Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Tuesday, December 18, 2012

Usah Pernah Impi!

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad
wa 'alaa alihii saiyidina Muhammad


usah pernah kau bermimipi mahu mendirikan masjid andai acap kali tanggungjawabmu harus diingatkan orang lain!
usah pernah kau bermimpi mahu mendirikan masjid andai kau belum tahu membuat keputusan!
usah pernah kau bermimpi mahu mendirikan masjid andai kepentingan dirimu adalah segalanya!
usah pernah kau bermimipi mahu mendirikan masjid andai masamu hanyalah untuk hiburan semata!
usah pernah kau bermimpi mahu mendirikan masjid andai kau tidak pernah belajar untuk menghargai orang lain!
usah pernah kau bermimpi mahu mendirikan masjid andai kau amat sukar menerima pandangan orang lain!
usah pernah kau bermimpi mahu mendirikan masjid andai basuh pinggan sendiri pun tak mahu!
usah pernah kau bermimpi mahu mendirikan masjid andai niatmu hanya NAFSU semata!
usah pernah kau bermimpi mahu mendirikan masjid andai dan andai lagi....

kerana untuk mendiri dan menjaga masjid itu..
bukanlah terletak pada 1 diri saja
malah ianya tanggungjawab 2 diri
yang telah diketemukan ALLAH
atas dasar kasih dan cintaNya
pada hamba2Nya

belajarlah untuk saling melengkapi.

aku tak tahu
apa formulanya
kerana aku sendiri belum tahu akan bahannya
dicoret atas perhati
dicoret atas fikir
dicoret atas hati

yang tiap saat harus dibebat
sendiri..

ALLAHU'ALAM.


indahnya masjid yang dibina ini..

No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.