Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Thursday, November 18, 2010

REDAH JER!

Bismillahirrahmanirrahim~

Alhamdulillah.. Hari ini sudah hari yang ke-2 (secara penuhnya) aku berada dalam rumah abah dan emak. Gembira. Alhamdulillah. Berakhir peperiksaan dunia pada hari Isnin yang lepas dengan subjek Principle in English Language Teaching bagi semester 4 untuk diriku. Kiranya bermula sem depan aku bakal mula masuk sekolah sebagai guru praktikum! Berdebar!Tidak tahu bagaimanakah pula penerimaan warga sekolah yang bakal ku masuk.Cikgu Aezza. (Sejujurnya rasa macam kelakar pun ada kerana bunyinya macam pelik sikit walaupun sudah terbiasa dipanggil dengan gelaran 'cikgu' itu sendiri) Apa-apapun, diri ini akan cuba menjadi cikgu yang terbaik untuk anak-anak muridku! InsyaALLAH!

Banyak pengalaman baru yang ku tempuhi dalam tahun ini. 2010. Yang pastinya aku makin mengenali erti kehidupan yang sebenarnya. Tujuan hidupku! ALLAHUAKBAR!

Jalinan ukhuwah yang indah dan amat pahit apabila dikenang kelak begitu banyak terlakar pada tahun ini. Seperti bagai tahun 2006-2007 namun pasti ada beza jalan ceritanya. Aku bersyukur kerana KAU menyayangiku dengan memberiku jalan yang tidak pernah ku sangkakan sebelum ini. Hari ini aku nak sangat kongsikan beberapa perenggan ayat yang pernah ku tulis suatu ketika dulu. Mengenai sebuah perjuangan tapi diharapkan janganlah ada yang gelak terguling-guling sebab membacanya. Sekadar perkongsian dari sebuah hati yang tertanya-tanya suatu ketika dulu. Moga ku telah temui jawapannya kini.insyaALLAH!

Perkataan ‘perjuangan’ sering aku baca dalam blog-blog mereka. Namun bagaimana sebenarnya perjuangan yang sedang mereka jalankan? Perjuangan dalam Negara yang tiada menemukan darah atau senjata. (Jauhkan dari Negara ini) hendak kata aku tahu caranya, tak juga. Entahlah. Pernah juga ada orang yang seperti mahu mengura-urakan aku, menarik daku ke dalam region  itu. Namun acap kali hajat tidak kesampaian. Ada saja yang berlaku. Perpisahan dan kejauhan. Aku takut? Entahlah. Mungkin. Sebenarnya aku benar-benar tidak mengerti tentang hal itu. Justeru itu menyebabkan aku tiada kekuatan atau tidak tahu cara dalam turut serta. Aku tidak sehebat kenalan yang pernah aku temui. Kenalan yang tersemat dalam hati mereka satu perjuangan yang utuh. Perjuangan yang aku sendiri belum mengerti. Adakah aku terlalu berterus terang? Entahlah.


REDAH JER! 

Dua perkataan yang nampak macam sempoi tapi begitu bermakna dalam memberi kekuatan pada diri untuk terus bersemangat! Kini aku telah jelas akan matlamat hidupku! Maka, REDAH JER!--> insyaALLAH, moga diri tahu akan batasan dan maksud sebenar 'REDAH JER' ini. Setakat itu sahaja. Ku doakan agar sahabat-sahabat yang ku sayangi akan terus berada bersama dalam memacu pesawat pejuang keHIDUPan! Andai kami terpisah ya ALLAH, KAU tetapkanlah jiwa kami dalam jalan ini. Biar jasad terpisah asalkan hati tetap punya matlamat yang satu. insyaALLAH!



Rasulullah S.A.W brsabda:"Ada 3 perkara barangsiapa boleh menepatinya nescaya sempurnalah keimanannya : 1- Ia tidak takut menjalankan urusan Allah terhadap makian org. 2- Ia tidak mempamerkan amalnya sedikit pun. 3- Apabila dihadapkan padanya 2 perkara salah satunya utk kepentingan dunia dan yg lain utk kepentingan akhirat ia akn mendahululan kepentingan akhirat dgn mengalahkan dunia."Riwayat Abu Manshur Ad-Dailami dr Abu Hurairah

MOGA TERPAHAT DALAM DIRIKU DAN KAWAN2 SEMUA! INSYAALLAH.. MSN Onion Emoticons

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.