Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Thursday, March 11, 2010

Ibu Oh Bapa


Hari ini merupakan hari keempat saya berada di sekolah dalam melaksanakan program PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah). Banyak kelainan yang saya rasai ketika berada di dalam sekolah ini. Selalu juga melihat masalah melanda di dalam sekolah ini. Rasanya tidak perlulah saya menyebutkan naman sekolahnya di sini. Mungkin juga para pentadbirnya kurang berjaya dalam melaksanakan atau merangka pelan-pelan mantap dalam memajukan sekolah.

Perkara utama yang menjadi permasalahan sekolah ini melibatkan ibu bapa pelajar. Hampir setiap hari sahaja saya mendengar keluhan para guru mengenai ibu bapa. Terbaru pagi tadi, guru displin terpaksa mengadakan sesi dialog dengan seorang bapa yang tidak berpuas hati kerana anaknya tidak dibenarkan masuk ke sekolah melalui pintu utama. Huh! Perkara yang saya kira amat remeh dan seperti tak masuk akal bila difikir-fikirkan kembali. Mungkin juga saya tidak patut terus menerus menghukum ianya sebagai tidak masuk akal kerana tidak mendengar 'hujah' daripada pihak si bapa.

Namun, apa yang saya faham. Pihak sekolah berbuat demikian kerana ingin menjaga keselamatan anak-anak mereka juga. Aoa yang saya dapat lihat, memang jalan masuk ke kawasan sekolah ini agak kecil jikalau hendak dibandingkan dengan dua buah sekolah yang saya pernah pergi sebelum ini. Seandainya murid-murid yang begitu ramai diizinkan untuk menggunakan laluan utama yang mana kereta para guru juga turut keluar masuk, maka ianya saya kira amat membahayakan. Lihat sahaja sikap murid-murid sekolah ini sudah cukup untuk menjelaskan ketidakdisplinan mereka terhadap sekolah apatah lagi perihal diri sendiri. Risau betul!

Ada pula ibu bapa yang 'argue' tentang pemberian markah oleh guru. Seorang guru bercerita, ada seorang ibu datang kepadanya dengan membawa kertas ujian anaknya. Ketas ujian matematik. Jelas lagi bersuluh yang jawapan anaknya salah. Hal ini berikutan terdapatnya gambar yang diberi untuk menetukan nombor yang perlu di darabkan. Seperti contoh, bahagian kiri ada tiga biji epal manakala bahagian kanan pula ada tujuh buah bakul. Bawah setiap gambar ada kotak yang perlu diisi termasuk kotak jawapan. Anak kepada ibu yang menyoal guru ini telah meletakkan angka yang salah pada kotak tersebut. Kotak jawapan pertama diletakkannya angka 7 manakala kotak kedua angka 3. Memanglah jikalau didarabkan jawapannya tetap sama. Namun, konsepnya sudah lari. Murid-murid sekolah rendah sepatutnya perlu menguasai asas yang penting ini. Benda yang bilangannya tujuh maka angkanya memang tujuh. (Maaflah saya tidak pandai untuk menerangkannya disini.)

Huh. Saya belum lagi masuk ke alam perguruan sebenarnya. Belum lagi menghadapi semua itu tapi sudah merasakan kelelahan para guru. Bagaimanalah para guru nak mendidik para pelajarnya sebaiknya jikalau setiap inci perbuatan atau pergerakannya dibahas. Terlalu dimanjakan sangat anak-anak zaman sekarang ini. Tetingat pula cerita guru saya yang mengatakan bahawa zaman mereka, ibu bapa siap sediakan rotan untuk diberi kepada guru-guru dalam mendidik anak-anak mereka.

Apa-apa pun, saya sekali lagi berjumpa dengan bekas guru sekolah rendah saya. Cikgu Rosli dan cikgu Kamarul. Teringat juga ayat cikgu Rosli bila kali pertama nampak saya, "Bila cikgu tengok awak ada kat sini terasa sangat cikgu ni dah tua."

Hehe.. No comment. Apa-apa pun saya amat terharu berjumpa dengan mereka lagi.

That's all for now. W'salam~











No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.