Diri selalu menghela nafas yang panjang. Kadang-kadang tak tahu untuk apa. Begitulah aku sebagai manusia yang biasa namun merupakan kejadian Tuhan yang luar biasa. Manusia merupakan sebaik-baik kejadian dan aku sangat mempercayainya. dengan akal yang dikurniakan, manusia mampu membezakan yang baik dan buruk. Manusia mempunyai nafsu yang berbagai cabang yang bagiku merupakan antara cabaran hebat manusia dalam menyempurnakan imannya. Aku tidak tahu sama ada, wujudnya lagi manusia yang memiliki iman yang sempurna. aku juga tertanya-tanya.. pernah wujudkah manusia yang memiliki iman yang sempurna selepas kewafatan Nabi junjungan yang dikasihi ALLAH..
Yang pastinya.. hidup ini penuh dugaan. Tidak kiralah manusia itu baik atau jahat. masing-masing ada bahagian yang tersendiri. aku selalu mendengar ayat ini.
" senang bagi manusia untuk menjadi jahat.. namun.. untuk menjadi baik? begitu perit untuk dilalui.."
hati yang masih lemah dari godaan jahat nafsu dan syaitan ini perlu digilap hari demi hari. yang telah mantap juga perlu disuci saat ke saat. iman manusia ni bukanlah seperti malaikat yang sentiasa meningkat hari ke hari.
ya ALLAH.. aku hanyalah hamba-MU yang lemah lagi kerdil.. merayu akan bimbingan-MU. aku acap kali alpa dan leka dalam menyintai-MU.
aku sering rebah dengan dugaan yang hanyalah sebesar zarah jikalau hendak dibandingkan dengan saudaraku yang Kau uji dengan darah jua nyawa..
ampunkan aku.. ya ALLAH..
No comments:
Post a Comment
Nak beritahu apa?