Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Wednesday, March 25, 2009

Baiki lah dirimu dulu..







m.. Ujian ALLAH datang dalam pelbagai bentuk. Bukan sahaja ujian itu datang dari sesuatu kehilangan; bahkan sikap orang disekeliling kita juga merupakan ujian bagi kita. Ya, amat mudah untuk saya menyatakan kenyataan di atas. Namun driri ini masih gagal dalam menerima dengan sebaik mungkin ujian yang datang dari sikap manusia sekeliling diri.

Sememangnya saya sedar akan diri ini, bukanlah memiliki sebaik pekerti seperti insan-insan lain. Saya tahu saya mempunyai banyak kelemahan. Namun, kelemahan diri ini masih tidak dapat meneydarkan diri untuk mudah menerima seadanya sikap manusia yang pelbagai terutama yang menyakitkan hati (kenyataan secara tulusnya).


Terus-terang saya katakan, saya susah untuk menerima sikap mereka yang agak kedekut dalam berkongsi ilmu atau pengetahuan yang mereka perolehi (terutama semasa membuat kerja kursus) tapi senang-senang mengambil tahu tentang kerja orang lain. Kadang-kadang tu tanpa izin kita, senang-senang mereka melihat hasil kerja kita. Walhal dia sendiri buat kerja secara senyap-senyap agar kita tidak melihat kerja mereka.


Geram?? Marah??

m..tentu kedua-duanya ada. (astaghfirullah)

Apabila berjumpa dengan atau memiliki kenalan seperti itu, saya secara tidak sedar juga menjadi seorang yang kedekut. (astaghfirullah) Tapi kedekut kepada mereka yang kedekut lah..(selalunya..)

Apabila difikir2kan semula, rasanya ALLAH ingin mendidik jiwa saya agar tidak jadi begitu sebenarnya. sebabnya, walau geram mana saya dengan sikap mereka, tapi saya masih lagi dapat menerima mereka. Lagipun, pastinya setiap kejadian yang berada di sekeliling kita ada hikmahnya.

Ya ALLAH.. aku mohon agar aku dapat menempuh ujian ini.. agar aku dapat memperbaiki lagi akhlakku sendiri yang sebenarnya juga masih kelam.

Aku ingin sekali memperbaiki hubunganku dengan sesama manusia terutama dengan rakan-rakanku termasuk ahli keluargaku sendiri selain juga ingin menjaga hubunganku dengan-Mu.

Bimbinglah aku..Ya ALLAH..

Jauhkan aku dari sifat munafik & fasik.. amiin..


No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.