Bismillahirrahmanirrahim...
Detik kian berlalu..saat demi saat. Terlalu pantas untuk dikejar sehingga menakutkan aku untuk melihat segala yang dipertanggungjawabkan kepadaku. Makin sesak. Itulah yang sering diingatkan kepada kita dalam pesanan ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Antara lain menyebut, LAPANG sebelum SEMPIT.
Pengurusan masa yang tidak bijak, bisa menjerumuskan kita ke lembah yang memerangkapkan. Menjerut leher kita dengan AMANAH yang amat BERAT! Apatah lagi bagi insan yang mahu menginfakkan dirinya dalam jalan dakwah islam. ILMU, keFAHAMAN dan keBOLEHan sahaja belum cukup untuk benar2 memaksimumkan diri memberi segala yang terbaik dari diri. DISPLIN dan PENGURUSAN MASA itu juga merupakan elemen TERPENTING dalam menjalankan misi dakwah.
Inilah yang sering melemahkan diri!
Ingat duhai diri..
Masa itu tidak sesekali menunggumu.
Andai kau tak mengejarnya, ia sendiri akan MEMOTONG kepalamu!
Tiba2 teringat aku tentang sebuah kem yang pernah ku sertai. Kem yang akan sentiasa terpahat dalam hati dek kerana DIDIKANnya yang berjaya mengingatkan diriku di saat aku lalai. Urusetianya amat mementingkan masa. Walau sesukar mana tugasan yang diberikan kepada kami (termasuk melibatkan pergerakan sebuah misi yang perlu diselesaikan dan memerlukan pengorbanan dalam menjayakannya) kami diingatkan untuk menepati masa. DENDAAN demi dendaan diterima atas ketidakpatuhan terhadap arahan yang satu itu. TEPATI MASA! Lambat walaupun seminit, tetap dikira LAMBAT!
Sampai sini saja ingatan buat DIRI SENDIRI! (tiba2 rasa tak larat nak tulis)
Ya ALLAH..permudahkanlah urusanku..
amiin ya Rabb.
No comments:
Post a Comment
Nak beritahu apa?