Kali ini, entri aku bertemakan "empati". Empati. Mungkin saja kurang dalam diri. Mungkin juga terlampau menebal kerana acap saja kesian melihat orang lain merana. (bukan ku kata tentang diriku..mungkin saja berkata tentang orang yang sedang membaca)
Jom kita tengok pendefinisian berkaitan empati yang sempat ku cari.
(nampaknya..lain kali saja ku letakkan pendefinisian yang inginku letak. Internet sangat perlahan)
Apa-apa pun pendefinisiannya, apa yang ku faham tentang empati ialah kita dapat merasakan apa yang sedang dirasai oleh orang lain. Aku cuba untuk tidak menghilangkan sifat itu dari dalam diri kerana ku rasa seandainya ia hilang terus maka aku akan berlaku sangat zalim. Muhasabah diri jom. Ada tak sifat itu dalam diri kita?
Terkadang rasa perbuatan orang sekeliling juga bisa mempengaruhi sifat empatiku. Makin lama makin menipis. Adakah diri ini umpama angin lalu bagi mereka? Ah.. mungkin saja mereka rasa aku mengabaikan mereka.
Betullah agaknya kata suara hati. "Aku perlu jadi hebat! Kerana kalau tidak aku pasti ketinggalan jauh dari mereka-mereka yang selalu saja tidak toleh ke belakang menggapai tangan yang lemah ini"
Astaghfirullahal'azim.
Salah tu..wahai diri!
You need to tell yourself that everything you do is just for ALLAH..The Almighty...
Betulkan niatmu..jernihkan hatimu...
Biar saja hatimu acap terluka. Kerana dengan bekas-bekas luka itu bisa menguatkan hatimu. Semua ini pengajaran untuk menguatkan hati..jiwamu dalam menghadapi cabaran yang lebih besar di hari muka. Biar saja andai kau terasa kesunyiaan kerana realitinya kau berteman. Tuhanmu ada di mana-mana. Melihatmu mengharungi segalanya. Sesungguhnya, Dia Maha Mengetahui apa yang kau tempuh. Percayalah. Kau mampu tempuhinya.
insyaALLAH..makbul!
amiin..ya Rabb~
No comments:
Post a Comment
Nak beritahu apa?