Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Saturday, April 17, 2010

Kem Kepimpinan PGPI

Bismillahirramanirrahim

Alhamdulillah..wa syukurillah.... (tiba-tiba teringat sebuah lagu yang aku lupa tajuk dan siapa penyanyinya)

Akhirnya pada Ahad lepas berakhir sudah Kem Kepimpinan PGPI yang berlangsung selama lebih kurang 2 hari 3 malam di IPG ku. Syukurku kehadrat Ilahi, kerana tanpaNya yang mengizinkan kami untuk melaksanakan kem ini, maka tiadalah berjaya ia diadakan. ALHAMDULILLAH.

Ya. Banyak kekurangan yang dapat dilihat dalam kem ini. Namun, ku harap semua dapat mengambilnya sebagai poin-poin penting bagi membaiki kem ini pada masa akan datang. Mohon ampun dan maaf terutama kepada mereka yang tidak dapat mengikuti kem ini. Ku tahu kalian amat benar ingin mengikutinya. Maaf sahaja yang mampu ku lafazkan tatkala mengejari masa yang semakin laju meninggalkan kita.

Daripada kem ini, pelbagai senario pembelajaran yang telah ku lalui. Bukan sahaja diriku malahan sobat2ku yang lain turut merasainya. Terus terang ku katakan bahawa ada beberapa ketika seperti mahu sahaja ku berputus asa daripada terus memperjuangkan kertas kerja kem ini pada mulanya ia bergerak.

ya ALLAH...Sesungguhnya KAU lah sumber kekuatanku!

Terima kasih sobat2ku, terutama adik Dilah, Zaiton dan Najah kerana banyak membantu kakakmu yang masih merangkak dalam menguruskan kertas kerja ini. Akak sangat terharu! Terima kasih juga kepada mereka yang lain yang turut membantu secara langsung atau tidak.

Melalui kem ini, aku banyak dapat muhasabah diri yang terlalu banyak kekurangan ini. Aku semakin memahami manusia yang bergelar lelaki. Terlalu berbeza sikapnya dengan adik apatah lagi abahku. Sememangnya aku tak boleh melihat mereka sama. Latar belakang yang berbeza sudah pasti membentuk peribadi yang turut berbeda. Aku makin belajar untuk menebalkan hati dan wajah apabila berurusan dengan mereka. Menebalkan muka sebab aku memang segan orangnya. Menebalkan hati bukan dek kerana khuatir 'jiwa kacau' atau seangkatan dengannya, tapi menahan hati menerima cara 'teguran' yang kadang-kadang itu menghiris rasa. Makin banyak juga perangai yang dapatku lihat. Ya, pasti berbeda apabila kita berurusan dengan mereka yang muda dan dewasa daripada kita.
(teringat tatkala berurusan dengan senior-senior KPLI Sains semasa Festival Sains)

Mungkin saja aku ini suka dipandu berbanding memandu. Dipandu bukan dengan sebarang orang. Orang yang lebih matang dan bijak berkomunikasi. Punya banyak idea namun tidak pula
sewenang-wenangnya tidak menghiraukan apa yang diperkatakan oleh anak buah. Seorang pemimpin kurasa patut begitu. Jika dia tidak bersetuju dengan sesuatu perkara yang diutarakan, dia akan menolak dengan hikmah. Bukan dengan hanya menyatakan "tak pe..tak pe..yang itu kita boleh fikirkan lain kali..atau "rileks..rileks....bertenang".

Ya, memanglah seorang pemimpin itu perlu bertenang. Namun, apabila diminta bertenang tiada pula susulan idea untuk menyelesaikan. Lalu, bertangguhlah benda itu sehingga satu masa apabila ianya diingati kembali dan pada ketika itu sudah lambat untuk diambil tindakan. Seharusnya, sesuatu perkara yang penting harus segera diselesaikan. Ya, kita juga perlu mengambil kira kekangan yang dihadapi pihak lain seperti tugasan yang perlu dihantar. Namun, tidakkah tugasan itu adalah normal bagi semua yang bergelar mahasiswa/i dan tidakkah mereka juga tahu yang orang lain juga turut punya tugasan yang perlu diselesaikan juga?

m... mungkin saja aku ni terlalu risau dengan situasi kem pada masa itu sehingga ada wajah utama yang menjadi serangan aku ketika itu.

Apa-pun ku rasa pengisian kem kali ini mantop dengan kehadiran saudara Jufitri Bin Joha yang telah menaikkan semangat para peserta umum dan fasilitator khususnya. (kredit to Najahtul Husniah). Juga sudah pastinya kehadiran para penceramah yang tidak kurang hebatnya dari IPG ku sendiri. Ustaz Malik, Ustaz Shairozi, Ustaz Muhsinul, Ustaz Sabri, Tuan Hj Ali dan Tuan Hj Zulkifli. Memang MANTOP! Ku harap dapat bekerjasama lagi dengan mereka di masa hadapan.

Apa-apa pun aku harus lebih banyak bersabar apabila berurusan orang seperti manusia itu seandainya aku berjumpa kembali orang sepertinya.

Ish, aku ni! Sudah betulkah semua perilaku dan caramu?

Pandai kata orang! Lihat cermin dulu kakak ui.. Aduyai... banyak kelemahan diri yang juga perlu kau baiki. Harap kau dah senaraikannya ye, wahai diriku sayang.

*******************************************************
sebagai selingan juga ingatan kta bersama:

ku terbaca bahawa Achik Spin telah meninggal dunia sebentar tadi.

Oleh Ainol Amriz Ismai dan Farabi Sheikh Said Al Jabri

SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan

Mari kita sedekahkan al-Fatihah buatnya.

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.