Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Thursday, May 14, 2009

Usia +.. Amanah +..





Alhamdulillah..syukurku keatas nikmat yang dilimpahkan-Nya keatasku juga ke atas makhluk-makhluk ciptaanNYA yang lain. Hujan yang tidak berhenti sejak dari tengah malam semalam, menyegarkan udara di pagi hari ini. Subhanallah.. m.. Tangan dan hati masih berdegil mahu menulis sesuatu pada pagi ini. (m..macam tak sedar nak exam..(^_^))

Alhamdulillah..aku masih diberi kesempatan bagi memperbaiki diriku dari pelbagai aspek. Umurku yang baru menginjak 21 tahun ni, seakan-akan tak terduga dek fikiran. Aku tertanya-tanya kepada diri sendiri.. Apa yang telah aku lakukan sepanjang hidupku ini. Adakah aku banyak memberi manfaat atau banyak menyusahkan orang?


Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Aku ingin memohon maaf dari seseorang yang amat penting dalam hidupku. Keterlanjuran kata-kataku dalam mesej, amat aku kesali. Namun, tidak aku nafikan bahawa apa yang tercatat di situ bukanlah hanya coretan amarah semata-mata. Tapi merupakan perasaan kecewa yang sudah bertahun terpendam.(maafkan along)..

Menginjak usiaku yang ke-21 ini, bersama-samanya juga terpikul satu amanah dan tanggungjawab yang perlu aku laksanakan. Aku benar-benar khuatir jika aku tidak dapat melaksanakannya sebaik mungkin. Tanggungjawab ini sebenarnya perlu bermula untuk diri aku sebelum ia menjalar padu kepada mereka yang lain. (Cukup risau)


Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot


Sebuah perancangan harus aku lakukan bagi melancarkan segala aktiviti diri..(hanya dengan izin-NYA).. Sesungguhnya segala pengharapanku hanya padaNYA.

Perkara yang paling penting adalah mendidik jiwa ini agar terus bersemangat dalam jalan-jalan yang sedang dan bakal aku tempuhi. Ya! m..tapi bagaimana? --> perlu menggerakkan akal yang diberi ALLAH S.W.T..(nampaknya..hobi aku perlu berjalan seperti biasa)
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot



m..Aku rindu mak..Idah..Angah..Rindunya..m..pelik betul bila menjengah ke dalam diri ini. Memang sukar untuk aku menterjemahkan kasih sayangku kepada mereka yang aku sayang. Lagi-lagi bila mereka berada di depan mata. Ini merupakan antara persoalan diri yang sentiasa berlegar dalam benak fikirku. Aku rasa aku tahu jawapannya namun amat sukar untuk menyelesaikan sepenuhnya. Moga dari hari ke hari dapat aku singkapkan dengan sebaiknya. (..berkias pula pagi2 hari ni..)


Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam, dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam..Yang paling jauh, bukannya bintang, mentari pun bukan jua rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali..kelmarin yang luput menjadi secancang kenangan, semalam yang terluput mengukir sesalan..yang ada hanya hari ini & akan datang..gunakanlah hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selamanya.."



Sebagai ingatan diri dan sahabat-sahabat di luar sana. Ungkapan ini lebih kurang sama dengan mesej hari lahir yang aku terima dari seorang sahabat semalam. Sahabat yang amat aku rindui..Moga persahabatan kami diredhaiNYA selalu. Moga segalanya adalah keranaMU ..Ya ALLAH..

p/s: Back to the track..--> baca buku la eza..ish2x.. (^_^)

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.