Pada kali ini aku mahu berkongsi pula bacaanku mengenai ciri-ciri hati yang sihat dan juga jenis-jenis racun hati. Hati-hati, bahaya racun-racun ni. Bila ada dalam hati, akan buat diri kita merana tanpa kita sedari. Jom baca!
Ciri-ciri Hati Yang Sihat
Pertama:
Jika ia tertinggal wiridnya dari Al-Quran atau zikrullah, atau suatu peribadatan lainnya, maka ia merasakan sakit yang tiada terperi melebihi sakit orang yang tamak dan kikir ketika kehilangan barang kesayangannya.
Kedua:
Ia sentiasa merindui untuk mengabdikan diri di jalan Allah seperti rindunya seseorang kepada orang yang amat disayangi.
Ketiga:
Tujuan hidupnya hanya satu, iaitu taat kepada Allah SWT
Keempat:
Bila ia sedang melakukan solat, maka hilanglah semua kegundahannya pada kenikmatan dunia yang sementara. Di dalam solat telah ia temukan kenikmatan dan kesejukan jiwa yang suci.
Kelima:
Sangat menghargai waktu dan tidak mensia-siakannya, melebihi rasa kekhuatiran orang bakhil menjaga hartanya.
Keenam:
Tidak pernah terputus dan malas dalam mengingati Allah.
Ketujuh:
Lebih mengutamakan pada pencapaian kualiti atas suatu amalan perbuatan daripada kuantitinya. Lebih cenderung kepada keikhlasan beribadat.
4 Jenis Racun Hati
Pertama: Berlebihan dalam berbicara
Kedua:Berlebihan dalam memandang
Ketiga: Berlebihan dalam makan
Pernah terbaca, kalau kita nak tahu dalam HATI kita masih punya iman; maka mari kita lihat kondisi HATI kita tatkala mahu melakukan sesuatu yang tidak baik (terutama yang melanggari batas2 agama). Andai kita rasa berdebar, bimbang dan resah untuk melakukannya..maka bersyukurlah kita bahwa dalam hati kita masih lagi punya IMAN..wallahu'alam.
p/s: kalau dah tahu perkara itu salah, maka tinggalkanlah segera yer... (nasihat untuk diri ni juga)
SAYANG SAHABAT2! SAYANG KAWAN2!
No comments:
Post a Comment
Nak beritahu apa?