Dalam dunia kita tidak punya sesiapa,
kecuali diri sendiri..
tapi dalam kita bersendirian,
kita beruntung kerana
mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
seorang sahabat..
begitulah juga dia
tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
cuma mengambil kira tentang HARAPAN dan PERASAAN kita
Kita rasa dikhianati
bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
bagi kita, itu alasan untuk menutup kesilapan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti
kerana
kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia menerima.
waktu itu, terfikirkah kita perasaannya?
seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa..
tetapi kita sering terlupa.
untungnya mempunyai seorang sahabat
yang sentiasa memahami
yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya
Dia mendengar luahan perasaan kita
segala rasa kecewa
dan ketakutan.
harapan dan impian juga kita luahkan
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah
selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita
hingga
kadang-kadang kita terlupa
sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi
bersama kita.
pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan
tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
pernahkah kita menenangkan dia
seperti mana dia pernah menyabarkan kita.
ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan
berita gembiranya?
mampukah kita menjadi sumber kekuatannya
seperti mana dia meniupkan semangat setiap kali kita rasa
kecewa dan menyerah kalah?
dapatkah kita yakinkan dia
yang kita boleh dipercayai
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar
bila terasa lemah, agar tidak rebah..
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita
ambillah masa untuk memahami hati
dan perasaan sahabat
kerana dia juga seorang manusia
dia juga ada rasa takut, bimbang, sedih, dan kecewa
dia juga ada KELEMAHAN dan memerlukan
seorang sahabat
sebagai kekuatan
jadilah kita sahabatnya itu
kita selalu melihat dia KETAWA
tetapi mungkin
sebenarnya dia TIDAK SETABAH
yang kita sangkakan
di sebalik senyumannya mungkin
banyak CERITA SEDIH
yang ingin diluahkan
disebalik kesenangannya
mungkin tersimpan SERIBU KEKALUTAN
KITA TIDAK TAHU
tetapi
jika kita cuba jadi sahabat sepertinya
mungkin kita akan tahu
RENUNGKANLAH~
No comments:
Post a Comment
Nak beritahu apa?