Bismillahirrahmanirrahim..
Entri ini ku tulis bermula pada jam 1:17 pagi hari Isnin. Pada jam 7:30 pagi nanti akan bermula majlis watikah pelantikan JPP bagi IPG kesayanganku. Tiba-tiba diri teringat akan ayat yang pernah ku ucapkan sewaktu manifesto dahulu.. (sebenarnya ayat yang ku kutip daripada satu artikel yang ku jumpa sewaktu 'belek-belek' internet)
" Jawatan yang bakal kita dapat, bukanlah satu kebanggaan tapi ianya adalah satu amanah"
Ya, AMANAH. Rasullullah pernah bersabda,"... AMANAH adalah seberat-berat benda di dunia..."
Entri ini bukanlah satu luahan perasaan saya terhadap AMANAH yang berada dalam genggaman saya. Namun, sekadar mengingat diri yang semakin goyah dalam menunaikannya.
Amanah pula bukanlah hanya termaktub pada tugas atau pekerjaan yang kita terima seperti menjadi setiausaha persatuan, AJK Peralatan dan sebagainya. Namun, amanah juga merangkumi amanah untuk menjaga diri kita sendiri. Kita bertanggungjawab atas diri kita. Penjagaan kesihatan dalam dan luar. Sudah dipenuhikah segala keperluan seperti dalam 'Hierarki Keperluan Maslow'. Berdasarkan 'Hierarki Keperluan Maslow', keperluan fisiologi berada dibawah. Apakah yang dikatakan sebagai keperluan fisiologi? Keperluan fisiologi tak lain tak bukan, pastilah berkenaan dengan keperluan makan, minum, pembersihan diri dan seangkatan dengannya.
Bercakap tentang makanan yang mengisi perut-perut kita. Bagaimana pula dengan makanan untuk roh kita? Hah? Apa makanan untuk roh? Makanan untuk roh ialah zikir, bacaan al-Quran dan juga seangkatan dengannya. (tegur ya, andai aku sudah tersalah tulis)
Selain daripada amanah untuk menjaga diri, masa juga merupakan satu AMANAH yang ALLAH beri kepada kita. Kelak nanti akan Dia tanya kepada kita tentang masa yang berlalu. Apa yang kita telah lakukan dengan peruntukkan masa yang diberi Dia.
Sampai sini saja. Mata pejam celik2x.. Tidur je lah~ ^__^
No comments:
Post a Comment
Nak beritahu apa?