Bismillahirrahmanirrahim..
Jam menunjukkan 5:08 pagi tatkala sedang menaip entri ini. Nampaknya diri ini mahu juga untuk menyatakan sesuatu berdasarkan pengalaman diri menjadi fasilitator. Poin sebenarnya ialah apabila diri berjumpa, mengenali dan berada dalam sebuah kelompok manusia yang hebat. Hebat bagaimana? Hebat dalam menganuti agamanya..hebat dalam menegakkan agama pilihan Allah..
MasyaALLAH..bagaimana aku nak gambarkan rasaku?
Ini baru sahaja kelompok kecil. Masih ramai lagi seperti mereka di luar sana.
Ku muhasabah diri.
Manakah letaknya harga diriku untuk aku menjadi panji-panji bagi agamaku sendiri?
ALLAH..
Teringat aku akan satu ayat yang pernah ku baca.. Lebih kurang begini ayatnya..
"di akhir zaman nanti, mereka yang masuk syurga seumpama setompok bulu putih pada badan seekor lembu hitam"
Maaf kalau aku salah dalam menulis kembali ayat itu dengan sebetulnya.
ALLAH...
Siapalah aku ini?
Kuatkan semangatku ya Rabb..
Tunjukkan daku jalan yang terbaik untukku lalui
Hidup dalam dunia ini
Aku lemah
Aku lelah tanpaMu
Jauhkanlah daku dari fitnah dunia
Yang bisa menjauhkan
diriku dariMu
**************************************
Andaikan diri ku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai
Aku lemah tanpa Mu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaaa Allah
Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi
Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku Cinta Allah
*********************************
No comments:
Post a Comment
Nak beritahu apa?