Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Monday, January 10, 2011

Prasyarat Kemenangan?

Bismillahirrahmanirrahim..

AlhamduliLlah... hari sudah masuk minggu kedua diriku dihidupkan dalam tahun 2011. Setiap saat yang berlalu, apa sajalah yang telah aku lakukan? (ok..slot muhasabah diri sedang berjalan....)

Baru-baru ini telah diadakan usrah umum di BAIS yang dijalankan setiap hari Ahad pagi bagi sahabat-sahabat perempuan. (Moga ukhuwah antara kita akan terus teguh dan bertambah erat dari hari ke hari..amiiin~) Tajuk yang telah dibawa dan dibincangkan bersama ialah tentang 'Prasyarat Kemenangan'. Kepada sahabat-sahabat yang tidak tahu atau tidak sedar akan kewujudan usrah ini, dengan berbesar hatinya saya mewakili ketua usrah tersebut menjemput dan mengalu-alukan kedatangan kalian. Tidak mengira 'batch' mana. Kehadiran sahabat-sahabat, amat kami nanti-nantikan. Nanti, bolehlah 'contact2' saya untuk makluman lanjut ye.

Prasyarat Kemenangan? Apa maksudnya? Siapakah yang ditujukan dengan perkataan 'Kemenangan itu?Adakah perkataan 'Kemenangan' itu menunjukkan kita (orang Islam) dalam keadaan 'Kalah'? Bila pula kita masuk pertandingan yang melibatkan pengisytiharan 'Menang' atau 'Kalah'? Uit, banyaknya soalan.

Sebelum jari menyambung bebelan dalam entri kali ini, nak tanya sahabat-sahabat. Sahabat-sahabat sedar tak yang kita semua ini sedang atau mungkin telah dijajah oleh pihak musuh Islam? Dijajah dari segi apa? Cuba kawan-kawan renungkan sendiri. (haha.. mahu kawan-kawan sendiri fikir dan renungkan bersama)

Mengimbau kembali sejarah kegemilangan Islam suatu ketika. Setelah kewafatan baginda, Nabi Muhammad SAW, kegemilangan ISLAM diteruskan oleh Khulafa' Ar-Rasyidin. Siapa? Tentunya, Saidina Abu Bakar, Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Uthman dan Saidina Ali. r.w. Nak dipendekkan cerita, zaman kegemilangan telah berjaya dijatuhkan pihak musuh pada tahun 1924M yang melibatkan empayar Turki Uthmaniyyah. (untuk bacaan secara 'overview' tentang sejarah ISLAM, bolehlah tanya pak cik Google atau pun..tanya saja ustaz atau ustazah @ sesiapa yang kawan-kawan kenal dan boleh dipercayai kata-katanya)

Setelah kejatuhan empayar Islam, maka semakin hari semakin banyaklah darah umat Islam jatuh ke bumi. Penindasan terhadap saudara seagama kita kian berleluasa. PALESTIN, IRAQ, BOSNIA dan banyak lagi yang saya rasa kawan-kawan sendiri dapat nyatakannya. Terkadang itu, terdapat juga Negara Islam yang hanyalah sekadar pada nama saja. ALLAHUAKBAR! 

Namun, ingatlah satu perkara kawan-kawan. Sesungguhnya ALLAH telahpun menjanjikan kemenangan di bumi ini kepda para hambaNya yang sebenar. 

Firman ALLAH s.w.t. dalam surah Al-Anbiya:105 yang bermaksud:

"Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh."

Apakah kita semua ini tergolong dalam golongan yang disebutkan oleh ALLAH s.w.t.? Sudah layakkah kita untuk menerima kemenangan daripada ALLAH? 

Aduhai, seperti tidak terbanding kiranya diri sendiri dengan golongan yang disebutkan oleh ALLAH. Rasa diri teramat kerdil lagi hina untuk memperolehinya. 

Namun, kawan-kawanku. Janganlah rasa sebegini membuatkan kita berputus asa. Kita bisa saja tergolong dalam golongan tersebut. (mengharapkan hati sendiri bersemangat berusaha) Merujuk kepada buku ' Menuju Personaliti Rabbani' tulisan oleh Dr.Majdi Al-Hilali, telah mengariskan syarat-syarat yang pernah dipenuhi oleh generasi-generasi yang lampau yang mana ALLAH telah mengurniakan kepada mereka kemenangan di atas muka bumi ini. 

Antara prasyarat kemenangan yang paling utama ialah kita perlu terlebih dahulu MEMENANGKAN ALLAH mengatasi diri atau nafsu-nafsu kita sendiri. 

Syeikhul Islam Abdul Qadir al-Kailani pernah menyebut bahawa:
"Seorang hamba berada di tengah-tengah, iaitu antara ALLAH dan nafsunya sendiri. Seandainya dia memenangkan nafsunya, maka jadilah dia hamba kepada nafsu dan seandainya dia memenangkan ALLAH; maka jadilah dia hamba kepada ALLAH."

Jadi kawan-kawan, dapatlah kita faham di sini bahawa NAFSU lah sendiri yang menjadi medan pertempuran yang sebenar dan kalaulah bukan kerananya, nescaya kita semua sudah menjadi sama seperti malaikat. JIHAD MELAWAN NAFSU merupakan antara JIHAD yang PALING BESAR yang perlu kita hadapi! Aduyai, bila muhasabah diri sendiri; acap kali juga menyedari bahawa diri ini mudah tewas dengannya.  (yang itu tentang perkara yang disedari..perkara yang tak disedari bagaimana? )

m.. ingin sekali diri menundukkan NAFSU sehingga akhirnya ia pulang dengan menjadi NAFSU MUTMAINNAH~ (jiwa yang tenang) Namun, fikir dan hitung kembali seperti diri masih berada di takuk NAFSU yang terendah! ALLAH, kuatkanlah imanku untuk melawannya!  

Rasanya sekadar ini sahaja lah yang mahu diri ini berkongsi perihal sedikit tentang input yang ku perolehi sewaktu usrah umum Ahad semalam. Andai tergerak hati nak tulis bab-bab lain yang berkaitan dengan entri kali ini, insyaALLAH, akan ditaipkan ke dalam keHIDUPan ini. 

p/s: ingatan untuk diri sendiri.. surah As-Saff : 3.


No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.