Demi ALLAH yang Maha Esa.. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu..menitis air mata tatkala sanubari merindui..menitis air mata tatkala semakin menjauh, tetapi janji ALLAH tetap segar & mekar..keranaku tetap yakini.. ALLAH menyatakan.. "Wajiblah cinta-Ku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
(Hasan al-Banna)

Sunday, September 16, 2012

Kak Yaa~

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma solli 'ala Muhammad..


Perkenalan kami bermula di JNS '10. Tak ingat bagaimana bermula. tapi ingatan yang paling kuat tentang dia ialah pada tangannya sentiasa ada buku dan sifat seorang kakak. Orangnya mudah didekati dan ringan bicaranya dalam membina ukhuwah. Alhamdulillah, syukur kepadaMu ya ALLAH..kerana telah memperkenalkan daku dengan seorang kakak yang bernama Nuriah.

"Akak, nak panggil akak apa ye?"
"Panggil kak ya je.."
"Kak ya?"
"Ye, kak yaa~"

=).

Alhamdulillah...kak ya sudah selamat menjadi suri kepada seorang muslimin.. InsyaALLAH..pastinya yang terbaik buat kak ya.. =).

Majlis di Kelantan, tidaklah dapatku hadirikan diri.. Jauh nun di timur Malaysia.

"Akak...malulah nak datang kat Rembau..Sebab rumah pihak lelaki kan.."
"Alaaaa...datang la. Jangan lah malu..."
"m.. insyaALLAH kak... "
"Datang tau.."

=).

Ingatkan nak balik rumah lambat ..perancangan awal nak balik hari Sabtu.. Tup2.. bila dengar ada sobat ada program kat Shah Alam.. Terus tukar pelan.. =). Yelah.. selagi ada waktu diizinkan ALlah.. Ulfah nak lagi dan lagi bersama sobat yang Ulfah sayangi..ber'musafir' sedapat yang mampu. Detik2 terakhir ulfah di sana ..ulfah  nak lakarkan kegembiraan pada wajah sobat2 Ulfah..(insyaALLAH) moga kegembiraan juga dapat dilakarkan buat mak, abah, adik2 Ulfah~ Ulfah menyayangi mereka keranaMu ALlah..

Berbalik pada kisah kak ya tadi..

Heeh... nak dipendekkan cerita... Ulfah sampai ke rumah walimah bahagian suami kak ya dalam beberapa minit sebelum waktu Maghrib~ lalalala~... bagus sangatlah kan cik Ulfah! MAAF YE KAK YAAA~ ='(
menyusahkan akak dan keluarga pula.. (sesat kak...cari Kg. Bogek tu).

"Sebagai denda..hah ambil ni..."

Lalu kak ya..menghulurkan satu beg plastik yang besar dan dipenuhi dengan makanan! heee~

Maaf sekali lagi ye kak yaa... tak dapat pula nak berhenti makan terus seperti yang diminta. Tengah berkejar nak ambil adik kesayangan.. (Angah, sebenarnya dah beli tiket bas..tapi sebab kami kata nak datang..jadi serba salah pula kalau menolak permintaan kami untuk mengambil angah...)

Apa2pun kak..

"BarakaLlahulakuma wa barakah.." buat akak dan pasangan..

Apa2pun..saya gembira dapat mengenali akak... =) moga kita kan dapat menjadi adik beradik di syurga kelak..

Saya masih lagi ingat kata2 akak semasa JNS2010 tentang target pembacaan buku2.. insyaALLAH...saya sedang cuba untuk mencontohi meskipun selalu sangat gagal... insyaALLAH..saya BOLEH!

 insyaALLAH..amiin



No comments:

Post a Comment

Nak beritahu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tik Tok Tik Tok

Jom Solat ^___^

Salat times for Sri Andalas, ٤١٢٠٠ Klang, Selangor, Malaysia Taman. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Salat times for Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.