Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Friday, April 2, 2010

Oh Pesta Oh Buku II

Sambung balik ceritaku pada hari Jumaat bersamaan (26 Mac 2010).

Di sana banyak sangat booth2 yang baru jikalau nak dibandingkan masa aku pergi zaman persekolahan kat kawasan yang sangat dekat kat situ. Booth yang paling ku gemar lihat dan meninjau0ninjau bukunya ilah PTS. Ceria! Ada juga niat nak lihat secara realiti editornya yang hanya ku kenali dalam mukabuku. Mulanya memang tak nampak. Namun masa akhir-akhir waktu kami mahu pulang aku tergerak hati nak pergi tangkap gambar kat bahagian PTS tu. Habis gambar fail plastik yang comel2 aku tangkap. (Tiada kerja agaknya..) Tiba-tiba aku ternampak juga akhirnya kelibat manusia tersebut. Segan untuk menghampiri. Sekadar melihat daripada jauh.

Sebenarnya, poin entri aku mengenai Pesta Buku ni ialah bahagian akhir waktu kami nak balik rumah. Alkisahnya, kami naik komuter untuk pulang ke Seremban. Memanglah kami naik tren yang betul. Cumanya, ditakdirkan ALLAH..kami tak turun-turun untuk tukar tren ke Seremban. Semua ini akibat kelupaanku dan memang takdir Ilahi. Kami hanya sedar sewaktu tren sudah melewati Padang Jawa! "Eh, ni bukan ke..Klang ke?" Aduhai...agaknya mak abah rindu daku kot. Tu sebab lah Allah nak aku balik rumah.

Kesian kawan2ku. Maaf ya Ana..maaf ya Su.. (Tapi kome dapat g rumah akak.. (^_^)..

Yang paling aku tak dapat lupa, berlaku perdebatan antara kami dengan seorang penjaga tiket komuter. Yup. Ni emmang salah kami. Cumanya aku berasa geram bila dia seperti nak beritahu bahawa kami ni penipu. Bila nampak duit yang kami keluarkan untuk membayar 'denda' yang dia nak, barulah dia seperti percaya kami. Apa-apa pun, aku kemudiannya faham. Dia hanya menjalankan tugas. Bagiku, dia merupakan pekerja yang baik. Cumanya ayat yang digunakan tu kena eloklah sikit. Panas juga dengar.

Apa-apa pun Pesta Buku ini memang seronok! Cumanya masa yang kami peruntukkan untuk diri memeang singkat. Sebab ingatkan nak fokus terhadap tugasan yang ada pada hari Sabtu dan Ahad.Tup..tup..Pulangnya diriku ke rumah membawa teman-teman..

Only Allah knows why this happen..

I believe.. that everything happened would have its own reason/s.. from Allah of course! (^_^)
I love mak...I love abah... I love angah..idah..atok...

Hoping that my first LOVE remains on its position.. Can't reach by the others! Hope.. I can make it! InsyaALLAH..


No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.