Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Thursday, August 5, 2010

Berkata Baik atau DIAM !

Bismillahirrahmanirrahim...
Tiba-tiba rasa mahu sangat berkongsi satu mesej yang saya perolehi daripada manusia yang tidak disangka-sangka. Siapa? Tidak penting pun, cuma yang paling penting adalah mesejnya. Mengingatkakn diri yang hampir saja melupai perkara ini. Moga ianya bermanfaat untuk kita bersama.

'Sesungguhnya engkau sentiasa sejahtera selama engkau diam. Tetapi apabila engkau berkata, ditulis bagi engkau atas engkau ( yang baik atau yang jahat) '

dari Hadith Mu'adh bin Jabal

'Lidah sepeti anjing gila yang bila tidak diawasi dia akan menerkam'

'Aku kerap kali menyesal kerana berkata tapi aku tidak pernah menyesal kerana diam'

saidina Ali dalam sajaknya
'kerana lidah bertarung meninggalnya pemuda. Tertarung kaki tidak mengapa kerana lidah hilang kepala, luka dikaki sembuh seketika.'


Rasullullah S.A.W bersabda..
'Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, hendaklah ia berkata baik atau diam'

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Kesimpulan daripada kata-kata dalam mesej tersebut ialah kita perlu menjaga lidah kita. Jagalah tutur kata kita. ALLAH... ALLAH..ALLAH.. Bisanya lidah ini mengalahkan pedang yang tajam. Ku sering lupa. Ampuni daku ya ALLAH...

Terkadang bagi sesuatu masalah yang kita lihat daripada orang lain, amat mudah untuk kita berkata itu dan ini. Namun, kita sebenarnya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku walaupun secara realitinya kita amat yakin kita tahu dan faham masalah atau apa jua yang berlaku yang sedang dihadapi oleh seseorang itu.

Kurasa bagi entri ini, cukup setakat ini saja. Tidak mahu wujudkan sebarang salah faham yang bakal menarik seribu contengan arang pada diri.

Wasalam~

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.