Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Monday, March 23, 2009

Hari Pertamaku di Sekolah..



Ya ALLAH.. betapa baru ku bertambah sedar bahawa untuk menjadi seorang pendidik yang benar-benar dapat mendidik, amat memerlukan kesabaran yang tinggi serta semangat yang bersungguh-sungguh.

Hari ini merupakan hari pertama aku menjalani PBS. Terus-terang aku katakan..meletihkan. m.. terutama waktu 4 masa 'relief' yang diberi kepada kami kerana terdapatnya guru yang sakit.

Tekak aku agak pedih lah sebab terpaksa menggunakan suara yang 'lantang' untuk memberi arahan kat murid dalam kelas relief tu..



hah..macam tu lah kebanyakan budak-budak dalam kelas 4 Intan tu ber'aksi'..

m..x keruan juga kitorang..
tapi alhamdulillah..mereka dengar juga kata-kata kami agar tak keluar kelas dan terlampau bising.

macam-macam ragam budak dapat aku lihat.

ish2.. nasib baik lah kesabaran aku masih menebal. m.. ada pula budak tu yang suka bergaduh. nasib baik lah tak bergaduh teruk-teruk. Kalau tak, habis aku & Yati kena jawab.

ada pula tu, anak murid yang banyak...pula tanya tentang diri kitaorang. Soalan yang rasanya macam tak padan untuk mereka tanya.

'Cikgu2..cikgu bujang lagi?'-antaranya lah..

alhamdulillah..untuk hari ini, kami dapat kerjasama yang baik dari pihak sekolah dalam memperoleh maklumat yang dikehendaki. namun, masih banyak lagi yang perlu kami cari. Bayangkan.. kami ada lebih kurang 4 assignments yang 'besar' untuk kami selesaikan dalam waktu PBS ni..

X pe.. InsyaALLAH..kami akan lakukan yang terbaik..

(dengan izin ALLAH)

CHIA-O!!

p/s: m.. ada jugak soalan yang menjadi cabaran untuk kami.. xpe..kami sambutnya dengan positif ..insyaALLAH..

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.