Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Monday, December 20, 2010

Coretan JNS 2010

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..syukur kepada ALLAH kerana masih lagi memberiku nyawa untukku muhasabah diri dan cuba membaiki hubungan diri dengan manusia dan jua denganNYA. Moga aku dapat lakukan sebaiknya. (kerana ada hal yang belum ku pulihkan)

Semalam berakhirnya JNS 2010 yang pertama kali aku sertai sebagai seorang fasilitator. MasyaALLAH, ramai NISA HEBAT yang ku temui. Allahuakbar! Adik2 peserta juga tak kurang hebatnya. Tiba-tiba teringat kali pertama aku menjadi fasilitator bersama sahabatku (yang sememangnya biasa dengan semua benda2 ini) Adilah Binti Kamal Azizi bagi sebuah kem bagi pelajar sebuah kolej swasta di Selangor. Pada masa itu hanya kami berdua sahaja yang menjadi fasilitator jemputan pihak konsultan (sebenarnya seorang senior Adilah yang  mengajak dia dan Adilah pula memberiku peluang keemasan itu). Alhamdulillah.. ALLAH beriku peluang untuk memperolehi pengalaman itu. Amat bermakna walaupun kerja yang ku lakukan tak seberapa. 

Tiba-tiba rasa mahu melabelkan tahun ini sebagai TAHUN PENGALAMAN! (ya..sememangnya terlalu banyak pengalaman baru yang ku perolehi. ya ALLAH.. terima kasih.)

Beralih kembali mengenai Jambori Nisa Selangor@ JNS 2010. Secara keseluruhannya, aku rasa gembira dengan objektif dan perjalanan JNS ini. Namun berasa sedikit kecewa dengan diri sendiri kerana tidak dapat memberikan yang terbaik buat JNS (walaupun telah mencuba). Maaf ku pinta kepada pihak JNS 2010 atas kekurangan dan kesilapan diri ini. MAAF SANGAT! 

Apa pun diri rasa gembira kerana dapat bertemu dengan INSAN2 yang HEBAT! Ya, kakak, rakan sebaya dan adik2 ajk, urusetia dan fasilitator yang MANTOP! 

Sekali lagi, aku diberi peluang dalam bahagian pengendalian majlis. (rasa malu sgt sebab tak dapat melakukan yang terbaik. YA. JAWAPANNYA KERANA DIRI TIDAK FOKUS! ---> Apalah yang difikirkan sgt masa tu??) Dalam tahun ni, sudah beberapa kali aku diberi peluang untuk menjadi MC dalam 3 keadaan berbeza (tidak termasuk jadi MC perhimpunan ya.) Kali ini MC yang melibatkan ikon tanahair. Aduyai. Seperti melukis 'krayon' di muka sendiri. MALU SANGAT SEBAB SEPERTI 'BLUR' masa mengendalikan majlis tersebut. Cakap tiba-tiba tak teratur. ---> banyak faktor..tapi yang paling penting faktor utama datang dari kekurangan diri sendiri. PERLU DITINGKATKAN KEMAHIRAN! insyaALLAH BOLEH! Sekali lagi, diri yang serba kekurangan ini mohon maaf kepada pihak urusetia JNS 2010 seandainya telah mengecewakan kalian! MAAF SGT!

Harapanku, moga adik2 peserta yang telah menyertai JN '10 ini telah disuntik dengan kebanggaan diri menjadi SEORANG MUSLIM!

Muslim as a choice not just by a chance!

Sekadar ini sahaja coretan pendek perihal pengalaman baruku bersama Nisa'. Moga diri sentiasa bersemangat dalam mendidik diri menjadi mereka yang benar-benar sanggup melakukan segala-galanya untuk ISLAM!LILLAHITAALA.. InsyaALLAH.. Aku masih baru dan sentiasa perlu dan mahu bimbingan. Maka bantulah aku wahai sahabat-sahabat! 

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.