Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Monday, August 19, 2013

Ayuh! Lancarkan Serangan Doamu!

Bismillahirrahmanirrahim..

aLlahumma solli 'ala saiyidina Muhammad..
wa 'alaa alihi wa sohbihi wa barik wa sallim

Alhamdulillah... Alhamdulillah..Alhamdulillah..
atas tiap nikmat yang KAU kurniakan kepadaku..aLlah.

alhamdulillah..
akhirnya Ulfah punya kekuatan dan kesempatan (seperti biasa dalam waktu kesempitan) untuk mencoret serba sedikit warna kehidupan Ulfah di dalam keHIDUPan.. keHIDUPan yang sementara cuma.

sedikit sahaja.

alhamdulillah... pada 1 julai yang lepas... Ulfah telah mula menjejakkan kaki ke daerah Limbang, Sarawak. tak pernah-pernah Ulfah ke Sarawak atau Sabah ni. Akhirnya, Ulfah diberi kesempatan oleh ALLAH untuk berkhidmat @ membakar diri di sini. (tiada unsur 'suicide' ye ^_^)

alhamdulillah... setakat ini.. warna yang Ulfah nampak di persekitaran sekolah..baik.

jangan tak tahu... duduk kat limbang ni, Ulfah jadi 'kaya' sikit. (^_^).. sebabnya, Ulfah punyai dua buah rumah untuk diduduki. Satu di hulu... satu di pekan limbang. Mula-mula Ulfah fikir, kenapa lah sampai nak perlu dua buah rumah ni?? membazir je rasanya. tapi hanya orang yang berada dalam situasi kami sahaja yang memahami asbab perlunya dua buah rumah tu. Ulfah sudah faham. (^_^)

Kapal terbang @ belun lepas ni jadi macam bas lah untuk Ulfah dan rakan guru semenanjung.

alhamdulillah.... aLlah beri izin untuk Ulfah menjadi seorang guru akhirnya. Walaupun, subjek pengajaran Ulfah adalah berdasarkan minor Ulfah tapi Ulfah tetap bersyukur. Ulfah hanya fikir, aLlah mahu Ulfah membaiki kemahiran bahasa Inggeris Ulfah dan Ulfah percaya aLlah tidak akan membebankan sesuatu yang tidak mampu Ulfah pikul. alhamdulillah

moga aLlah lindungi dengan penuh kasih dan sayang mak abah angah idah (keluarga Ulfah) walau dimana saja mereka berada.

* * * * * * * * * * * * * * * * **
Ulfah  baru balik dari cuti raya. Suasana raya masih belum dapat menandingi suasana sewaktu kecil dan rasanya makin lama, makin hilang rasa ingin beraya tu.

Tahun ni..raya Ulfah punya cerita tersendiri. Pertama kali dalam situasi itu. setelah pelbagai rancangan dirancang, alhamdulillah..terlaksana juga. Ulfah, jadi tidak tahu bertanya apa pabila orang lain juga tidak punya sebarang persoalan.

Moga ALLAH permudahkan segala urusan dan berikan segenap petunjuk dalam membuat keputusan.

* * * * * * * ** * * * * *


ayuh muslimin wa muslimat..
mukminin wa mukminat

AYUH LANCARKAN SERANGAN DOAMU KEPADA MEREKA YANG ZHALIM!
MEREKA yang sesuka hati tanpa belas ehsan-->bak binatang! MEMBUNUH SAUDARA2 KITA di MESIR!

Bukan sahaja di Mesir, malah di Syria..Palestin,Checnya dll.

ALLAH...berikanlah kekuatan kepada muslimin dan muslimat --> pejuang ad-deenMu.. ISLAM!




No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...