Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Friday, April 30, 2010

Sir, Ladies' Coach..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah~ Syukur padaMu ALLAH kerana Kau telah memberi ilham kepada tuan punya idea 'Koc Wanita'. Maaf kaum lelaki, tetapi kami amat memerlukan gerabak khas agar kami berasa selamat dan lebih terpelihara. Ya ALLAH, hari inilah hari yang paling menyenangkan hati apabila menaiki komuter. Tidak perlu risau untuk bersesak-sesak menaiki gerabak kerana kanan, kiri, depan dan belakangku adalah WANITA! Terus-terang..memang saya terharu. Pastinya para penumpang wanita yang selalu menggunakan perkhidmatan komuter juga turut merasainya. (harapnya kaum lelaki akan sentiasa memberi kerjasama terhadap pelaksanaan gerabak khas ini)

Sebenarnya, saya rasa pihak komuter ini juga sudah memikirkan buruk baiknya pelaksanaan ini. Bagi saya, pihak komuter akan lebih mendapat keuntungan atau kebaikan daripada pelaksanaan ini sambil memberi KETENANGAN serta keselesaan kepada para penumpang khasnya kaum wanita. Pada pendapat saya yang paling utama ialah pihak komuter akan dapat menjimatkan masa dan melancarkan pergerakan keretapi. Apabila disediakan kawasan khas untuk penumpang wanita naik, maka akan lebih cepatlah pergerakan masuk penumpang ke dalam keretapi kerana mereka (kami) tidak perlu berjaga-jaga semasa masuk ke dalam keretapi yang macam ikan sardin dalam tin. Pergerakan yang cepat akan menyebabkan masa yang diambil untuk keretapi bergerak lebih pantas. (Selalunya pemandu keretapi akan tunggu mereka yang dirasakan dapat diberi peluang untuk masuk) Onion Icons

Habis bab komuter yang seronok @ BEST!

Rasanya itu sahaja buat entri pada waktu ini. Waktu Maghrib sudah pun masuk. Jadi, jangan lengah-lengahkan solat. PELIHARALAH SOLATMU! (Nanti ALLAH sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaang ::infiniti::) MSN Onion Icons








No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.