Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Friday, March 20, 2009

Ingat 5 sebelum 5 ..!!!!





Nampaknya targetku untuk menyudahkan 2 assignments dalam masa seminggu cuti ni seperti tidak akan tercapai. Namun, aku masih boleh lagi berusaha sebelum hari Isnin (23 Mac 2009) ni bakal tiba. InsyaALLAH.. Pasti boleh!

Macam ni lah selalunya aku. Baru sekarang nak tersedar akan masa yang berlalu tanpa digunakan sebaik-baiknya. Kini bila tiba saat kesempitan masa, baru lah tercari-cari masa yang tiada.

Kenapa aku selalu lupa akan sebuah nasihat ini.. Ingat 5 perkara sebelum tibanya 5 perkara..

1. sihat sebelum sakit
2. muda sebelum tua
3. kaya sebelum miskin
4. lapang sebelum sempit
5. hidup sebelum mati

Sememangnya, sejak aku mula menjadi mahasiswi dalam program perguruan ni; banyak kerja yang perlu aku lakukan.

Mulai minggu depan aku akan mula program PBS @ 'Pengalaman Berasaskan Sekolah' aku. Aku akan lakukannya bersama-sama kawan aku, Yati. Dia akan datang dari Johor. Pada mulanya aku sudah bercadang untuk ikut Yati buat PBS kat rumah dia. Tapi..abah tak beri kebenaran. (lagipun aku memang..tak pernah tidor rumah orang.. rumah mak sedara pun rasanya pernah sekali....je..)m.. nasib baik Yati ni memang dah biasa.. kesimpulannya aku akan lakukan PBS di sekolah lama aku. 'Bekas' sekolah rendah aku dulu kat Klang ni.

lepas seminggu ni pula, kami akan menjalani BIG pula.. BIG tu ialah Bina Insan Guru. Program ni akan dibuat di Port Dickson. Ni lagi satu hal! Actually aku memang pun suka berkhemah ni. tapi... kalau masuk bab2 masuk air ni..yang leceh. Aku memang dah lama dah(ber'zaman) aku tinggalkan mandi pantai tu. Bukan apa..malu....

Tapi, kami diberitahu yang BIG kali pertama ini akan melibatkan banyak aktiviti air. Aku tak berapa kisah sangat jika aktiviti air tu macam main kayak ke..sampan ke.. tapi bila dengar..'kami' kena & perlu MASUK dalam air tu..aku dah mula resah. pening kepala aku dan beberpa kawan memikirkan tentang hal ini. Maksud aku bab2 nak jaga aurat ni.. YA ALLAH..Hanya KAU saja yang tahu resah hati kami.

Aku tak tahu nak cakap macam mana. Dua persoalan ni selalu je bermain dalam kepala aku sekarang ni.. Mana yang lebih elok. Masuk tudung dalam baju ke? atau biarkan saja keluar? (memandangkan kami akan 'MASUK' ke dalam air.. ASTAGHFIRULLAH...

yang aku geram masa kami diberi briefing mengenai BIG ni, boleh pensyarah lelaki MELAYU + ISLAM ni kata kat budak perempuan MELAYU+ISLAM (siapa lagi yang pakai TUDUNG kan..)..ayat dia " kepada sesiapa yang takut mak bapak dia marah sebab masuk tudung ke dalam baju, pakailah kat luar.. m..pinlah banyak2 tudung tu.. pinlah sekeliling tudung ye..(sambil gelak2 dan tersengih2 JAHAT!!-memperli!!)

ASTAGHFIRULLAH..macam ni ke pensyarah Melayu Islam kita??!!

At least la kan.. tak perlu lah dia bagitahu hal tu dalam keadaan ter'sengih-sengih'+ gelak!!!.. memperli!!! ASTAGHFIRULLAH!!!!


Aku berdoa dan berharap sangat agar ALLAH melindungi aurat2 kami dari dilihat oleh orang yang tak sepatutnya. YA ALLAH..LINDUNGILAH kami...

Berilah aku petunjuk Ya ALLAH..akan solusi kepada hal ini.. tunjukkan aku Ya ALLAH.. Apa yang terbaik untuk aku lakukan..

m..SAHABAT.. KALAU KALIAN ADA SEBARANG CADANGAN (ANDAI ADA YANG TERBACA POST AKU YANG NI)..TOLONG AKU DALAM MENCAPAI & MENCARI PENYELESAIAN KEPADA MASALAH AKU NI..


p/s: masa tulis ni..teringat aku tentang assignments yang menggunung. selain hal PBS & BIG ni..


tergelak aku sorang2 bila teringat.. hehe.. agaknya sebagai antara pengubat hati juga kot.. .^_^.

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.