Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Thursday, May 28, 2009

Minggu Perah Otak Berakhir







Alhamdulillah.akhirnya minggu peperiksaan sudah pun berakhir pada 26 Mei yang lepas. Gembira? Ya tapi bimbang tentang keputusan yang bakal keluar. Apa-apa pun saya telah cuba melakukan sehabis baik dalam peperiksaan. Tidak mensia-siakan setiap saat masa ketika itu. Orang lain yang hebat-hebat kebanyakannya keluar awal dewan. M.. Baguslah mereka tu.Moga peroleh kejayaan. Sekarang ini, saya hanya bertawakal kepada ALLAH. Menyerahkan segala-galanya kepada-NYA. Walau sehebat mana pun seseorang itu berusaha, namun penentu kejayaan sebenarnya hanyalah pada-NYA. Betul tak?

(Haha..tiba2 teringat masa study week tempohari.. Entah berapa kali tertidur atas meja. Sakit betul keesokan harinya.)

Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Apa-apa pun .."Udah..TAMAT.."-buat masa ni la-


m..berkenaan dengan peperiksaan ni. Apa pendapat korang kalau soalan dah bocor secara tersirat.(hah ..faham tak?) Yang paling teruk sekali..skema jawapan bulat-bulat ada kat tangan. Huh?? Dasyatkan..

Saya rasa la kan. Objektif dalam melihat penilaian sumatif tidak akan tercapai. Mana taknya.. Kalau soalan dah bocor.. Apatah lagi kalau ada pula skemanya. Penilaian sumatif merupakan penilaian yang dilakukan bagi menilai tahap pencapaian ilmu seseorang pelajar selama dalam tempoh yang ditetapkan. Manakal penilaian formatif pula merupakan ujian yang dilakukan setiap bulan (ujian bulanan lah tu), yang dilakukan untuk mengetahui tahap kefahaman murid mengenai topik pelajaran yang telah diajarkan dalam masa terdekat. Ujian ini dapat membantu para guru merancang strategi untuk meningkatkan tahap pencapaian para pelajar ini hingga boleh menguasai seseuatu pelajaran itu dengan baik. (insyaALLAH).

Antara subjek yang saya ambil pada semester 1 ni ialah:
*Perkembangan Kanak-kanak
*Falsafah Pendidikan di Malaysia
*Live and Living Process (untuk subjek major)
*Children Learning Science

Berdasarkan pembelajaran saya terutama di dalam subjek Perkembangan Kanak-kanak dan Children Leraning Science, didapati bahawa pengajaran secara aktif yang menglibatkan murid-murid dalam menjana pemikiran mereka sendiri merupakan point atau metod yang penting dalam pengajaran sesuatu subjek. Hal ini bertumpu kepada budak sekolah rendah. Pada pendapat saya, (setelah membaca teori-teori ahli falsafah atau para pemikir pendidikan dunia) saya bersetuju dengan pandangan utama tersebut yakni pembelajaran secara constructivist merupakan cara pembelajaran yang paling berkesan (tanda bersetuju dengan Jean Piaget, David Brunner dll).
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Constructivist merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid. Melibatkan pelbagai aktiviti secara 'hands-on' kepada murid-murid. Apa yang saya ada terbaca dalam sebuah buku (m..tak ingatlah pula tajuknya), manusia terutama kanak-kanak akan mudah memahami serta mengingati sesuatu pengajaran apabila dia menggunakan kelima-lima deria utama mereka dengan sebaik mungkin. 5 deria utama itu ialah, melihat, merasa, bau, mendengar dan sentuh.

Namun, metod ini sebenarnya tidak dapat dijalankan sepenuhnya semasa proses P&P (pengajaran dan pembelajaran). Hal ini berikutan, sistem pendidikan kita adalah berorientasikan peperiksaan dan secara langsung kita terpaksa menghabiskan silibus-silibus yang banyak yang telah disediakan dalam masa yang singkat. Oleh itu, aktiviti-aktiviti yang melibatkan murid-murid secara aktif melalui eksperimen atau uji kaji(sebagai misalannya)tidak dapat dilakukan secara kerap. Para pelajar hanya berpeluang melakukan semua itu semasa waktu yang telah disediakan.Waktunya cukup sedikit. Menurut temuramah saya dengan seorang guru Sains sewaktu program PBS atau 'Pengalaman Berasaskan Sekolah', menyatakan bahawa bukanlah beliau tidak mahu menggunakan pendekatan P&P yang sedemikian; namun kekangan masa yang wujud tidak memungkinkan beliau untuk melakukannya. Herm..

Panjang lebar la pula penerangan bagi karangan kali ni.. (hehe..)

Namun, inilah perkara yang sering berlegar kat dalam fikiran bila saya masuk kelas bagi dua subjek ni. (ish..yeke.. ^_^.)

m..oklah. Setakat ni je nak dikongsikan.

Lusa dah nak pergi Kedah..(insyaALLAH) Doakanlah keselamatan saya pergi dan pulang ye. Tak pernah lagi bermalam di rumah orang. Agak gementar. Mak pun pesan, jaga diri elok-elok. Kalau boleh tak payah lama sangat kat sana. (Hehe..risau mak lah katakan..)BAIK MAK! hehe..akan along turuti..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Tak sabar rasanya nak jumpa Hamizah.. Moga KAU perlancarkanlah pertemuan kami ini..ya ALLAH..

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.