Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Subhanallah..Cantiknya alam ini. Menerusi jendela bilik baru dapat ku lihat bukit2, pokok2, langit, awan, beburung dan banyak lagi ciptaan Allah.
Sebenarnya malas juga nak tulis dalam di sini dalam masa beberapa hari ni. Mungkin juga sebagai 'menghormati' minggu ulangkaji. Seperti banyak juga nak tulis. Tapi tak tahu apa.
Mungkin juga mengenai dialog hati yang selalu terjadi setiap hari.
Menjaga hati. Hati siapa? Hati orang lain? Hati sendiri?
Teringat sikap yang sangat mementingkan perasaan orang lain. Apakah patut atau relevan dengan keadaan / persekitaran dunia sekarang? Apakah aku terlalu kolot? (Entah, ayat memang celaru)
m.. letih berfikir.
Kenapa terkadang tu dalam beberapa situasi, diri tidak dapat meluahkan apa yang sebenarnya difikirkan kepada orang lain.
Astaghfirullah.
ALLAH...Kau sahaja yang memahamiku.
Ya. Mengadulah segalanya hanya pada Dia.
Aduhai, nafsu dalam diri.
Benarlah, JIHAD TERBESAR ADALAH MUJAHADAH NAFSU. Bukanlah, jihad yang dilakukan dalam peperangan. Susahnya, ya ALLAH....
p/s: Maaflah kepada pembaca yang terbaca entri ini. Inilah yang terjadi apabila hobi diri suka berfikir. Penat tau hobi ni tapi seronok juga. Moga apa yang dijana akal adalah datangnya dari DIA yang Maha Bijaksana lagi Maha Penyayang.
ALLAH......ALLAH...ALLAH.......
No comments:
Post a Comment
Nak beritahu apa?