ALLAH
selain rindu yang tidak layak untukku zahirkan
hatiku tatkala ini
amat merindui
atokku
Atok..atok.. atok
biarlah orang kata
ku cucu kesayangan atok
kerana itu pasti saja benar
ALLAH..rindu sangat mencengkam kalbu
rinduku amat untuk mendengar suaranya
ALLAH
apa sajalah yang menghalang
diri untuk mendengar suaranya
ALLAH
sampaikan salamku pada dia
katakan padanya
ku amat merindui dia
amat rindu padanya
ingatkanlah dia selalu
tentang solatnya
yang tidak pantas untuk
diri meninggalkannya
ALLAH
berilah aku peluang
untuk berbicara dengannya
ku takut
mungkin saja diriku dijemput awal
oleh malaikatMu
Atok..
Atok..
Atok..
Dengar tak suara along?
Along rindu sangat dengan atok!
ATOK!!!
ALLAHUAKBAR!
Atokkk....
ReplyDeleteya ALLAH..permudahkanlah segala urusan untuk dirinya... KAU kasihihanilah dia yang sentiasa mahu meringankan beban orang lain.