Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Monday, July 26, 2010

Perbahasan Ala Kelas Sains

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, pagi tadi sudah lepas sesi perbahasan ala 'kelas' yang diadakan dalam waktu tutorial. Bercakap mengenai waktu tutorial, kami unit PISMP Sains Sem 4 sentiasa memenuhi masa yang ada. Jarang sekali untuk tiada pengisian pada waktu itu. Keprihatinan dan mungkin juga kerinduan tutor kami yang membuatkan kami tidak pernah atau jarang sekali tiada kelas tutorial. Terima kasih kepada puan Hajah Fathiyah dan Dr. Rosmida. Dua perwatakan yang agak berbeza menjaga unit kami yang sangat unik dengan kepelbagaian ragam. Onion Emoticons SetKesian tutor kami kepeningan dengan ragam dan keletah kami.

Perbahasan tadi jelas menunjukkan ketidaksediaan daripada segi mental dan juga kemantapan isi. Justeru pihak pembangkang (iaitu kami) gagal dalam menolak usul yang berkisar berkenan 'Pemansuhan UPSR Wajar Dilaksanakan'. Apa-apa pun, saya gembira dengan sesi perbahasan tersebut. Setidak-tidaknya, saya mengetahui kelemahan diri dengan lebih baik dalam perbahasan.

Saya seorang yang sukar untuk mengaturkan bicara secara lisan terutama apabila i berkaitan dengan sesuatu yang saya tidak faham atau tidak tahu. Walaubagaimanapun, terkadang sesuatu yang tahu pun menjadi sukar diterjemahkan dalam bentuk lisan akibat terlalu 'excited' dalam menghabiskan ayat.

"Perbaiki bacaan dalam solat kamu. InsyaALLAH, bicara kamu pasti teratur."

Begitulah antara hikmah solat yang telah dibentangkan atau diberitahu dalam ceramah 'Keindahan Wanita' baru-baru ini anjuran Exco HELWA. Alhamdulillah, banyak input bermanfaat yang dapat saya perolehi. Syabas kepada Asiah yang menguruskan ceramah tersebut dan juga kakaknya selaku penceramah pada hari itu. MSN Onion Emoticons

Setakat ini saja coretan buat entri kali ini.

"Ya ALLAH.. Ilhamkanlah kepadaku kecerdasan dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku"
Amiinnn~

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...