ya ALLAH.. rindunya aku pada keHIDUPan ni. Sudah lama kiranya saya meninggalkan blog ini. Walaupun bukanlah bertahun, namun kerinduan padanya saya kira terkesan juga dihati. Mungkin juga kerana keHIDUPan ini merupakan blog pertama saya dan banyak mengenalkan saya tentang dunia blog.
Sebenarnya, dalam diam daripada keHIDUPan saya telah membuat blog kedua. Maaf kiranya tidak dapat mendedahkannya buat masa ini (kerana masih rasa mungkin ingin mendedahkannya suatu hari nanti) tatkala isinya lebih kepada emosi diri yang entahkan pembaca dapat apa-apa manfaat darinya atau tidak.
Kenapa nak sambung semula di keHIDUPan?
Terus terang saya katakan yang saya hampir saja ingin membuang akaun blog ini. Atas alasan yang langsung tidak masuk akal saya kira. Faktor utama untuk tidak melakukannya kerana saya sememangnya sayangkan keHIDUPan walaupun saya tahu betapa kerdilnya penulisan saya yang entah apa-apa. Kesian keHIDUPan terbiar (walaupun selalu juga ku kunjungi). Tengoklah, senarai blog yang disukai semua hilang. (xpe2..nanti kita elokkan ye..)
Banyak perkara yang saya nak kongsikan namun sekarang sudah jam 2:32 pagi dan esok merupakan hari kedua saya ke sekolah. PBS. Alhamdulillah. Hari pertama ini, saya boleh menyesuaikan diri dan memboloskan diri dalam kelompok cikgu-cikgu di sana. Yelah, saya ni kan masih memegang 'title' guru pelatih.
Apa-apa pun ...khuratuain SAYANG keHIDUPan..
No comments:
Post a Comment
Nak beritahu apa?