Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Saturday, April 3, 2010

Hamba HINA!

Bismillahirrahmanirrahim

Tatkala kulihat line biru menerjah masuk.. jemariku ini mahu ligat menulis. Meluahkan sesuatu yang memang pernah juga diluahkan. Sememangnya aku merasa agak cemburu terhadap mereka-mereka yang Allah kurniakan keluarga yang kuat dalam mendidik diri mereka berjuang dalam jalan Dia. Juga cemburu pada mereka yang sudah berlatar belakangkan sekolah agama yang apabila ku selidiki dan ku tahu, cukup hebat!. Mereka dengan semangat yang berkobar-kobar dalam menegakkan panji-panji agama Islam yang tersayang ini. Hurm...

Aku terasa amat kerdil. Kerdil sekali apabila ku bandingkan diriku dengan mereka. Siapalah aku ini?

"Siapalah aku ini
Yang ingin
memetik cintamu
siapalah seadanya
diriku
di sisimu.."
~Siapalah Aku oleh:Amy Mastura

cintamu ku ertikan cintaMu..

Selalu juga air mata ini mengalir. m..

Namun, bilaku fikir..fikir..dan terus berfikir. Apabila ku teringat bahawa, setiap kejadian datangnya dari Dia (yang ingin sekali ku miliki kasihNya).. aku jadi redha atas apa yang ada disekelilingku. Aku bersyukur. Aku bersyukur kerna Dia masih mahu menunjukkan arah yang sepatutnya dilalui (walau selalu jua aku terkandas dan melencong). Ya, keluargaku jauh berbeda daripada keluarga sobat-sobatku yang hebat dalam perjuangan menegakkan agama yang mulia ini. Ya, aku bukanlah berlatarbelakangkan sekolah-sekolah hebat dalam menyemai subur hati-hati untuk mendekatkan diri padaNya.

(Aku hanyalah insan biasa. Hamba yang HINA!)

Aku perlu jelas, kenapa aku berada dalam lingkungan hidupku sekarang. Maksudku dengan kondisi keluarga yang berbeda daripada mereka dan latar belakang yang tidak utuh dalam punya ilmu agama yang tinggi. Fikirkan wahai diri! Kau pasti faham aturanNya (semestinya dengan izinNya sahaja). Apa-apa pun, ku amat menyayangi keluargaku. Sangat! Love them so much! No matter what people say. Mereka punya keistimewaan tersendiri.

Aku pasti. Mereka yang miliki kelebihan tadi (keluarga & latar belakang sekolah hebat) pasti punya dugaan dan cabaran yang tersendiri. Jadi, ku harus yakin. ALLAH itu Maha Adil..Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ada hikmahnya aku di'sini'. Perlu aku sentiasa nilai diri.

Muhasabah diri, wahai diri. Wahai hati!

ya ALLAH..kupohon
Tunjukkanlah kami
jalan yang terbaik
untuk kami lalui
dalam kehidupan
dunia yang penuh
tipu daya
yang selalu
kami tidak mengerti
apa lagi fahami
tunjukkanlah kami
perbedaan jalan benar dan yang batil
moga kami tidak tersesat
dalam mencari jalanMu
yang membawa ke syurgaMu

sucikanlah hati2 kami

amiin ya Rabb

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.