airmataku tak terbendung lagi
tatkala ku lihat kau ditemani dia
wahai sahabat
wahai sahabat hatiku
apakah perlu kau ke hulu hilir dengan dia
yang bukan cinta halal buatmu?
apakah sudah tiada teman wanita
yang dapat menemanimu
ke mana saja yang kau mahu?
gurisnya hati aku
bukan kerana aku tiada pendamping
bergender lain disisiku
namun,
lukanya hatiku
menitisnya airmataku
adalah kerana aku tidak dapat menerima
insan yang sudah sepatutnya FAHAM
dan SELESAI tentang semua agenda cinta manusia
yang belum halal baginya ini
bergelumang didalamnya..
aku takut menaip semua ini
kerana aku takut diuji dengan kata2ku sendiri
namun,
hanya ini saja
pada ketika ini cara untukku luahkan padamu
andai kau terbaca penulisan yang hambar seninya ini
aku sedih wahai sahabat..
andailah dapat ku tunjukkan padamu
gambar hatiku
sudah pasti kau lihat kelam hatiku
pilunya ia dengan pilihanmu itu
ya..
siapalah aku untuk menghalangmu
untuk meneruskan cintamu pada dia?
namun sahabat...
aku amat menyayangimu kerana DIA..
oleh kerana itu
warkah ini wujud
sekadar ini saja warkahku
buatmu sahabat..
tariklah balik hatimu
untuk meninggalkan dia
dan hampirilah DIA sebaiknya
hanya ini yang mampu ku seru..
buat ketika ini..~
No comments:
Post a Comment
Nak beritahu apa?