Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru..~ (^_^)v




Hari ini tanggal 16 Mei 2009, merupakan hari yang bermakna bagi semua guru. Hari Guru. Terkenang saya akan guru-guru yang telah bertungkus-lumus dalam mendidik saya sehingga menjadi diri saya sekarang.Saya pula bakal menjadi pendidik seperti mana mereka juga. InsyaALLAH..~

Guruku..TERIMA KASIH..TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA ATAS ILMU YANG KAU BERI..
Moga hidup kalian kan sentiasa dalam bahagia ..hendaknya..

Saya menyedari bahawa saya sebenarnya perlu bersungguh-sungguh untuk membina peribadi serta kemahiran yang tinggi dalam mendidik anak bangsa yang makin pintar dari hari ke hari. Saya sedar bahawasanya, masa hadapan penuh dengan cabaran. Acap kali Dr. Maridah (pensyarah Perkembangan Kanak-kanak) menyatakan hal tersebut kepada kami. Kami sentiasa diingatkan agar menyediakan kekuatan dari aspek fizikal dan terutama sekali emosi yang jitu. Jangan mudah melatah dengan pelbagai dugaan dan dugaan yang bakal kami tempuh kelak.Gunakan akal sebaik mungkin. Kawal emosi. Berfikiran jauh..

Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

InsyaALLAH..akan ku ingat. Sebenarnya jalan ini tidak pernah pun saya terfikir untuk lalui. Namun, inilah dia.. Takdir dan jalan yang terbaik yang dikurniakan ALLAH kepada saya. Saya sangat bersyukur.. Syukur tak terhingga. m..banyak jalan-jalan ilmu yang saya telah tempuhi..dari Selangor ke K.L.--> Perak --> Pulau Pinang-->akhir sekali..Negeri Sembilan.. Saya panggil laluan2 ini sebagai..'Jalan kasih sayang-NYA'. Hal ini kerana, saya amat pasti segalanya yang telah saya tempuhi selama ini tersirat hikmah yang indah walaupun tatkala melaluinya terdapat duri-duri yang menyakitkan. Namun, semua itu rupanya adalah sebagai penguat diri di waktu ini. Saya lebih matang dan utuh dalam menghadapi masalah yang mendatang berbanding diri saya yang dulu.

Doakan saya agar dapat mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang bukan sahaja berjaya dalam akademik malahan juga teguh rohani serta akhlaknya. insyaALLAH..makbul. Moga berjaya dunia dan akhirat. Doakan juga agar saya akan sentiasa teguh dalam menghadapi setiap cabaran yang mendatang. amiiin.

Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

p/s: (tambahan) Hadiah kepada bakal guru pada Hari Guru ini..BANTAL.. (^_^)v baru dapat dalam kul 9 tadi..~ waah..bertambahlah..bilangan bantal dalam bilik..

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.