apabila jemari mula menulis, setiap satu perkataan perlulah aku sendiri memahaminya dan mengambil ikhtibar daripadanya. 

Wallahu'alam. 
Wassalam~



No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.