Petang ini tiba-tiba aku terfikir sesuatu. MasyaALLAH. m.. Aku teringat salah satu bacaanku perihal mereka-mereka yang dekat hatinya dengan pencipta. Wajah mereka sentiasa ceria. Tidak bermuram durja.
Aku lama memerhati.Melihat wajah manusia disekelilingku (semestinya wajahku sendiri). Ya. Pelbagai ragam wajah yang terkadang kalau kita tak lihat lama-lama, pasti kita tidak akan sedar. Entahlah. Tak tahu bagaimana aku nak nyatakannya. Mungkin saja aku ini banyak berfikir. Perkara sekecilnya pun bisa jadi besar.
Namun, apa yang ku perolehi. Wajah-wajah yang padaku ianya dimiliki oleh mereka yang punya semangat juang yang tinggi jua punya jati diri Muslim yang jitu, punya ceria dan ketenangan pada wajahnya. Sukar menyakiti yang lain. Muhasabah diri. Aku pula bagaimana? Cukupkah sekadar orang menyatakan aku nampak muda daripada adikku sendiri sudah memadai bagiku?
Persoalannya wahai diri. Bukanlah kondisi wajahmu yang penting, namun apa yang tersemat dalam dadamu..dalam jiwamu itu yang amat penting!
Sudahkah kau jernihkan segala niatmu dalam jalan yang kau tempuhi sekarang?
Apakah matlamatmu dalam jalan ini?
Penuhkanlah dadamu dengan ilmu yang BENAR. Fahami dan ingatinya.. Pengajaran untukmu bagi peristiwa semalam~
W'salam....
No comments:
Post a Comment
Nak beritahu apa?