Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Sunday, February 8, 2009

Kurniakan aku kekuatan..ya ALLAH..~

Sudah hampir sebulan aku berada dalam program ijazah ini. Walaupun baru sebulan, namun terasa seperti sudah berbulan-bulan menghadapinya. m.. Yelah.. dengan kerja yang tak henti-henti dapat. Aku amat membuntukan kekuatan. Terutama dari segi mentalku. .^_^. m.. tanggungjawab aku pada sem ni bertambah dengan jawatan 'kerja' yang aku peroleh. Apa-apa pun aku akan berusaha sebaik mungkin melaksanakannya walaupun sekarang ni masih lagi tak biasa dengan kerja-kerja yang berkaitan dengan pengurusan unit. insyaALLAH.. aku BOLEH!!

Ya ALLAH.. terima kasih kerana selalu mengingatkan aku akan kebesaran-Mu. Kebanyakan masaku yang alpa akan Kau ingatkan dengan sesuatu perkara yang pada mulanya aku tidak mengerti. Terima kasih ya ALLAH..

Alhamdulillah.. aku gembira dengan kehidupanku sekarang dengan keadaan atmosfera rumah yang indah lagi damai. alhamdulillah. juga.. kecelaruan yang semakin mampu aku tangani..

Buat mereka yang diluar sana. Apabila kamu gelisah dan resah, ingatilah DIA.. Pasti hatimu kan damai.. Rebutlah cinta-NYA.. M..kat bawah ni ada sesuatu yang ingin saya kongsikan.. sebenarnya saya dapat ni dari emel seorang sahabat yang baru saja saya kenal. Marilah sama-sama kita hayati akan pesanan ini..:

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

• Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

• Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

• Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

• Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

• Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.



Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

• Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

• Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.

• Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
• Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.

• Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

• Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

• Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."


Jadi..marilah kita sama-sama ambil ikhtibar dari nasihat serta peringatan di atas ye.. Sayang kamu semua.. wahai saudaraku..

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.